salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, May 5, 2015

7 jam di Spain

Malam tadi jauh betul mimpi aku pergi, sampai ke Spain. Bangun pagi keluar pintu, tengok kabus tebal, sejuk sesangat. Atas puncak bukit rupanya cottage aku duduk tu. Di kelilingi pokok pine dan sayup-sayup kat bawah bukit, nampak pekan. Ada pulak Abdul Rauf dalam mimpi tu. Awal pulak dia bangun dalam mimpi aku. Rauf bawak kunci kereta. Rupanya dia ada sewa kereta. Kecik je kereta tu, mcm mini cooper (jenis dan jenama kereta memang aku tak cam sebab tak pernah masuk akal pun benda tu selama ni.)

Rauf suruh drive. Macam tak percaya dan takut juga. Sedang dalam KL pun jarang nak drive ni nak drive kat Spain? Tapi aku drive jugak. Aku stop by kat satu sungai. Jernih airnya, deras arus nya. Tapi tak begitu cantiklah. Rauf kata, 'kita drive kedepan lagi nanti mesti jumpa yang lagi cantik'. Masa tu imagine,
mesti sejukkk sangat air tu. Huhuhu. 

Sambung jalan, sampai pekan. Rauf lapar. Cari roti panas. Dok bau-bau pakai hidung ja cari makanan. Masuk kejap satu kedai sundries. Kat kaunter ada macam-macam jenis buah kering, kebanyakannya buah fig (buah tin). Rauf ambil satu fig, makan. Pastu dia cakap, 'sedap gile lah! Paling sedap aku pernah rasa!' Rauf cakap macam tu, tapi aku tak rasa nak beli or rasa pulak. 

Aku tengok kedai bertentangan. Ada pasaraya besar sikit. Nampak banyak roti-roti bersusunan di bawah lampu kuning. Nampak sedap je. Tapi peliknya tak ada bau. Then rasa macam familiar tempat tu. Aku tanya rauf, 'eh rauf tu kedai ko beli roti sedap dulu tu kan?' Rauf tanya 'kedai mana? Bila?' Pastu aku cakap, 'alaa yang masa kita datang last time, dengan mama, beli roti kat situ kan. Yang bau dia sedap gile tu.' Yok yok oo je mimpi ni kononnya sebelum ni pernah datang Spain lah. Ni kali kedua la kononnya. Pfttttt!

Raop pun teringat dia cakap la 'haah laa situ! Jom beli roti kat situ'. Sambil tu aku tengok kaunter sundries tu dah kemas-kemas. Macam nak tutup dan taknak kitorg beli pun. Aku perati je orang tu kemas. Rupa dia macam immigrant, ada jambang sikit, muka timur tengah. 'Patut lah jual buah tin', dalam hati aku cakap macam tu. 

Then masa aku nak pusing kepala pandang ke kedai roti tu, aku tutup mata. Bila buka mata balik, pandangan aku dah gelab. Aku cuba fokus, then baru aku perasan yang aku dah ada atas katil, terkebil-kebil, sambil otak tengah reset balik kat mana aku tadi? Then kat mana aku sekarang? Rupanya atas katil, dalam rumah, kat Bandar Bukit Raja Klang, Malaysia. Badan rasa sakit-sakit bila bangun dalam cubaan mencapai jam loceng. Lagi beberapa minit nak subuh. 

Aku ingat, malam tadi tidur pukul 10.30. Bangun pagi ni pukul 5.30. 7 jam aku tidur. Dah macam baby. Tapi 7 jam untuk berada di Spain? Aku rasa berbaloi. 

An overnight travel. Who knows? Jadi aku bangun pagi ini dengan satu senyuman mendalam. Kalau orang tanya, "wah kau, happy je harini? Ada berita gembira ke?"


Agaknya kalau aku jawab, "mestilah happy, aku baru balik dari overnight trip kat Spain subuh tadi", agak-agak orang ingat aku gile ke tak siuman? 

:)

Thank you god for giving me that short vacation. I need it most! 


(Aku cuba juga google gambar Spain, pekan di Spain dan pemandangan dari atas bukit yang menghamparkan pemandangan Spain seperti dalam mimpi aku, tapi tak jumpa yang sama. )



               Pekan tu lebih kurang macam ni, tapi sibuk sikit. Ramai orang dan warnanya oren keemasan. Mungkin waktu itu waktu pagi. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails