salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, December 20, 2016

Book review: Merantau ke Deli





Merantau ke Deli. Sebuah karya Hamka yang memberi ku pelbagai rasa. Menzahirkan betapa lemahnya lelaki dan wanita dari sudut berbeza. 

Wednesday, December 14, 2016

Road to Melbourne. Episode 8: Urusan persekolahan Juwita di Melbourne

#RoadtoMelbourne.
Episode 8: Urusan persekolahan Juwita di Melbourne

Permohonan mendaftarkan Juwita ke Victorian Government School

Sebenarnya, bila aku inform IDP yang kami akan pergi sekeluarga, terus mereka tanya detail tentang Juwita. Ini kerana, mengikut undang-undang Victoria, kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas wajib masuk ke sekolah. Tidak ada pengecualian. Disebabkan Juwita berumur 8 tahun dan tahun depan akan jadi 9 tahun, dah tentu lah dia kena masuk primary school. 

Jadi, selepas sahaja aku bagi acceptance form dan bayar family health cover (lama dah cerita ni), terus IDP bagi booklet pasal Victorian Government School, application form, dan segala link yang berkaitan dengan maklumat lebih terperinci tentang sistem persekolahan di sana. Hadohhh jujur mak cakap, tak cukup otak nak fikir. Kita punya sekolah pun belum settle, sekarang nak kena fikir sekolah anak pula. 

Application form yang mengandungi 11 muka surat. Berpinau-pinau nak baca. Belum nak isi lagi tu


Mula-mula aku tanya IDP boleh kah nak hold dulu urusan ni sebab aku rasa macam nak pening hahaha! Tapi IDP kata mereka kena urus benda ni cepat sebab nak tunggu outcome dari sekolah sana pun ambil masa dan dateline application adalah 27 November. Waktu tu, IDP tak inform pula yang visa application pun perlukan bukti (CoA/ CoE) yang anak dah daftar sekolah. Bila dapat list document untuk visa application tu baru tau ooooo kisahnyaaaa..... Nasib baik aku dah settle kan awal hal ni.

Friday, December 9, 2016

Road to Melbourne. Episode 7: Urusan Kami Sepanjang Minggu Ini

#RoadtoMelbourne.
Episode 7: Urusan kami sepanjang minggu ini

Minggu ini aku rasa minggu yang paling sibuk antara segala minggu. Bayangkanlah, dalam 5 hari, baru hari ini dapat aku siapkan entry #roadtoMelbourne siri 7 ini. Jadi aku ambil peluang untuk tulis semua (mungkin bukan semua, tapi urusan yang penting) yang kami lakukan sepanjang minggu ini.

Sambungan kisah dengan imigresen Putrajaya

Sebelum aku ceritakan pengalaman aku menterjemah sijil nikah dan sijil lahir anak, biarlah aku cerita sikit sambungan kisah aku dengan kes yang sebelum ini, iaitu kes hendak mendapatkan rekod pergerakan keluar masuk dari imigresen Putrajaya. Ingat tak aku pernah cerita yang imigresen telah benarkan aku untuk fax-kan surat dan dokumen kepada mereka, jadi aku tak perlu datang ke Putrajaya sekali lagi.

Maka bermulalah satu petang yang panjang di mana serata seksyen 7 Shah Alam kami mencari kedai yang ada perkhidmatan mesin fax. Bukan senang rupanya hendak mendapatkan khidmat mesin fax ini kerana rata-rata kedai photostat dan printing telah tiada mesin fax lagi. Hampir kecewa aku dan hampir juga aku menyumpah seranah kerana memikirkan betapa tidak "up to date" nya lah jabatan kerajaan ni, masih guna mesin fax sedangkan zaman sekarang semua benda orang email sahaja. Bukan aku tidak tanya tentang email, tetapi pegawai imigresen mengatakan mereka tiada staff yang urus email. Hmm layankan aja.

Akhirnya aku teringat tentang kedai fax di kampung aku di Jasin, Melaka. Kedai fax di kampung aku bukannya kedai printing dan design, bukan juga kedai printing digital dengan mesin canggih, tapi cuma kedai alatulis dan photostat yang sangat usang. Jadi aku cuba mencari kedai alatulis yang usang sekitar Seksyen 7 itu, dan ternyata, kedai itulah yang ada khidmat fax! 

Jam ketika itu hampir 4.30. Aku yakin staff imigresen pun mungkin sudah siap sedia mahu pulang, namun aku tetap mencuba menghubungi mereka untuk memastikan dokumen aku semua sampai. Namun jawapan yang aku terima dari hujung talian agak tidak meyakinkan.

Friday, December 2, 2016

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

#RoadtoMelbourne.
Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

Mula-mula dengar ayat ni, apa kejadah "pergerakan keluar masuk"? It doesn't sound right, kan? Kenapa dia guna perkataan "pergerakan" instead of "perjalanan"? Eh? 

Rekod pergerakan keluar masuk ini sebenarnya adalah salah satu requirement dalam permohonan student visa Australia. Kalau kita baca ayat asalnya, "summary of the countries you visited in the past 10 ten years include date of visit, date of leaving, and purpose of visit", mungkin lebih jelas walaupun ayatnya panjang berjela. Dipendekkan dan diterjemah ke bahasa melayu formal, jadilah "rekod pergerakan keluar masuk". 

Kalau fikir logik kita, maklumat ni kita rasa macam maklumat general sahaja. Kita rasa macam boleh santai-santai pergi jumpa pegawai imigresen, suruh dia print out kan rekod keluar masuk kita, settle. Macam aku cakap sebelum ini, kalau kita confident ingat semua travel detail kita sepanjang 10 tahun lepas, kita boleh senaraikan sendiri dan tak perlu sampai pergi minta maklumat dengan pihak imigresen. Itu kita fikir.

Tapi rupanya, maklumat ini sebenarnya adalah maklumat sulit. Untuk meminta rekod dari imigresen, kita perlu buat surat permohonan rasmi beserta salinan kad pengenalan dan passport (bawa salinan dan asli). Di dalam surat itu juga, perlu dinyatakan sebab atau alasan mengapa kita memerlukan maklumat tersebut. Paling penting, untuk meminta rekod pergerakan keluar masuk anak, perlu sertakan sekali salinan sijil kelahiran dan asli sewaktu menghantar surat permohonan (sebagai bukti kanak-kanak itu anak kita). Perlu juga diingat, jika ingin memohon untuk mendapatkan maklumat pergerakan keluar masuk suami, sang suami sendiri yang perlu memohon beserta surat permohonan rasmi individu. 

Persoalannya adalah, mengapa begitu rumit prosedur nya?

Thursday, December 1, 2016

Road to Melbourne. Episode 5: CoE dan visa requirement

#RoadtoMelbourne.
Episode 5: CoE dan visa requirement

CoE sebenarnya adalah singkatan untuk Certificate of Enrollment. Pihak universiti akan issue CoE jika kita telah accept offer dan telah bayar deposit. Untuk uni di Australia, CoE sekarang semua online je, jadi kadang-kadang mereka panggil benda ni e-CoE (e merujuk kepada electronic). Untuk apa CoE ni?

Dengan CoE ni lah kita apply student visa. Kalau visa lain tak perlu ada CoE, tapi student Visa wajib ada CoE yang di-issue oleh institusi pendidikan yang kita diterima masuk. CoE ini merupakan bukti bahawa kita telah mendaftar dan diterima masuk ke institusi pendidikan di Australia. Australia ni ada macam-macam jenis visa. Kalau aku boleh sebut satu-satu semua visa yang ada maksudnya aku ni pegawai imigresen Australia hahaha! Oleh kerana aku hanya salah seorang rakyat warga asing yang sedang cuba menetap di Australia secara sah, maka aku cuma boleh senaraikan beberapa jenis visa sahaja lah yang aku tahu dan ada kena mengena dengan kami sekeluarga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails