Road to Melbourne. Episode 4: Cabaran untuk terima tawaran uniMelb

#RoadtoMelbourne.
Episode 4: Cabaran untuk accept offer UniMelb

Bila dapat unconditional offer dari Uni Melbourne, kita kena respond nak accept, defer, atau reject. Kalau Monash dan Adelaide, tak wajib respond kecuali jika kita nak accept. Kalau nak tolak, kita senyap je lah sampai due date nanti dia akan automatik assume kita reject offer tu. Tapi tidak untuk University of Melbourne. Nak accept wajib respond, nak tolak pun kena inform. Maklumlah, mereka kan top university, jadi kemasukan tu jadi rebutan serata dunia. Budak pandai pun beribu-ribu di luar sana. Kita taknak, ramai lagi orang luar sana yang nak. 

Aku dah tentulah nak accept. Jadi mulalah cabaran pertama bermula, iaitu mencari dana untuk membayar deposit dan health cover (insurance). Ha? Nak accept offer universiti kena bayar dulu deposit dan health cover?

Ya. Sakit kepala aku seminggu dua memikirkan bank mana perlu aku rompak dek nak bayar deposit universiti. Hehe~~ (diharap semua pembaca faham yang ini adalah lawak semata-mata)

Jadi berapa ribu kita kena bayar untuk accept offer dari uni?



Deposit dan health cover

Untuk accept offer uni, kita kena bayar deposit. Deposit tu adalah sebahagian dari yuran pelajaran kita tahun pertama/ sem pertama. Mula-mula memang pelik, eh, kena bayar dulu? Tapi disebabkan uniMelb ni tawaran ketiga yang aku pernah dapat, jadi aku tak ada lah terkejut. Mana-mana uni pun sama, memang kena bayar deposit untuk accept offer. KECUALI, jika kita ada surat tajaan. Jika kita merupakan pelajar tajaan, kita cuma perlu attachkan surat dari penaja mengatakan kita ni ditaja mereka, maka kita tak perlu bayar deposit. Aku dah tentu lah kena bayar deposit sebab belum ada penaja yang sudi menaja aku ni huuuu. (Nangis sayu)

Health cover/ insurance adalah diwajibkan terhadap semua pelajar (pemegang student visa) dan ahli keluarga yang ikut sama (pemegang dependent visa). Health cover ni, harga berbeza mengikut coverage: single student lain harga, couple lain harga, family lagi lah lain harga. Lagi satu, lain insurance provider, lain juga harga dan policy coverage mereka. 

Kalau ikutkan, banyak insurance provider Australia yang ada oversea student health cover (OSHC) package ni. Kalau nak window shopping insurance boleh la survey satu-satu. Namun, kaedah yang paling tak kusut kepala adalah dengan ambil sahaja health cover yang universiti tawarkan di dalam offer letter. Senang. Kita setuju universiti untuk uruskan health cover kita menggunakan insurance provider yang dia sediakan. Settle satu perkara, tak payah fikir dah.

Sebenarnya kalau nak beli sendiri health cover dari syarikat lain pun boleh. Nanti waktu submit acceptance form, attachkan sahaja bukti yang kita dah beli insurance. Boleh juga.

Berbalik pada surat tawaran aku, mengikut surat tawaran, jumlah deposit dan health cover yang aku kena bayar adalah sebanyak AUD15,720. Wow!!! Memang terbeliak biji mata beb bila tengok. Cuba darab 3.20 pulak, laaagi lah terbeliak biji mata. Ini lah dia cabaran pertama yang perlu dilalui untuk menuju puncak jaya. Eh! (as for today, rate dah jadi 3.33. Semakin naik dan naik)

Rate dalam app xe quote aud15,720 = RM51,348 (1aud=3.266myr). Ini belum kira 2.8% credit card fee dan biasanya bank ada rate dia sendiri. Terkejut juga masa tu sebab aku jangkakan rate 3.1. Nampak sangat dah lama tak check currency rate. 

Tapi apa boleh buat. Rate tinggi ke rendah ke, tetap kena bayar juga kan.


Dilema dan tajaan FAMA (father mother)

Bila kita ada berita gembira, kemana kita pergi? Mama abah. 
Bila kita ada masalah, kemana kita pergi? Mama abah jugak kan? 

Mama abah aku lah penyelamat waktu ni. Kalau takde mereka, memang aku takkan dapat bayar deposit uni tu. Oleh kerana aku dah terdesak habis sampai tak boleh nak fikir apa dah, last option, akhirnya aku buat surat proposal minta pinjaman kewangan dari ayahanda aku. Mula-mula aku hantar proposal ke mama, tapi mama kata its beyond her capability sebab her business sekarang tengah slow sikit, and banyak borrower tak bayar hutang. So cash mama is a bit low. Jadi, mama forward proposal aku ke ayahanda. Sejuk tangan aku masa discuss tu. Dup dap dup dap jantung hahaha! Akhirnya, ayahanda aku setuju dengan proposal pinjaman pendidikan aku. Dalam perjanjian, aku akan mula membayar balik pinjaman mulai bulan ketiga di Melbourne. Fuhh memang lega. Terasa hilang sebahagian besar bebanan dipundak masa tu. 

Tapi, kegusaran aku tidak berakhir disitu. Masih banyak lagi benda yang aku risaukan. Maklumlah, aku ni ada masalah anxiety sikit (banyak!) I always tend to overthinking every situations and future, lebih-lebih lagi bila benda yang melibatkan uncertainty. Aku ni konon je adventurous, tapi hati tikus, hahaha! Tapi aku rasa, kegusaran aku ada asas. Asas utamanya adalah sebab aku belum secure mana-mana scholarship atau loan. Mana tak takut. Malah bila mama abah aku cakap dah boleh buat pembayaran deposit tu pun, aku tiba-tiba rasa takut nak bayar. Pertamanya sebab ia adalah satu jumlah yang banyak. Aku takut nak beri commitment. Dan keduanya adalah sebab aku takut bila dah bayar nanti, aku tetap tak ada scholarship. Macam mana nak go on nanti? 

Tapi macam mana sekalipun, aku kena berani dan yakin pada jalan yang ditentukan tuhan untuk aku. Kadang kala, dalam kehidupan ni, to move forward, all we need is a guts. Sometime overthinking can destroy your dream. 

As you start to walk on the way, the way appears. -Rumi 


Kita rasa apa yang kita lalui ni dah susah. Tapi sebenarnya apa yang bakal kita lalui nanti pasti lebih susah. Jadi kita kena makin kuat. Macam main game. Pernah ke level game tu makin senang? Tak pernah kan? Makin tinggi level kita, makin susah lah abstacle nya. Kan kan kan? 


Accepting the offer

Untuk accept offer uni sebenarnya perlukan 3 perkara sahaja:

Satu: bayar deposit tuition fee bernilai AUD10,000 dan health cover (worth depend on your selected coverage; samada single, couple, or family range) between AUD1,200 - AUD6,000. 

Dua: fill in and sign acceptance form. 

Tiga: salinan passport. 

Dah buat dan ada tiga benda ni, emailkan semula acceptance form, bukti pembayaran, dan salinan passport kepada IDP. From there, IDP will check your document and submit it back to uni. Then, tunggu la lagi 5 ke 10 hari untuk pihak uni berikan CoE.

Nampak je macam senang kacang goreng, tapi drama sangat masa nak buat pembayaran tu.


Drama nak bayar AUD15,720 aka RM52,000++ ke luar negara

Kalau aku tak kena buat semua ni, sebenarnya aku pun tak pernah tahu bagaimana nak buat pembayaran sebanyak itu ke luar negara. Setahu aku, transaksi di Malaysia ni limit kepada maksimum RM10,000 sehari. Tapi aku tahu limit tu kita boleh ubah. UniMelb sebenarnya bagi 5 kaedah untuk membuat pembayaran tetapi hanya 3 dari 5 kaedah itu yang di rekomen mereka. Lagi 2 option mereka tak rekomen kerana ia akan menyebabkan CoE kita delay. 3 kaedah pembayaran yang dicadangkan adalah: 

1. BPay (macam direct transfer, tapi untuk bank Australia. Maksudnya option ni hanya boleh diguna jika kita ada akaun bank Australia) 

2. Online visa/mastercard (uni ada berikan link. Charge 2.8% dikenakan untuk kad bukan Australia) dan,

3. Western Union Business Solution (uni ada berikan link. Ia adalah online western union khas untuk international student uniMelb membuat pembayaran dari luar negara). 

Beginilah rupanya UniMelb Western Union business solution tu. (maaf lah, kecil sangat gambarnya)

Dan ini pula rupa UniMelb online credit card payment


Oleh kerana kami tiada akaun bank Australia, maka option satu pun dah kena pangkah. Mama abah aku mengambil keputusan untuk guna visa card Al-Rajhi untuk urusan pembayaran ini. Jadi sejumlah wang telah dimasukkan ke akaun Al-Rajhi dan mama aku telah ke cawangan bank Al-Rajhi untuk activate international transaction serta naikkan limit transaksi kepada RM60,000. 

Disinilah bermulanya punca masalah dalam urusan pembayaran deposit ini. Punca pertama kerana aku awalnya insist nak guna Western Union Business Solution sebagai method pembayaran kerana aku sangka fee nya mungkin lebih rendah. Punca kedua adalah kerana pemilik kad iaitu mama tidak berada di Malaysia tapi di Indonesia manakala aku pula yang hendak melakukan transaksi berada di Klang, dan kad itu berada di tangan abah aku di Melaka.

Pada mulanya, aku telah cuba untuk bayar menggunakan visa card melalui western union business solution. Akan tetapi masalah demi masalah menimpa. 2 kali yang pertama aku cuba, bank telah hantar OTP number kepada nombor telefon mama. Yang lucunya, aku ingatkan OTP number tu dihantar ke nombor telefon abah. Patutlah tak dapat-dapat. Mana nak dapat, mama masa tu ada di Indonesia, bercuti jalan-jalan cari makan, shopping kain baju. 

Kali ketiga aku mencuba, mama dapat berikan OTP number yang di sms bank pada aku. Masa tu mama masih di Indonesia. Malangnya transaksi masih gagal. Screen kosong setelah aku submit OTP number. Aku pun naik panik. Aku call Al-Rajhi customer service tetapi gagal meneruskan pertanyaan kerana mereka hanya boleh memberi maklumat kepada pemegang kad sahaja. Mama pula telah cuba hubungi Al-Rajhi dari Indonesia tetapi gagal kerana operator bercakap dalam bahasa Indonesia dan mama tidak faham. Hahaha! Akhirnya aku beristighfar, dan terus call it a day, babai, good night everyone, aku pun masuk tidur. 

Skrin kosong begini selepas masukkan OTP number. Siapa tak panik kan? Kita pun confuse, transaksi  kita berjaya atau gagal?


Hari rabu, iaitu 2 hari selepas transaksi sebelumnya gagal, kami cuba buat pembayaran sekali lagi. Waktu ni mama ada di Melaka. Macam biasa, isi form, request quotation, then minta OTP number. Aku isi OTP number yang diberikan mama dan hasilnya.................. Masih gagal. Screen sekali lagi kosong. Entah mengapa mama pula gagal menghubungi customer service Al-Rajhi. Katanya nombor invalid. Pelik sungguh! Kerana aku hubungi nombor yang sama guna telefon aku boleh pulak? 

Maka bermulalah situasi lucu sekali lagi. Aku hubungi Al-Rajhi menggunakan talian rumah aku di Klang, dan mama yang berada di Melaka pula menghubungi telefon bimbitku. Maka aku loud speaker-kan telefon bimbit dan telefon rumahku agar mama dan operator dapat berkomunikasi. What a drama!! Long story short, akhirnya lepas lah semua soalan security bank, dan dapat lah kami selesaikan masalah. Rupanya transaksi dari western union tiada bypass dan tidak masuk dalam sistem bank. Bank pun tidak tahu dimana masalahnya kerana OTP telah diberi, mengapa tiada bypass? Eh, akak operator ni, tanya kita pula. Manalah kita tahu... 

Akhirnya aku tukar method. Kali ni aku cuba bayar guna method online credit card. Kali pertama cuba, tertera "your transaction was declined by bank" dengan font berwarna merah. Sekali lagi aku hubungi Al-Rajhi. 

Nasib baik tak perlu buat kerja gila macam sebelum ni lagi kerana akak operator tu pun sudah kenal kami anak beranak. Kali ini, masalah lebih mudah dikenalpasti kerana transaksi itu ada di dalam sistem, dan lalu bypass, cuma di-decline kerana bank blok. Jadi bank pun approve bypass dan bila aku cuba sekali lagi 30 minit kemudian........ Walllah!!!! AKHIRNYA!!!! Akhirnya aku berjaya menyelesaikan pembayaran sebanyak AUD15,720 kepada University of Melbourne. 

Alhamdulilah, lega yang teramat sangat rasanya. Semua orang mengambil nafas lega. 

Baru first stage sudah bermacam-macam drama.

Next, setelah aku submit acceptance form beserta resit pembayaran dan salinan passport, aku kena tunggu CoE dari UniMelb untuk urusan seterusnya, iaitu permohonan visa. Aku juga sebenarnya masih berusaha mencari penaja.

Nanti aku cerita lebih sikit tentang CoE dan visa application di episod berikutnya.

Sebelum berpisah, lihatlah gambar-gambar mama saya sedang bergembira bercuti di Padang, Indonesia. Amboi boleh cemburu kita melihatnya....


Mencuba pakaian tradisi 

Bersama rakan sekumpulan

Mencuba menenun kain songket

Ni la mama saya. 



till next time.

Click sini untuk baca Episode 5 #RoadtoMelbourne berkaitan CoE dan Visa requirement 


Noor Hida Halim
#RoadtoMelbourne

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur