Aku di kepulauan Maldives 2

Hari ketiga


Sandbank. 

Itu lah matlamat hari ini. Sekurang-kurangnya itu yang disasarkan kumpulan ini. Selagi tak sampai, tak jejak, tak ada gambar di situ, tidak lengkap perjalanan. Tak puas jika tidak ber gopro di situ. Sampai dapat post di instagram dan check-in pula di pasir itu baru boleh pulang.  

Aku? 

Aku layankan aja. Mana-mana pun cantik. Sandbank memang sesuatu yang unik di Maldives. Tapi sementara belum tiba di situ, yang didepan mata ni kita jangan buat tak nampak. Sexy beach. Saujana mata memandang indahnya. Lautnya pelbagai warna, pasirnya memutih. Ombaknya memukau. 

Oh, aku menyesal tak cuba SUP di sana. Rupanya ada. Dah hujung-hujung waktu baru perasan. Ah tak apa lah. Lain kali, lain waktu, atau mungkin lain lokasi, boleh cuba. 


Sexy beach letaknya di Maafushi Island. Public island yang indah dan ada banyak hotel dan resort. Rate harganya tidak semahal private island resort. Pulaunya tidak kalah dengan keindahan. Pantai nya tidak pernah menghampakan. 2 jam perjalanan dari Male jika menggunakan feri awam. Bayar lebih
sikit boleh dapatkan hotel transfer menggunakan bot laju. 45 minit dah boleh sampai. Berbaloi-baloi bagi aku. Bagi aku laaa. Bagi orang lain aku tak tahu. Kalau aku, aku sanggup 2 jam feri itu jika habuannya adalah syurga dunia seperti itu. 

Ada banyak aktiviti boleh di buat di Maafushi. Sumpah tak bosan. Paling tidak, pemandangannya tidak pernah membosankan. Pernah kah laut dan pantai membosankan? Aktiviti airnya pelbagai. Excursionnya lebih menarik.  Hah, ini lah yang aku nak cerita. Sebab apa aku kata Maafushi lebih menarik. 


Excursion dari Maafushi. 

Kedudukan Maafushi lebih dekat dengan pelbagai tarikan Maldives. Ya, aku bercakap tentang Whale Shark, Manta Rays, dan Dolphin. Serta the most beautiful and huge coral reefs. Dan juga the most beautiful sandbank. Kau tak jumpa excursion ni dari Male. Kalau ada pun mungkin mahal sebab lokasinya yang jauh. 

Di Maafushi, bagaikan di tengah syurga. Segalanya ada di sekelilingnya. 

Di Maafushi, baru kau rasa the real "Maldivian hospitality", dengan lokasi yang tidak begitu terpencil.

Di Maafushi, baru kau tau apa itu syurga tropika, tanpa bil menekan dada.


Jika aku nak pergi Maldives lagi, pasti aku akan tinggal di Maafushi. Tapi aku jarang pergi destinasi yang sama dua kali, kecuali Melbourne. Mungkin Maldives ini aku boleh pergi dua kali? 

.................


Sandbank.

Rupanya belum cerita pasal sandbank. Ada banyak sandbank di Maldives, dari sekecil-kecil saiz sampai sebesar-besar saiz padang bola sepak. Indahnya tak tergambar. Kewujudannya penuh misteri. Pembentukannya sangat amazing. Pemandangannya, saujana mata memandang. Ajaibnya bentuk muka bumi ini. Di tengah lautan hindi, yang kedalamannya tidak di ketahui, boleh ada pulau-pulau pasir, yang airnya cetek dan berkilauan. Subhanallah!


Snorkeling sebentar di sana. Walau tiada coral, tapi air disitu penuh dengan kumpulan ikan bilis dan ikan bawal yang membuat pelbagai formasi. Khayal aku dengan kumpulan-kumpulan ikan. Leka memerhati mereka sampai tak sedar masa berlalu. 

Air di situ juga unik. Panas dan sejuk. Ada masa sejuk. Ada masa suam. Ada tempat bercampur pula dua air itu, lalu separuh badan terasa sejuk, separuh lagi terasa suam. Di situ lah ikan-ikan itu suka menari. Bagaikan ada melodi, semua dalam satu posisi ke satu posisi, serentak membentuk formasi. Sangat indah sekali

..................


Hitam sudah mukaku. Dayang senandung. Tapi aku tidak peduli. 

Yang penting aku puas.



N. Hida
Maafushi Island, Maldives


          Membelah dada lautan


            Sexy beach yang happening



            Jangan di pagar nyiur yang condong




            Arena Beach. Stay kat sini adalah best hokeh!


            Kan dah cakap, memang cantik laut dan pantai nya






              Banyak activity dan excursion yang ada. Sedia sahaja USD nya :)


             Hotel lain di Maafushi


             Sandbank. 


             Sandbank terbesar. Bagaikan pulau tandus

             Khayal melihat nya.

             End of day 3. Bye bye sandbank....

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....