Road to Melbourne. Episode 5: CoE dan visa requirement

#RoadtoMelbourne.
Episode 5: CoE dan visa requirement

CoE sebenarnya adalah singkatan untuk Certificate of Enrollment. Pihak universiti akan issue CoE jika kita telah accept offer dan telah bayar deposit. Untuk uni di Australia, CoE sekarang semua online je, jadi kadang-kadang mereka panggil benda ni e-CoE (e merujuk kepada electronic). Untuk apa CoE ni?

Dengan CoE ni lah kita apply student visa. Kalau visa lain tak perlu ada CoE, tapi student Visa wajib ada CoE yang di-issue oleh institusi pendidikan yang kita diterima masuk. CoE ini merupakan bukti bahawa kita telah mendaftar dan diterima masuk ke institusi pendidikan di Australia. Australia ni ada macam-macam jenis visa. Kalau aku boleh sebut satu-satu semua visa yang ada maksudnya aku ni pegawai imigresen Australia hahaha! Oleh kerana aku hanya salah seorang rakyat warga asing yang sedang cuba menetap di Australia secara sah, maka aku cuma boleh senaraikan beberapa jenis visa sahaja lah yang aku tahu dan ada kena mengena dengan kami sekeluarga.

Beberapa jenis visa Australia

Oleh kerana aku masuk Australia untuk belajar, maka visa aku adalah student visa subclass 500. Suami aku, layak memohon spouse visa atau boleh juga dipanggil dependent visa. Anak aku pula, layak memohon untuk mendapatkan dependent visa beserta student visa subclass 500 juga kerana dia perlu bersekolah di sana. Bila tamat student visa nanti, aku boleh mohon dapatkan temporary graduate working visa. Ni ala-ala temporary residence lah, dah cerah dah jalan nak dapat permanent resident tu hihi. 

Selain dari visa-visa yang terlibat dengan kami, ada banyak lagi visa lain. Biasanya golongan professional yang mendambakan pekerjaan di Australia akan memohon working/skill visa. Dengar cerita, bukan senang nak lulus ujian working skill visa tu dan kosnya memang agak tinggi juga lah. Selain dari itu, ada working holiday visa iaitu visa yang menjadi rebutan anak muda bawah 30 tahun. Dengan working holiday visa, anak muda boleh bekerja dan bercuti di Australia selama setahun (setahun ke dua tahun? Lupa). Best kan? Ibubapa yang ada anak bawah umur yang sedang belajar di Australia pula boleh memohon parent/ guardian visa. Eh banyak lah jenis visa di Australia ni. 

Ada satu lagi ala-ala visa tapi sebenarnya hanyalah pass melawat aka visitor pass yang dinamakan ETA iaitu singkatan kepada Electronic Travel Authorization. ETA ni kita apply kalau nak bercuti di Australia. ETA ni lah yang selalu orang salah guna. Sepatutnya, dengan ETA ni kita hanya boleh melawat dan bercuti di Australia sahaja. Akan tetapi ramai yang duduk menetap dan kerja sebagai buruh asing tanpa izin. Kadang-kadang tu stay sampai lebih tempoh. Dah macam trend pula sekarang orang kita berlumba-lumba nak jadi buruh haram di Australia. No no no. Jangan buat macam tu ye kawan-kawan. Hidup ni biar berlapik adat dan berdukung moraliti. 


Kelebihan Australian visa

Semua pemegang student visa di Australia dibenarkan bekerja dalam apa juga sektor dan mendapat gaji yang setimpal (dan juga layak membayar cukai hehehe). Akan tetapi ada ditetapkan limit jam bekerja seminggu. Untuk undergradute student, mengikut pengalaman adik aku, mereka dibenarkan bekerja maksimum 20 jam seminggu. Untuk student postgraduate, jam bekerja yang dibenarkan adalah lebih tinggi. Ada artikel yang aku baca kata 35 jam seminggu. Tapi aku pun tak tahu betul ke tidak angka tu sebab belum dengar pre-departure orientation dengan IDP lagi. Nanti bila dah clear pasal hal ni aku akan update semula. Yang pasti, memang boleh bekerja.

Pemegang dependent visa atau spouse visa juga dapat menikmati kelebihan yang sama. Dengan kata lain, suami aku yang akan memegang spouse visa boleh bekerja di sana dengan syarat, ada yang hired dia lah. Hahahaha! Ada atau tidak limit jam dalam seminggu, itu kurang pasti. Tapi setakat yang aku baca, seperti tiada limit. Maksudnya boleh kerja selagi larat dan sampai pengsan lah kut. (Gurau sahaja. Takkan lah nak kerja sampai pengsan. Kerja setakat yang kuderat mampu lah kan)


Proses kami memohon visa

Sebenarnya, untuk memohon single student visa adalah mudah sahaja. Cuma perlukan e-CoE, salinan passport yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah atau peguam, bukti kita telah beli health cover (OSHC) sepanjang pengajian, dan pembayaran sebanyak aud555. 

Tapi, oleh kerana kami akan pergi sekeluarga, prosesnya jadi lebih panjang dan senarai dokumen yang diperlukan pun jadi lebih banyak. Nasib baik kami ni bertiga sahaja. Bersyukurlah disitu. Jadi, visa yang kami mohon adalah 1 student visa subclass 500 (aku) serta family visa iaitu 1 spouse visa (suami) dan 1 dependent visa + student subclass 500 (Juwita). Oleh itu, senarai dokumen dah jadi 3 kali ganda. Berikut adalah senarai perkara yang IDP minta aku sediakan untuk permohonan ketiga-tiga visa tersebut:

1. Detail of my parent and siblings ( full name, date of birth, county of residence). 

2. Summary of the countries i visited in the past 10 years include date of visit, date of leaving and purpose of visit. 

3. Certified copy of my current passport, stamped by commission of oath. Hmmmm... Ok.

4. Statement of purpose. Why i take this course and what is my future career goal. Eh, tak sangka mereka ada masa nak baca karangan. This is so unsangkarable tau.

5. Credit card detail. Of course lah, nak bayar visa tu kan.

6. Completed 13 pages visa form. 

7. Certificate of acceptance (CoA) from Victorian Government School. Ini special case untuk dak Juwita sebab dia wajib daftar sekolah di sana. Jadi pihak imi memang tegas akan pastikan bakal dependent visa holder dah daftar sekolah di sana sebelum visa granted lagi. 

8. Certified original and translated of marriage certificate. Sijil nikah perlu diterjemah ke bahasa inggeris, kemudian dapatkan pengesahan asli dari commision of oath. 

9. Copy of husband passport, certified by commission of oath

10. Copy of Juwita passport, certified by commission of oath

11. Certified original and translated of Juwita's birth certificate. Sijil kelahiran Juwita diterjemah kepada bahasa inggeris dan disahkan asli oleh commission of oath.

12. Form 1229. Ni form untuk dependent minor (below 18 years old). Kes Juwita juga lah ni.

13. Original passport.


Ringkasan nak bagi faham

Mula-mula aku dapat email dari IDP dia bagi list macam atas ni, berpeluh-peluh aku baca sampai rasa nak demam. Banyaknya benda nak kena prepare! Tapi bila dah baca satu persatu dengan tenang, sebenarnya benda yang IDP nak tu tak banyak cuma prosesnya yang banyak. Selain dari CoE dan OSHC (health cover) yang IDP sendiri dah ada salinan, berikut adalah perkara yang sebenarnya mereka minta:

1. Dokumen peribadi
Secara ringkas, dokumen yang mereka minta hanyalah passport, sijil nikah, dan sijil kelahiran juwita yang akan disertakan bersama visa application form dan form 1229. Cuma, semua sijil yang berbahasa melayu mesti diterjemah ke bahasa inggeris, dan semua salinan dokumen asli perlu mendapat pengesahan dari pesuruhjaya sumpah. 

2. Summary of visited countries
Untuk senarai negara-negara yang pernah dilawati sepanjang 10 tahun belakangan, lengkap dengan tarikh masuk dan keluar serta tujuan perjalanan, kita boleh dapatkan rekod dari pihak imigresen. Kalau nak senaraikan sendiri memang tak accurate dan kita pun ingat-ingat lupa semua negara beserta tarikh yang kita pergi 10 tahun lepas. Ini kes kalau kita avid traveller lah.

Kalau kita ni jenis 5 tahun sekali pun jarang ke luar negara, tak perlu susahkan diri minta rekod dari imigresen. Senaraikan sendiri pun boleh (kalau ingat). Kalau tak pernah ke luar negara? Lagi senang, skip sahaja bahagian ni.

3. Certificate of Acceptance (CoA) from Victorian Government School
Ia adalah lebih kurang sama macam aku punya CoE, tapi ini dikeluarkan oleh Victorian Government School. Ini bukti yang menunjukkan anak kita sudah mendaftar persekolahan di sana. Oleh kerana undang-undang Victoria mensyaratkan kanak-kanak 5 tahun ke atas wajib bersekolah, maka CoA adalah wajib disertakan bersama permohonan visa jika kita memohon visa untuk anak. Proses ni panjang dan renyah juga rupanya. Di entry yang lain nanti insyaallah aku akan ceritakan.


Aku baru terima CoE ni pada 24 Nov yang lalu. Exactly 5 hari bekerja dari tarikh aku submit acceptance form ke IDP. Aku dapat senarai ni dari IDP pun pada tarikh yang sama. Efficient kan mereka ni semua? 

Proses untuk apply visa ni nanti kita tak perlu pening kepala sebab bila semua document dah lengkap, kita akan submit semua ke pejabat IDP dan IDP yang akan lodge kan application dari office mereka nanti. Best kan? Kira nya nanti, itu lah kali pertama aku akan menjejak kaki ke pejabat IDP di Subang Jaya tu. Selama ni aku berhubung dengan mereka dalam email dan telefon sahaja. Macam mana rupa Ms. Tan Meipei tu pun aku tak tahu. Hahaha! (Ms. Tan Meipei merupakan Senior Education Consultant, agen IDP yang bertanggung jawab mengurus urusan aku dari application universiti, dan insyaallah sampai aku selamat pergi ke Australia nanti)

Seperti yang diberitahu, proses untuk apply visa senang sahaja sebab semua IDP yang akan buatkan. Yang sedikit mencabar adalah proses untuk lengkapkan semua dokumen yang mereka minta di atas tu. 

Jadi entry selepas ini aku akan ceritakan pengalaman kami memohon "rekod pergerakan keluar masuk" dari pihak imigresen, proses menterjemah sijil nikah dan sijil kelahiran Juwita serta perjumpaan kami dengan peguam di mahkamah.

Selepas itu, aku akan ceritakan pengalaman aku mengurus permohonan persekolahan Juwita untuk mengikuti Victorian Government School.





Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku