salute to the nature

salute to the nature

Monday, March 30, 2015

Bau ibu macam bunga

Tiga hari lepas aku menonton movie "book of life" dengan Juwita. Manolo, watak utama dalam movie tu menggambarkan ibu dia sebagai "always smell like flower". Bukan kali pertama hokey aku dengar script macam tu. Banyak kali. Banyak movie kott ada script mcm tu. Ada aku pernah tengok dalam cerita lain, dia kata ibu dia "smell like rose". Perghh!! Asal nak describe ibu je mesti nak kata ibu bau macam bunga. Bunga bau macam ibu. eh?

Sentap aku tau tak. Aku pun tak ingat bila mana aku ni, yang mana seorang ibu ni, berbau bunga. Aku ada macam-macam bau kottt. Kadang-kadang aku berbau bawang putih, kadang-kadang aku berbau bawang merah. (dah macam bawang putih bawang merah dah). Nak lagi teruk, ada masanya aku berbau petai dan jering. Ada time pulak, aku berbau ikan goreng. Kalau time lepas mengemas rumah, aku berbau masam-masam masin hahaha! Kalau baru bangun tidur pagi-pagi? Aku berbau air liur basi. Bila masa nya tah nak berbau bunga???


Oklaaa, ada juga la masanya aku berbau wangi (kott). Misalnya masa lepas mandi. Tapi bukan bau bunga juga beb! Lepas mandi aku berbau Johnson & Johnson baby bath. Kalau aku syampu rambut, dapatlah bau Hair and Shoulder. Baju aku pulak? Bau Dawny kaler biru tu. Losyen? Bau vaseline. Ni kadang-kadang memalam, aku berbau minyak Yuyi, Vicks, minyak kapak...Takdak jugak bau bunga weii!!!

Oh ya. Mungkin ada. Sebab aku ada perfume (murah) The Body Shop. Baunya Aqua Lily. OKlaaaaa.... bau bunga la juga. Kalau rasa nak spray, aku spray. Bukan selalu pun. Boleh kira dengan sebelah jari berapa kali aku spray dalam seminggu. Lotion pulak, ha ok la. Lotion L'Occitane tu bau rose. Tapi aku selalu lagi pakai lotion Vaseline. Bau shea butter ke gandum tah erkk!

Jadinya, aku sentap. Rasa tak cukup keibuan pula aku bila aku tak selalu berbau bunga. Nak jugak fefeeling Juwita teringat- ingat ibunya ni sebagai wangi bau macam bunga. hiks~ Nak-nak macam haritu, dengan keadaan bertongkat, memang agak kurang la aku menjaga kewangian diri haha!! tak de keje lah hai nak sembur minyak wangi takat nak sambung baring atas tilam khenn.

Haruslah aku singgah The Body Shop dan L'Occitane lepas ni nak topup perfume bau bunga banyak-banyak buat stok. Beli satu set terus dengan shower gel dan losyen dia semua bau bunga terus. Takde dah lagi bau Johnson&Johnson, Vaseline, minyak Yuyi, Vicks, bawang, Dawny dan sebagainya. Tungguuuuu Juwita. Tunggu ibu mu ini nanti berbau bunga, bau tawwwww!!!


N. Hida
Not-so-rosey-mummy


            Gambar lama. Phuket 2012. Sangat tanned! Ada bunga-bunga pun jadi laaaa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails