Jangan paksa ketam jalan lurus





"So, how's Juwita at home?"
Soalan pertama Miss Thanu terus menujah ke mukaku. 

"Oh, she is loud, non stop talking, talkative, and noisy!" 

Miss Thanu membuntangkan mata. Muka tak percaya habis. "Juwita? Talkative? Errrrr nop. Really not Juwita. Not Juwita that i know!" 

Aku? Tak terkejut pun. I got that a lot. Dari sekolah tadika lagi kes yang sama, respond yang sama, komen yang sama, daripada lebih dari 5 cikgu. Mula-mula risau la juga. Eh kenapa ye, anak aku ada masalah ke? Anak aku tak boleh bergaul ke? Anak aku tak ada kawan ke? Anak aku tak boleh get along ke? Tak boleh nak masuk? Ke dia tak faham apa yang di ajar?

Cikgu pun tak tahu, dia faham ke tidak, dia tahu ke tidak.... Sebab dia lebih suka untuk diam. Kenapa dia diam di kelas sedangkan di rumah dia bising? Ibu mana tak risau kan? Kenapa? Why? Why?

Dulu aku macam itu lah. Stress bila dapat respond macam tu dari cikgu Juwita. Tapi lama-lama, bila aku fikir balik, dulu aku pun macam tu. Sebising-bising mana Juwita, dia tu sebijik sejibon aku. Bukan jenis yang expressive and extrovert. Tapi lebih suka menyendiri dan introvert. Lebih banyak berfikir dari berkata-kata. 

Itulah aku, itulah dia. Bagaimana aku, bagaimana itu lah dia. Nak kata apa? 

Rewind balik situasi mata bertemu mata dengan Miss. Thanu, aku senyum sahaja bila cikgu Juwita memberi respond sebegitu. Tapi kemudian Miss. Thanu menyambung, "i was worried about her because she did not respond in class, and i thought she will be in trouble. I thought she left far behind (in academic). Not until i saw her classwork! Surprisingly, she did excellent! Especially in Math, she did very well. And her essay, its getting more and more interesting. She start using more adverb and putting more adjective..... Bla bla bla..." (panjang lebar lah penjelasan cikgu nya tu, malas nak copy semua)

Komen itu pun dah biasa aku dengar. Macam aku pernah cakap, Juwita is not "open book" type of kid. She is more like onion, with many different layers. Kena rajin kupas satu-satu baru nampak "core" dia tu. Luaran dan dalaman tak sama. Cuba bagi kertas putih, tengok bagaimana dia warnakan kertas itu. Dia bukan the usual kid. Pendekatan tak sama. 

Actually setiap kanak-kanak berbeza dan untuk menggilap setiap anak, perlu pendekatan berbeza. Baru je aku borak dengan seorang mummy minggu lepas yang mengatakan anaknya perlu one to one tutor baru boleh tangkap pelajaran. Ada yang perlu kerap di tanya dalam kelas, ada yang perlu diberi latihan tubi bertubi-tubi, ada yang boleh belajar dengan perbincangan rancak, ada yang belajar dengan bacaan senyap.

Ada budak yang akan aktif menjawab di kelas, ada juga yang diam. Senyap bukan tidak tahu, tapi sifat memang begitu. Cuba panggil nama dia dan tanya soalan direct padanya, confirm dia boleh jawab lebih baik dari yang bising itu. 

Bagaimana kita dewasa ini berbeza dengan potensi dan kekuatan yang berlainan, begitulah juga kanak-kanak. Sama seperti tidak semua kita bagus dalam bersukan. Malah jika ada yang hebat bermain badminton, belum tentu dia hebat berenang. 

Makanya, tidak adil untuk menilai semua kanak-kanak dengan satu sistem dan setting yang sama. Kerana manusia secara general pun, ada yang jalan laju ada yang jalan perlahan. Mengapa kita mahu setiap kanak-kanak mendapat keputusan yang sama sedangkan kita tahu potensi masing-masing berbeza? 

Di sinilah "flaw" atau kelemahan sistem pendidikan conventional. Apabila ketam, siput, kerang, dan ikan semua dinilai dengan tahap kelajuan berenang. 

Berbalik pada meeting dengan Ms. Thanu, jadi her class teacher pun simpulkan, " Okey, i will try to make her talk more in class." Kemudian Ms. Thanu pandang Juwita dan berkata, "I will call your name and make you talk honey. I'm sure you have a lovely voice. Can we try to talk in class tomorrow?"

"Er... I guess..." Juwita jawab, sambil senyum senyum. 

Bagus perasaannya bila guru kelas memahami dan mengetahui setiap kekuatan dan kelemahan murid dalam kelasnya. Jadi dia tahu, bagaimana mahu mengukir setiap satu dengan acuan berbeza. Dia tahu di mana mahu digilap kanak-kanak itu. Tidak sama setiap satu.

Jangan dipaksa ketam untuk berjalan lurus, kerana kekuatan ketam adalah mengepit. Jangan disuruh monyet berenang, kerana monyet hebat di dalam hutan. Faham ke faham? 


            Hayatilah komik ini untuk lebih memahami


Salam Isnin jerebu. 
N. Hida Halim
-frust sebab asik sekolah tutup aja. Damn u jerebu. 


Oh btw, cuba tengok bawah ni, classmate Juwita punya jawapan untuk "when i grow up i want to be...." Bukan selalu boleh jumpa jawapan gitu dari 7yo kid hehe~~



Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.