Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

#RoadtoMelbourne.
Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

Mula-mula dengar ayat ni, apa kejadah "pergerakan keluar masuk"? It doesn't sound right, kan? Kenapa dia guna perkataan "pergerakan" instead of "perjalanan"? Eh? 

Rekod pergerakan keluar masuk ini sebenarnya adalah salah satu requirement dalam permohonan student visa Australia. Kalau kita baca ayat asalnya, "summary of the countries you visited in the past 10 ten years include date of visit, date of leaving, and purpose of visit", mungkin lebih jelas walaupun ayatnya panjang berjela. Dipendekkan dan diterjemah ke bahasa melayu formal, jadilah "rekod pergerakan keluar masuk". 

Kalau fikir logik kita, maklumat ni kita rasa macam maklumat general sahaja. Kita rasa macam boleh santai-santai pergi jumpa pegawai imigresen, suruh dia print out kan rekod keluar masuk kita, settle. Macam aku cakap sebelum ini, kalau kita confident ingat semua travel detail kita sepanjang 10 tahun lepas, kita boleh senaraikan sendiri dan tak perlu sampai pergi minta maklumat dengan pihak imigresen. Itu kita fikir.

Tapi rupanya, maklumat ini sebenarnya adalah maklumat sulit. Untuk meminta rekod dari imigresen, kita perlu buat surat permohonan rasmi beserta salinan kad pengenalan dan passport (bawa salinan dan asli). Di dalam surat itu juga, perlu dinyatakan sebab atau alasan mengapa kita memerlukan maklumat tersebut. Paling penting, untuk meminta rekod pergerakan keluar masuk anak, perlu sertakan sekali salinan sijil kelahiran dan asli sewaktu menghantar surat permohonan (sebagai bukti kanak-kanak itu anak kita). Perlu juga diingat, jika ingin memohon untuk mendapatkan maklumat pergerakan keluar masuk suami, sang suami sendiri yang perlu memohon beserta surat permohonan rasmi individu. 

Persoalannya adalah, mengapa begitu rumit prosedur nya?


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Perkara ini tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dan bertujuan memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses. Terdapat 7 prinsip perlindungan data peribadi yang wajib dipatuhi. Biar aku terangkan dua prinsip yang penting.

Pertama, prinsip am dimana di bawah akta ini, sesorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Proses ini termasuklah pengendalian data melalui kaedah automatik atau pengkomputeran. Sebab itulah kita tidak boleh akses dan minta maklumat pergerakan keluar masuk suami sendiri. Walaupun dia suami, dia tetap individu yang berhak dilindungi maklumat peribadinya dari individu lain. Jika kita ingin mengakses maklumat peribadi kanak-kanak bawah umur, perlu disertakan bukti bahawa kita merupakan penjaga/ ibu bapa mereka yang sah. Kelonggaran ini hanya dihadkan untuk ibu bapa kepada anak bawah umur sahaja tau. 

Prinsip ketiga ialah prinsip penzahiran tujuan data peribadi seseorang itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan. Fuhh ayat lawyer kan? Memang lah berbelit-belit. Maksudnya secara ringkas adalah, untuk mengakses, mencetak, atau mendapatkan maklumat peribadi dari penyimpan maklumat, walaupun itu maklumat peribadi kita, kita perlu nyatakan sebab yang kukuh mengapa kita memerlukan maklumat tersebut. Sebaiknya, tunjukkan apa-apa bukti yang mengatakan kita perlu dapatkan maklumat itu. Hebat tak aku terjemah? Hahahaha

Dari 7 prinsip tu, 2 ni lah yang aku rasa berkaitan dengan prosedur yang sedang kita bincang ni. Jadi kalian-kalian semua selepas ini jangan buat silap macam aku tau. 


Pembelajaran baru di Putrajaya.

Pagi semalam asalnya aku confident 100% yang kononnya urusan hari itu akan berjalan lancar. Itu silap nombor 1. Over confident. Surat sudah ditangan, salinan passport dan kad pengenalan sudah dikepil, sambil bernyanyi girang aku ke Putrajaya bersama suami. Kononnya hari itu aku hendak settle kan urusan penghantaran surat permohonan rekod pergerakan keluar masuk ke Bahagian Keselamatan dan Passport di Precint 3. Plannya, kalau dapat hantar semalam, Isnin nanti siaplah rekod itu untuk di-collect (rekod mengambil masa 3 hari bekerja untuk di proses)

Di dalam pejabat imigresen, macam biasalah, banyak betul kaunter dan banyak betul manusia. Aku diberi nombor untuk kaunter 2, iaitu bahagian kawalan. Bila nombor aku dipanggil, aku terus ke kaunter. Sekilas dibaca surat aku dan terus dipersoal.

Surat permohonan rasmi dan nombor giliran. Menunggu dengan tenang

Menunggu pegawai di kaunter 2 tiba. 


"Bagaimana hendak saya percaya lelaki ini suami awak?" Nah begitu soalan nya. Tak sempat hendak jawab, dilontar pula soalan kedua, 

"Apa bukti yang dia beri kebenaran pada saya untuk akses maklumat dia, dan beri pada awak?" Hah kau. Kemudian pegawai itu berkata lagi,

"Dan saya boleh kata kanak-kanak ini anak saya. Apa bukti awak nak kata ini anak awak?

Soalan viva pun tak mencabar macam ni. Aku faham maksud pegawai itu. Supporting document aku tak cukup. Silap aku adalah, aku tidak sertakan sijil kelahiran Juwita. Jadi tiada bukti mengatakan Juwita anak aku. Silap satu lagi adalah tiada surat consent dari suami yang memberi kebenaran kepada aku untuk mendapatkan maklumat peribadi dia daripada pihak imigresen. Silap ketiga adalah, aku memohon rekod bagi pihak suami di dalam surat permohonan aku. Terasa bodoh pula di situ kerana tidak terfikir tentang hal ini. 

Ini semua gara-gara bila last minute aku menambah nama suami dan Juwita ke dalam surat permohonan aku. Asalnya aku cuma membuat surat permohonan rekod perjalanan diri sendiri, tetapi setelah aku bertanyakan kepada IDP, mereka suggest aku sediakan rekod perjalanan untuk kami bertiga. Tanpa rujuk semula kepada pegawai imigresen, aku menambah nama Juwita dan suami di dalam surat dan cuma kepilkan salinan IC dan passport mereka. Fail big time!

Tapi yang bestnya, pegawai tersebut menerangkan pada aku tentang akta Perlindungan Data Peribadi 2010 sebijik macam yang aku cerita kat atas tu. Sebab itu aku boleh cerita sekarang. Sebab dah dapat enlightenment dari pegawai imigresen. Hahahaha! 

Kesimpulannya permohonan aku kali ini ditolak kerana tidak cukup maklumat dan evidence. Pihak imigresen tidak dapat akses rekod kami kerana ia melanggar akta maklumat peribadi 2010. Tak apa lah. Aku pun menerima pengajaran ini dengan positif. Kalau tak terjadi begini, tak mungkin aku studi tentang akta ini sekarang, dan pembaca sekalian pun tentu sebelum ini ada yang tak tahu menahu tentang kewujudan akta ini. Kan? Sekarang semua dah tahu. Learning curve untuk semua. 

Thanks to me please sebab wakilkan kalian semua datang jauh-jauh ke Putrajaya belajar akta dari pegawai imigresen. Kalau aku tak buat silap semalam tak ada entry ini hari ini tau! Hahahaha

So, langkah seterusnya yang aku lakukan setelah pulang ke rumah adalah terus menghubungi semula pegawai imigresen untuk mendapatkan double confirmation berkenaan surat permohonan dan dokumen sokongan, dan aku pun ceritalah yang aku dah datang jauh-jauh tapi permohonan kena reject, so aku merayu hendak hantar permohonan melalui fax sahaja. (Konon konon minta simpati lah). Alhamdulillah pegawai dalam talian itu terima permohonan melalui fax dan aku cuma perlu datang collect rekod yang telah siap dicetak sahaja nanti. Lega. Tak perlu ke Putrajaya banyak kali. Bukan apa, aku ok je. Tapi orang rumah bising.... Membazir masa dan minyak katanya. Apa-apa lah.

Semoga dipermudahkan lah urusan aku dengan imigresen ini. Cukup lah sekali tersadung, jangan banyak kali. 


Aktiviti petang semalam

Sebelum jam 12 lagi kami sudah bergerak meninggalkan Putrajaya, bergegas pulang ke Setia Alam pula untuk makan tengah hari dan menghadiri Learning Assembly dak Jejuw di sekolahnya. Kami tiba jam 1 tengah hari di sekolah dan terus ke pejabat primary school secretary untuk menguruskan urusan "exit prosedure" Juwita. Ia adalah proses pemulangan segala ID tag dan car sticker, bayar duit buku perpustakaan yang dia hilangkan (ops), dan hari ini perlu ke pejabat akaun pula untuk mengambil wang deposit dan rekod pelajar. 

SPECIAL ENTRY: Kenangan Juwita di Tenby International School
Sedih Juwita, hari ini hari terakhir dia di sekolah Tenby. 2 tahun di Tenby International School, berbagai kenangan terindah telah dia lalui. Sudah tentu dia akan merindui semua kawan-kawan kelasnya, kumpulan cheerleading nya, kumpulan math dan english nya, guru kelas nya, dan segala school trip dan aktiviti sekolahnya. Perpisahan itu menyedihkan, kan?

Cheerleading team Tenby-Eagle memenangi first runner up semasa cheer factor competition bulan lepas.

Bersama rakan sepasukan. Malaysian girl at all shades

Satu team

Bersama BFF dia, Aydah, Sri Lankan girl. Belakang tu Moustafah, Afghan boy. 

She presented about water pollution to parents last term 

When she won a primary swimming gala, category breastroke. 

With classmates, Aydah, Ann Gie and Kirthana after performing Jack and the Giant Peach during year 3 year end performance. 

Drew for the queen's birthday

Picked her up after school's color run

Chinese New Year celebration at school

Mencanting Batik, during IPC exit point

Wakil sekolah untuk KLISS Marathon di Nexus Int. School

....and many many more memories. 
Kalau nak letak semua dah tak jadi entry pasal urusan imigresen pula nanti...


And lastly, lets not forget her face on the very first day we send her to school 2 years ago. hahaha!

And all those memories created ever since...!

She turn out great, did she? 

And how these 2 girls became inseparable since i don`t know when


What a memories!

Selepas ini aku akan ceritakan cabaran hendak mendapatkan, menterjemah dan mengesahkan sijil kahwin pula. Aduiyai yang ini pun macam-macam hal juga ni


Till next time


Noor Hida Halim
#RoadtoMelbourne

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?