salute to the nature

salute to the nature

Monday, August 24, 2015

To make the rose blooming

Satu masa dahulu aku pernah borak-borak dengan seorang pencinta ros. Pakar pokok ros lah aku kira saudari tersebut. Segala jenis ros dia tahu. Cara penjagaan, semaian, pembiakan, jenis baja, cuaca, campuran tanah, semua dihujung jarinya. Mind blowing sekejap bila dengar dia bercerita. Kemudian aku pun tanya, kenapa pokok ros aku dah taknak berbunga? (Masa tu aku masih ada pokok ros di rumah hokey. Jangan ditanya mana pergi pokok ros tu sekarang)

Saudari itu senyum lantas menjawab, "pokok hanya akan berbunga bila dia gembira".

Ooooooo..... Panjang muncung aku menjawab. Tapi sebenarnya otak aku masih blur- blur. 

"Tau tak macam mana nak kasi pokok gembira?" 

"Macam mana?"
Tanya aku balik. Malas nak main teka teki teka tekuk. 

"Pokok akan gembira bila kita belai dia selalu, kita cakap baik-baik dengan dia, kita bagi dia makan sedap-sedap dan cukup, kita sediakan tempat yang bersih dan selesa, kita groom dia cantik-cantik, kita bagi dia kasih sayang.... Kadang-kadang kita kena bagi dia rumah baru, pindah tempat baru... Macam tu baru dia gembira. Bila dia gembira dia akan menyanyi-nyanyi, lalu keluarlah bunga."

Dalam otak aku memang terbayang-bayang sekumpulan pokok bunga bergoyang ke kiri dan kekanan seirama sambil bernyanyi riang. 

Termenung kejap aku. Betul juga. Bagaimana lah pokok tu nak keluarkan bunga yang cantik kalau hidupnya tidak gembira dan bahagia, kan? 


Jadi gembiranya pokok itu dapat dilihat dari cantiknya bunga yang dihasilkan. Kalau manusia pula bagaimana? Bagaimana kita melihat kegembiraan manusia? 

Nak menggembirakan pokok pun susah, apatah lagi manusia.



             Aku dah tak tanam rose. Aku tanam bendi je sekarang. Sama je konsepnya.




N. Hida Halim
Klang, Malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails