Moderate student, moderate muslim.


Masa mula-mula aku sambung belajar dahulu, aku tidak minta banyak. Aku cuma hendak sangat dapat anugerah dekan. Hendak sangat dapat GPA3.50 ke atas. Sebabnya, sebelum-sebelum itu, aku tidak pernah dapat GPA 3.50. Dari tingkatan 1 (aku sekolah MRSM, sistem penilaian guna GPA) sampailah tamat diploma, tidak pernah cecah pointer 3.50. Jadi masa semester pertama, aku cakap kat Allah, "please please Allah. Give me a chance to get a dean list this time" (ye. Aku memang speaking london dengan Allah sebab itu bahasa yang paling aku selesa bila aku emo). 

Nak dijadikan dramatiknya kejadian itu, masa aku dapat email result tu,
aku dalam toilet. Kali pertama dapat email dari simsweb aku tak tahu yang itu adalah result semester, jadi aku pun buka email dalam toilet. Maka berjujuranlah air mata aku, teresak-esak, sikit lagi nak meraung. Nak cakap thank you Allah tapi nasib baik aku teringat masa tu aku dalam toilet. Cepat-cepat aku lap air mata, keluar, bagi tahu mama abah. Barulah aku tahu, macam ni rupanya perasaan bila dapat anugerah dekan.....

Maka selepas itu, aku target tinggi lagi. Rupanya tidak lah sukar mana nak sentuh 3.50. (Baru sedar). Jadi aku mula aim untuk 4.00. Distinction terus kau. Dan seperti mana yang telah terbukti, 3 semester berturut-turut aku kekalkan pointer 4.00. Bila dah 3 kali dapat 4.00, aku mula terasa macam dah tak challenging. Terasa macam tak mencabar nye lah hai. Terasa terlebih selesa dan terlebih confident. Nak aim higher macam mana lagi sebab 4.00 tu dah result tertinggi. Betul lah orang kata, hendak capai sesuatu itu lebih mudah daripada hendak mengekalkannya. 

 Aku pun kononnya nak cabar diri untuk buat lebih dari itu. Jadi untuk semester berikutnya, daripada ambil 4 subjek, aku ambil 5 subjek. Itupun nasib baik 5 subjek. Asalnya hendak ambil 6 subjek (berlagak dan over confident sangat kan). Nasib baik tak boleh. Itulah orang kata too ambitious. Sudahnya aku tersungkur. Satu subjek tak dapat A, maka jatuhlah pointer aku. Punyalah aku frust dan sedih sebab pointer jatuh, sampailah paklong aku cakap, "B is good. Its mean there's a way for improvement." Tersedar aku sekejap. Betul lah B itu bagus. Sebab nya bila aku dah selalu sangat dapat A, aku terasa stagnant. Sebenarnya Allah nak ingatkan aku jangan terlebih yakin. Sentiasa bersedia dan sentiasa buat lebih daripada sebelum ini.

Semester berikutnya, aku tetap degil ambil 5 subjek. Aku rasa macam boleh. Cubaan kali kedua kan, sepatutnya boleh. Aku tingkatkan usaha, belajar lebih masa, buat lebih dari semester-semester sebelum. Ternyata tetap tidak boleh. Tersungkur juga aku satu subjek. Ternyata Allah hendak mengingatkan aku, bahawa rezeki itu ditangan-NYA. Biar lah kau usaha macam mana pun, kalau Allah kata not yet, maka not yet lah. Mungkin juga ada pengajaran lain Allah nak tunjuk. Allah kata know your limit. Allah kata know your ability. Allah kata have fun, have a balance life. Don't stress out too much. Sekarang aku dah tau. Semester 7 aku pun kembali ambil 4 subjek. Hidup lebih tenang, banyak tidur dan banyak beriadah. Terbukti aku dapat balik pointer 4.00. Hahaha lawak betul. Kadang-kadang kita nak jugak bagi Allah hantukkan kepala kita ke dinding baru kita dapat tangkap pengajarannya. 

Kini aku baru tamat semester 8 yakni semester akhir. Ada projek paper dan 2 subjek lain; satu elektif dan dan satu lagi teras. Walaupun aku dah lalui 7 semester dan setiap semester aku dapat anugerah dekan, semester ini aku tetap gentar dan gusar. Pengalaman mengajar aku untuk tidak overconfident, tidak over estimate, dan tidak berasa selesa. Semester akhir adalah menentu segalanya; samada aku dapat anugerah vice chancelor (ANC) atau tidak. Tapi aku cuba untuk kekal tenang, bercuti, tidur secukupnya, main skateboard, tengok movie, bersolat, bersukan, dan bersama anak. 

Pengalaman mengajar aku bahawa rezeki itu ditangan Allah. Benar, Allah kata, "siapa yang berusaha akan berjaya". Tapi jangan sampai hidup tidak teratur dan terlebih fokus pada satu benda sahaja. Amalkan cara hidup yang seimbang. Be moderate. Work smart and work hard. That is what Allah keep reminds me ALL THE TIME. That is what Islam is. 

Be moderate but be significant. 



N. Hida
Pelajar semester akhir. 

            Ini abah saya. Tahun bila kah ini...Tak lama lagi saya pula, insyaallah.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)