salute to the nature

salute to the nature

Saturday, January 21, 2017

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur

Sebenarnya aku ke KL atas urusan #roadtoMelbourne juga. Aku ada pre-departure seminar bersama IDP di Renaissance Hotel. Renaissance dengan Concorde tu sebelah menyebelah aja tapi aku pilih untuk bermalam di Concorde kerana harganya lebih murah. Cheapskate kan aku? Kena jimat duit maaa, nak pakai pergi Melbourne nanti.

Masa aku mula-mula survey hotel di Agoda, Concorde ni cuma RM224 sahaja semalam beserta breakfast dan wifi. Renaissance pula RM350 tanpa breakfast. 2 hari 2 malam aku survey hotel dek nakkan yang paling value for money dan breakfast sedap. Ada la hotel lain lagi dalam shortlist aku, seperti Pacific Regency dan Sri Pasifik. Mula-mula sekali aku reject adalah Sri Pasifik kerana kami pernah bermalam disitu sebelum ini (ada review hotel ini di dalam blog ni kalau kalian rajin scroll label "travel n vacation"). Suami aku ada satu habit yang mana dia tak suka stay hotel yang sama berulang-ulang kali. Mesti nak cuba hotel lain pula lain kali. 

Jadi antara Pacific Regency dan Concorde akhirnya aku pilih Concorde kerana

Friday, January 20, 2017

Road to Melbourne. Episode 9: Australia student and dependent visa application

#RoadtoMelbourne.
Episode 9: Australia student and dependent visa application

Ok. Sebenarnya pada 21 Dec tahun lepas (2016) kami sekeluarga sudah lodge visa application online di pejabat IDP Subang Jaya. Prosesnya smooth sahaja dan dalam sejam macam tu dah settle. Untuk proses ini, IDP dah bukakan "immi account" dan aku cuma perlu key-in kan sahaja semua maklumat yang perlu diisi dalam online form tersebut. Ada lebih kurang 25-28 page kesemuanya (tak ingat exact number) dan semua maklumat yang diminta sebenarnya kita dah prepare awal (ingat tak IDP dah bagi senarai maklumat dan dokumen yang diperlukan beberapa minggu sebelum ini lagi?) sebab itu mudah sahaja hendak mengisi borang tersebut.

Aku cuma perlu isi kan sahaja semua tempat kosong mengikut maklumat yang aku ada, dan Cik Tan Meipei tu yang scan semua dokumen, attached document, double check, dan proceed kan pembayaran. Aku ada terbaca di blog lain, orang kata hendak lodge visa application online ni renyah dan ambil masa yang lama. Nasihat aku,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails