Dari Klang kami ke Redang

Dari Klang ke Redang.
(Massive load of picture down here)

Pulau Redang ini letaknya di Terengganu. Jika nak ke Redang memang lah perlu ke Terengganu. Ada dua jeti yang membawa penumpang ke Redang, jeti Merang dan Jeti Syahbandar di Kuala Terengganu. Nak ke Kuala Terengganu ada beberapa cara; memandu sendiri, menaiki bas, atau dengan kapal terbang. Paling cepat mestilah dengan kapal terbang. Kalau kena dengan timing promo, murah je return ticket KUL-KT. 

Aku ke Redang hujung minggu lepas. Memang dah check rate tiket kapal terbang tidak murah. Aku pergi bertiga, dengan Rauf dan Jejuw. Menaiki bas juga merupakan cara yang kurang letih aku kira. Boleh lah tidur sepanjang 7 jam perjalanan. Tapi tiket sehala seorang sudah RM44, return dah berapa, darab tiga pula. Jadi kami buat keputusan untuk
drive sendiri ke Kuala Terengganu. 5 jam sahaja perjalanan kalau ikut waze dan google map, tapi sebab ada banyak kali detour isi minyak (maklumlah, kereta tank kecil) dan driver perlu recharge tenaga, jadilah 6 jam perjalanan. 

Bertolak dari Klang pukul 3 pagi, kami tiba di Jeti Syahbandar jam 9 pagi. Parking kereta di situ dan terus ke kaunter K7- Redang Bay Resort. (Rate parking: RM6 sehari. Kami mula parking dari 18hb jam 9am dan keluar pada 20hb jam 1pm, jumlah parking dikenakan adalah RM13. Murah lah kan?) 

Redang Bay ni aku booking siap-siap melalui website dia. Kebanyakan resort dan hotel di Redang memang dah siapkan package fullboard 3D2N atau 4D3N (complete penginapan, makan, BBQ dan 3x trip snorkeling). So basically, kita compare harga dan availability tarikh yang kita nak sahaja lah. Rasanya mana-mana resort pun snorkeling nya memang terbaik. Sebab lokasi Redang dan coral-coral di kawasan sana memang cantik. Waktu aku booking ni, ada 4 pilihan resort dan semuanya aku emailkan enquiry. Satu resort ni dah fully booked pada tarikh yang kami nak, so tinggal lah tiga. Antara tiga ni, dua resort terletak di area long beach dan satu di Kalong. 

Kalau ikutkan, mula-mula rasa nak booking Redang Kalong yang terletak di luar kawasan Long Beach kerana kalau korang check tripadvisor, tempat ni lah 1st ranking di Redang. Cuma satu sahaja downside nya, resort ini bukan di area Long Beach! Dia terletak di kawasan secluded dan terasing sikit. Kalau nak honeymoon atau retreat dan lari dari crowded, aku rasa tempat ni memang perfect. Lagipun, Redang Kalong ni ada private beach dia sendiri (walaupun bukan berpasir halus putih macam di Long Beach). Imagine, buka je pintu chalet kau, terbentang pantai depan mata. Heaven kan? Duduk lepak depan chalet pun dah depan beach terus.

Tapi benda tu kau tak dapat la kalau duduk kat resort area Long Beach. Long Beach tu public beach beb. So, share ye beach tu, semua resort boleh pakai. Resort semua memang tepi pantai, tapi chalet terletak di dalam kawasan resort masing-masing. Nak pergi beach, kena jalan keluar resort sikit. Tapi yang best pasal Long Beach adalah dia happening. Meriah lah dengan orang (meriah tapi tidak lah sampai crowded yang menyesakkan). Malam-malam lagi happening dengan muzik dentam dentum. Layan lah juga dengan live band mereka. 


Dipendekkan cerita, setelah few discussion, kami bersetuju untuk merasai bagaimana happening nya Long Beach tu. Sebab itu aku pilih Redang Bay ni. Aku pergi 18-20hb September. 18hb tu rupanya 1st day school holiday (aku pun baru tau bilamana nak booking package). Jadinya memang rate semua ada surcharge (mahal le sikit dari biasa). Bila ada surcharge, memang lah coral bay, laguna dan seangkatan dengannya terkeluar dari senarai. Hahaha! 

Redang Bay ni kalau ikut rate pada tarikh aku pergi tu, memang inilah antara resort yang harga masih below RM500/pax after surcharge di area Long Beach yang masih available. Dan, bagi aku, accommodation dia oklah. Puas hati. Aku tak kisah sangat pasal kemewahan bilik chalet sebab bagi aku, most of the time kita dok dalam laut je kan. So, penting sekali kena ada katil best (complete dgn comforter dan cadar mesti putih) untuk tidur yang lena dan hot shower untuk mandian yang berkualiti. Ada pula aircond, wahh dah kira bagus sangat tu, bertambah lena lah tidur di malam hari. Itu ja yang penting. Sampai sahaja bilik tengok ada TV flat screen siap channel Fox Movie pulak tu. Itu dah kira terbaik lah tu. Suka lah Juwita layan movie malam-malam. 


Selain Redang Bay, aku cadangkan korang try resort lain juga seperti Redang lagoon, Redang Pelangi, dan beberapa lagi resort yang ada. Sebenarnya, tak payah over thinking kot pasal resort or package mana yang paling best nak pilih sebab kalau dah kat Redang tu, best aje lah. Consider budget je la kot sebab itu je beza antara resort-resort ni semua. Kalau rasa budget tinggi, dan nak percutian ala-ala mewah lagi diva (echehh), boleh lah try laguna (orang kata ni the best resort kat long beach ni. Tapi bagi aku, orang kata Laguna ni the best sebab resort ni 4 bintang. Haruslah bilik dan resort nya cantik kan). Pantai depan Laguna ni pun cantik.

Kalau nak personalized and warm gestures, something more friendly, better try something like Redang Kalong dan beberapa lagi resort yang tidak berbintang-bintang tu. Kalau nak view terbaik, aku rasa Redang Reef is the place. Memang breathtaking sebab lokasi nya sedikit tinggi di atas cliff di sisi long beach, memang nampak view the whole long beach dari sini. 

Apapun, pilihan di tangan dan poket masing-masing. Kalau aku, aku kurang gemar hotel mewah, sebab aku sebenarnya lebih sukakan pendekatan chalet kecil yang lebih mesra dan lebih "manusia". Redang Bay bukan chalet kecil juga. Aku kira sederhana lah kot. Tapi aku berpuas hati dengan keseluruhan pengalaman sepanjang di sana. Makan pun sedap, tidur pun lena, snorkeling pun puas, nah apa lagi yang diharapkan? 


Apa yang terbaik di Redang sebenarnya? Bagi aku, snorkeling trip nya. Lain kali cerita yang itu. 


Sehingga ketemu.


N. Hida
Klang, Malaysia


            Perjalanan awal pagi menaiki kenderaan sendiri. Juwita tidur sahaja.



            Berhenti banyak kali untuk isi minyak dan berehat. Juwita masih tidur



            Jeti Syahbandar. Under construction. 



            Feri (seolah-olah tongkang) erk! 2 jam terasa terlalu lama. Juwita tidur lagi.



            Beginilah keadaan dalam feri ini. Agak-agak kalau karam nak keluar ikut mana? Berebut lah nk lompat ikut depan tu kan.



            Kami diturunkan di jeti awam, belakang laguna ni. Kami cross sendiri laguna ke bahagian depan belah longbeach dan cari sendiri Redang Bay. Sebenarnya ada pickup dari resort yang akan collect tapi sebab aku punya mabuk laut dah menyerang, aku pilih untuk jalan kaki je. Ambil udara segar, sambil warming up sikit. Maklumlah, dah 6 jam dalam kereta tambah 2 jam dalam feri. Mana tak mabuk!



            Sampai pun Redang Bay. View dari depan chalet kami. Kami ambil triple room. Ada 1 queen bed, 1 single bed. Sedang elok je. 



            Sampai-sampai terus di suruh lunch. Pukul 2 dia suruh register snorkeling kalau nak join. 1st trip snorkeling pukul 2.30. Walaupun masih mengantuk, penat, dan mabuk, kami semua tetap join hokeh. Memang tak menyesal. Antara 3 snorkeling trip, aku rasa yang 1st ni lah paling cantik coralnya. Deep sea snorkeling trip. Terbaik sangat lokasinya. Coral nya sangat lah marvelous! 



            Dinner malam itu adalah BBQ. Jap nak listkan satu-satu menu; kambing, beef stripe, ikan bakar portugis style, fishball, ayam pandan, kepak ayam madu, salad, mash potato, kentang bakar, nasi goreng, spagetti, sausage. Nah! Cukup tak? Lebih dari cukup. Sedap makannya. Terima kasih. 



            Tourist pose adalah wajib. 



            The best view of Redang, dari jambatan Redang Reef. 



             Long Beach yang dikatakan itu. 



            Travel buddy. Cantik kan aku ambil gambar dia?



            Tengok gambar mereka lagi....



            Tengok macam mana diorang amik gambar aku... Sedehhh!!!



            Baby turtle dan turtle awareness program. Akan diceritakan di entry lain.



            Kapal yang membawa kami ke feri. Sudah mahu meninggalkan Redang. Last view lah ni. Di hujung sana tu adalah Laguna Resort. 



            Wefie lah dulu. Last.


Ok bai...

Comments

Anonymous said…
Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....