salute to the nature

salute to the nature

Friday, March 20, 2015

Aku di kepulauan Maldives

Hari kedua


Melihat lautan hindi yang biru gelab pekat bagaikan melihat suatu misteri. Ada satu kegerunan disitu. Kecut perut. Kejam. Ganas. Kasar. 

Air laut Maldives yang kehijauan, biru muda, putih jernih, lain cerita nya. Keindahannya tak tergambar. Tak cukup memori card kalau nak simpan kenangan indahnya. Tak puas melihatnya. Ku renung dalam-dalam, simpan kekal dalam minda, semat rapi di hati, selama-lamanya. 

Ini lah uniknya Maldives. Lautnya pelbagai warna. 

...............


Perancangan Allah adalah yang terbaik. 

Di pulau tempatan, Himmafushi, kami stay dari pagi sampai ke tengah hari. Pulau nya bukan besar mana pun. Pusing keliling sambil photoshoot, window shopping di kedai-kedai survenir, melepak di hammock tepi pantai, rasanya 2 jam pun cukup dah.  Lebih dari itu? Mungkin ada yang sudah panas punggung. Lebih bikin panas bila makanan tak kunjung tiba setelah hampir sejam di meja makan. Apakah?
 

Jika aku bawa buku, sumpah aku tak ada masalah dengan masa. Dah kata datang pun mahu menghabiskan masa dan relax, apa gunanya bertegang hati dan serabut jiwa? Biar lah masa berlalu. Seolah masa berhenti. Tiada apa yang dinanti. Tapi bodohnya, aku tinggalkan buku di hotel. Ingatkan tiada masa untuk membaca. Rupanya begitu banyak masa tersia.


Bila kaki belum jejak air, menggelupur lah juga perasaan. Bila nya nak snorkeling ni? Bila nak cecah air ni? Bila nak sampai air turquoise ni? Ah, kalau nak tulis apa yang belum dapat, sampai sudah tak akan cukup kertas. 


Dan bagusnya? 

Ditakdirkan hujan pula tengah hari ini. Apa nak di kata? Kan dah kata, perancangan Allah itu yang paling sempurna. Ketika hujan lebat beserta angin kencang, tenang kami di gerai makan. Spagetti dan grill fish. Jadilah. Paling-paling tidak terpelihara kami dari ombak jahat dan angin kencang di tengah lautan. Dah tentu bot terumbang ambing. Tak dapat aku bayangkan. Mesti seram.


Itu yang aku doa kan subuh tadi. Minta Allah uruskan yang terbaik untuk kami. Jadi ini lah apa yang tuhan telah bagi. Aku yakin itu lah yang terbaik. Pernah kah Allah salah memberi? Jika jawapannya tidak, makanya, tidak layak hamba ini mengata itu ini. 

..................


Berhenti sahaja hujan, terus naik bot ke pulau terpencil. Masa untuk snorkeling.


Pengalaman pertama snorkeling dalam lautan yang current nya sangat kuat. Rupanya kena snorkel ikut arah arus. Logik lah. Takkan nak lawan arus, mampos penat. Ikut arus dan mengelilingi pulau. Baru ku tahu. Lebih dalam lebih cantik dan terpelihara coralnya. Tempat cetek banyak dead coral. Sayangnya. 


Di sini aku gain confident. Makin yakin aku untuk snorkeling di laut lepas (open water). Tanpa life jacket. Di lautan hindi. Seronok rasanya. 
Bebas. 
Lepas. 
Seperti memasuki dunia lain. Dunia fantasi. 
Underwater. 
Indahnya ciptaan ilahi. 
Seolah tiada beban. 
Tiada halangan. 
Weightless. 
Floated. 
Slided. 
Free. 
Like a fish. 

.................


I am addicted with swimming. 
I am addicted with snorkeling.
I am greedy.
I want more.

Keindahan laut Maldives mengghairahkan. 
Keindahan laut Maldives melalaikan.
Keindahan laut Maldives mengujakan.



N. Hida
Himmafushi, Maldives.


            Air lautan hindi. 

          Pulau Himmafushi yang sunyi. Hanya kami yang meriuhkannya.


          Pantai di Himmafushi. Tenang dan damai


          Air laut Maldives, kristal turqoise water


            Bercanda ditepian pantai





            Stock Air minuman. Made in Maldives.


            Di jeti pulau Himmafushi. 


            Sudah ayuh pulang.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails