salute to the nature

salute to the nature

Monday, April 18, 2016

Tanjung Ringgit

Tanjung Ringgit. 

Apa lagi hendak diceritakan? Biarlah gambar berbicara. Tapi sebelum tiba di sini, mungkin anda akan ter-menyumpah di dalam hati, betapa jauhnya tempat ini, teruk nya jalan, aduh rosaklah kereta. Berkilometer jalannya tidak berturap dan berlubang sana sini. Tidak dapat bayang kalau hujan bagaimana. Nasib baik cuaca baik di hari-hari sebelum. Lopak lopak air telah kering, meninggalkan kesan tayar 4WD yang dalam di sepanjang jalan. Tidak seperti jalan ke pantai Mawi dahulu, berlumpur dan bertakung airnya!

Bila tiba di hujung jalan, terubat segala kesabaran tadi. Indahnya Tanjung Ringgit, membuat kau percaya, dunia ini ciptaan sempurna.

Thursday, April 7, 2016

Sindang Gile and Tiu Kelep guides


Sampai sahaja di Senaru, pakcik driver ini turunkan kami di depan premis agen. Aku tidak ingat namanya tapi bangunannya kehijauan. Terus kami diajak masuk dan diceritakan serba sedikit tentang air terjun pertama, Sindang Gile dan kedua, Tiu Kelep. Katanya tidak boleh masuk sendiri, perlu ada guide. Perlu trekking jauh masuk ke dalam hutan, katanya. Kalau pergi sendiri takut tidak sampai. Kemungkinan boleh sesat! Sekali sekala agen ini berbahasa Malaysia. Kelebihan pada dia lah tu hendak tarik pelancong Malaysia percaya. Kemudian, setelah habis bercerita, dia tunjuk rate harga untuk guide. Hah terbeliak biji mata. Kalau aku sedang minum air, mesti sudah tersembur kena ke muka dia. IDR250.000 seorang??!! Kalau 4 orang tidak ke sudah 1 juta itu! Gila!!!! Mana aku ada bajet banyak itu. Habis bagaimana ini???!!!

Tuesday, April 5, 2016

Terlepas bot, ditinggal driver


Dari malam sebelumnya lagi aku sudah tidak senang hati bila whatsapp dengan pemandu tidak berbalas. Satu tick. Kenapa? Dia diluar kawasan kah? Dia lupa tempahan kami kah? Lama aku termenung di atas katil menunggu, akhirnya muncul 2 tick. Ahhh...Sampai pun mesej ku. Tapi masih tak dibaca. Kenapa tak dibaca? Tak ada line kah? Mungkin di sudah tidur. Aish.. Menyesal pula tidak hubungi dia lebih awal. Sekarang baru gundah gulana. Bagaimana esok pagi ni? Jangan dia lupa pula. Kalau dia tidak ada di jeti bagaimana? Apa nak buat? Jam 12 tengah malam, otak aku sudah mula memikirkan plan B, andainya driver yang aku telah janjikan tidak tiba.

Ternyata kegusaran aku ada landasnya. Ternyata bila tiba di Bangsal, tiada siapa pun yang menanti kami. Ahh sudah...Nak buat macam mana lagi, dah memang kami terlewat. Boat pertama tadi kami terlepas, maka terpaksa kami tunggu bot berikutnya penuh baru boleh jalan. Sudahnya, lewat lah kami sampai ke jeti Bangsal. Cuma waktu itu, ketika baru tiba di Bangsal, aku masih berharap driver ku ada menunggu. Fikir positif kononnya. Buat cool aja dan terus ke lobi kaunter tiket. Tapi itu semua tidak memadamkan hakikat bahawa kami kini tiada driver dan aku tidak ada cara langsung untuk menghubungi driver itu. Tiada seorang pun antara kami yang ada beli local simkad dan tiada seorang pun yang roaming! Habis sekarang bagaimana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails