salute to the nature

salute to the nature

Monday, February 8, 2016

Koleksi Tudung Labuh Online Terkini


Kelas mengaji Juwita

Tahun lepas aku mula mendaftarkan anak kelas mengaji dan fardhu ain di rumah. Setelah meneliti dan membuat pilihan, akhirnya aku memilih untuk mendaftar dengan satu admin mengaji ini. Dia ada ustazah yang available untuk datang mengajar anak aku di rumah pada hari biasa diwaktu petang (seperti yang aku request). Sebenarnya memang itu lah alasan utama mengapa aku pilih admin itu.  Setelah bersetuju dengan package, admin mengaji memberi nombor telefon ustazah itu. Kami pun set hari dan waktu dan berkenalan di dalam Whatsap. Kelas pertama dijadualkan bulan berikutnya.

Awalnya, aku tak boleh nak jangka langsung bagaimana rupanya ustazah ini. Tuakah atau mudakah? Bagaimana gayanya? Baikkah dengan kanak-kanak?  Terbayang-bayang pula aku dengan ustazah aku zaman kecil-kecil dahulu.
Berumur lewat 40-an dengan pakaian serba hitam dari hujung kepala sampai hujung kaki. Ditangannya memegang rotan. Rotan itu sahaja yang berwarna coklat selain mukanya yang garang. Erk! Kalau begitulah ustazah itu tentu anakku tak mahu. Risau juga. Juwita ini baru buka iqra sudah mengalir air mata. Tak sempat tengking sudah banjir satu benua Afrika. Ish risaunya aku kalau anakku tak serasi ustazah ini. 


Bertemu ustazah kali pertama

Akhirnya, di hari pertama kelas mengaji, ustazah pun tiba. Eh, muda rupanya ustazah ini. Cantik pula tu. Pemakaiannya pun menarik. Tak seperti ustazah zaman 90-an aku dulu yang serba hitam. Seperti layaknya seorang ustazah, cik ustazah ini berpakaian sopan menurut syariah namun pada masa yang sama, berpakaian cantik menawan seperti wanita muda yang lain. Tudungnya labuh namun cantik sekali. Baju jubah nya berwarna hijau berenda coklat. Habis kelas pertama aku pun bertanyakan anakku, “bagaimana? Suka tak ustazah ini?” 

“Ok. Cantik. Pandai buat kelakar.” Komen anakku melegakan hati ini. Sedar tak sedar dah 4 bulan ustazah mengajar Juwita di rumah. Tiap minggu lain-lain rekaan tudung dan bajunya. Cantik!
Penampilan itu penting terutama sekali apabila kita berurusan dengan orang ramai. Seperti ustazah yang mengajar Juwita ini, bayangkan kalau dia berpakaian serba hitam. Tentu reaksi dan penerimaan anakku berbeza. Tapi penampilan ustazah itu sangat mudah di terima anakku. Malah dipuji pula cantik. Walaupun berpakaian menurut syariat dan bertudung labuh, tidak bermakna tak boleh bergaya. Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Macam laman web yang aku suka lawati ini, iaitu Zalora, cakap sahaja apa semua ada. 


Koleksi tudung labuh di Zalora

Boleh kata hampir setiap hari aku window shopping di Zalora. Bulan lepas aku cari beg sandang. Kali ini aku sedang mencari rashguard dan swimming suit. Sambil-sambil itu aku tengok juga muslim wear terutamanya tudung dan shawl. Ternyata, memang banyak pilihan tudung di Zalora.  

Bagi wanita yang menggemari koleksi tudung labuh, dahulu pasti sukar bagi mereka untuk menemui koleksi tudung labuh dengan rekaan yang modern dan rata-rata fesyen tudung labuh lebih kurang sama sahaja rekaannya. Namun dengan kepesatan fesyen muslimah yang semakin berkembang, kita dapat melihat banyak rekaan koleksi tudung labuh online yang boleh ditemui dalam pilihan rekaan yang terkini dan moden. Ini memberi peluang kepada para wanita yang bertudung labuh macam ustazah mengaji Juwita untuk tampil lebih bergaya dan pada masa yang sama masih mengekalkan penampilan yang sopan. 

Menyebut tentang penampilan yang lebih bergaya, ia bukanlah bermaksud berfesyen secara keterlaluan, tetapi dengan rekaan tudung labuh yang cukup simple tetapi menarik. Contohnya seperti ini;


Fesyen 1
Potongan koleksi wide shawl yang panjang dan lebar ini membolehkan si pemakai menentukan paras panjang tudung yang diingini semasa pemakaian. Nak labuh lagi pun boleh, nak pendekkan sikit pun boleh. Boleh disesuaikan ikut kehendak dan saiz badan.


Fesyen 2
Begitu juga dengan koleksi instant shawl yang rata-rata boleh anda temui dalam potongan yang cukup lebar dan sesuai dipakai oleh mereka yang lebih selesa bertudung labuh. Ranggi tapi masih patuh syariah.


Fesyen 3
Seterusnya adalah tudung sarung atau pernah juga suatu ketika dahulu dikenali sebagai tudung Syria. Koleksi tudung ini kini boleh ditemui dalam pelbagai pilihan warna menarik dan penambahan perincian yang bersesuaian seperti lace dan sebagainya. Tudung seperti inilah yang paling senang nak di pakai. Mama ku di kampung pun banyak tudung seperti ini.


Fesyen 4
Dan yang terakhir merupakan rekaan asal koleksi tudung labuh yang kini juga boleh ditemui dalam pelbagai jenis fabrik dan corak yang menarik. Tudung begini adalah kegemaran mama ku. Banyak dia tempah dahulu. Kalau tahulah dari awal di Zalora ada jual, dah lama aku tunjuk pada mama.


Cantik kan? Nampak sangat presentable. Kalau begini rupa paras pemakaian, kita lihat pun selesa nak bergaul. Oh iya, hujung minggu ini ustazah mengaji Juwita akan berkahwin. Tak sabar pula anakku nak tengok bagaimana ustazahnya di atas pelamin. Pasti cantik! Jawabku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails