salute to the nature

salute to the nature

Monday, March 23, 2015

Hari terakhirku di kepulauan Maldives

Hari keempat


Yellow fin tuna

Menunggu orang membeli belah memang memenatkan. Tapi bila yang di shopping adalah ikan tuna lautan hindi, ia sesuatu yg perlu di perhati. Kalau tak membeli sekali pun, mengikuti langkah demi langkah itu sudah cukup memadai dan berharga. Sekurang-kurangnya ada sesuatu pegalaman baru yang di rasa. Jenuh menunggu dan lenguh kaki terubat dengan gelagat penjual dan fish monger. 

Ikannya bukan kecil-kecil. Yellow fin tuna saiznya lebih besar dari bayi manusia. Average size adalah dalam 20kg. Ada yang lebih besar dari itu mencecah 30 ke 40kg. Alangkah besarnya hasil dari lautan hindi ini.


Dan sebenarnya, paling ku kagum adalah kegigihan pelancong luar negara membeli ikan.
Bukan senang dowh. Mula-mula kena deal harga ikan dan cara pengurusan. Kena rapat-rapat dengan penjual ikan.  Lepas tu kena beli kotak polisterin dan salotip besar di kedai hadapan. Kemudian perlu pilih ikan, timbang ikan, dan nego harga. Lepas tu kena bayar harga ikan tambah dengan harga siang ikan. Dah settle bayaran, pi tengok ikan tu di bawa ke fish monger dan tengok dia siang ikan kita. 

Ok part ni paling menarik. Hebat gile kaedah siangan nya. Bayang kan, yellow fin tuna tu, saiz standard dalam 20kg. Sekejap je dia melapah kulit ikan tu, debone dan potong blok-blok. Pakar. Itu je perkataan yang paling sesuai. Ikan tu di letak dalam plastik dan dimasukkan dalam kotak polisterin kita tadi. Oh ya, jangan lupa kena beli ais sekali untuk diletak di dalam kotak polisterin. 

Ok. Kotak dah di isi ikan dan ais. Dah di salotip. Sekarang kena urus pengangkutan untuk hantar kotak tu ke hotel atau ke jeti. Macam kes budak ni, ikan di hantar ke lobi hotel dahulu sebab flight malam, beli ikannya pagi. Maghrib tu, ambil pengangkutan untuk bawa bag dan kotak ikan ke jeti. Naik feri macam biasa (jangan risau, orang feri memang tolong angkat bagasi dan muatan. Sampai jeti airport, letak kotak ikan atas trolley dan bawa lah ke check in luggage. Dah masuk ikan tu, boleh lah jalan2 beli perfume, beli bag, beli rokok dan sebagainya. 

Habis cerita beli ikan. 

Eh belum. Jangan lupa sampai KLIA kena ambil ikan tu sekali dengan luggage2 tu semua. Jangan expect kotak tu cantik elok serupa tadi. Kebarangkalian untuk kotak pecah adalah sangat tinggi. Kotak dah di balut plastik sebab kotak dah pecah dan bertakung air bercampur darah di dalam nya. Part ni letih sikit. Malas memikirkannya. 

Sebab tu aku kata orang yang beli dan bawa balik ikan ke negara mereka adalah sangat gigih. 

....................


Manta Rays

Sebenarnya, yang aku cari di Maldives adalah Manta Rays. Disebabkan dari awal lagi aku dah tau misi trip kumpulan ini berbeda dengan misiku, sudah ku set minda untuk hanya bersantai, memahami dan menghayati. Jadi aku kira, misi ini berjaya. Dengan sedikit cabaran, misi untuk bersantai, memahami dan menghayati ini tercapai. 


Kecewa? 

Tidak. Namun azamku untuk berenang bersama Manta Rays semakin menebal. 

Mungkin Mantas menjadi faktor untuk aku kembali ke Maldives di musim yang lebih tepat di masa hadapan.

Mungkin Mantas menjadi mangkin untuk aku kembali ke tengah benua itu. 

Mungkin Mantas menjadi alasan untuk aku kembali berenang di lautan hindi.

Manta Ray, tunggu aku datang.....


Namun untuk Maldives 2015 ini, tanpa Mantas, aku kira banyak juga yang aku dapat. Walau tidak dapat melihat kemegahan mantas, aku melihat banyak keindahan lain yang sukar di coretkan dengan kata-kata. Keindahan yang tidak dapat di simpan dalam gambar-gambar. Keindahan yang tidak akan dapat di capture walau dengan kamera paling hebat di dunia. Itu lah keindahan yang di lihat dari mata hati. Memahami dan menghayati keindahan dalam ketidaksempurnaan. 

..................


Keindahan revisited.


Keindahan itu bukan datang dari syurga. Ia adalah bagaimana kita menterjemah syurga itu sendiri. 

Dalam mencari keindahan, pengembara perlu membawa keindahan itu dalam dirinya atau dia tidak akan menjumpainya di mana-mana.

Keindahan itu hanya dapat dilihat dari cermin tingkap yang jernih. Cermin berdebu hanya memberi pemandangan yang kelabu.  



N. Hida
Male, Maldives.



            Me with my tourist pose. Haha!





            Sebab apa namanya yellow fin tuna, sebab ini lah! Fin dia yellow color. Duhh~~


            Ikan lain pun ada. Ikan todak? Lebih panjang dari aku. 



            Kerapu yang besar anak korang. Kalau masak sweet sour ni boleh jamu satu kampung.



            Fish monger sedang menyiang ikan tuna. 



            Kapal nelayan di jeti nelayan.



            Dah sampai malaysia. Freshly cut tuna meat. Sedapnya! Potong tebal-tebal, grill saje yop!





            The only mantas and whale shark i saw in Maldives. Sob sob sob!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails