salute to the nature

salute to the nature

Friday, January 30, 2015

Passion or ....

PASSION or.....


15 minit masa aku habis memikirkan perkataan bahasa melayu yang paling tepat untuk ku terjemah perkataan "passion" dan "passionate". Lemah sungguh bahasa melayu aku. Bukan nak guna banyak kali pun, cuma nak guna untuk tajuk entry kali ini sahaja. Eh susah nya! Jadi aku biarkan entry ini bertajuk "passion or..." lalu aku teruskan dengan isi. Mana tahu, timbul perkataan bombastik dari pundak aku nanti. 


Idea yang aku nak luahkan kali ini adalah tentang hati tidak boleh dipaksa. Hati bukan dibuat-buat. Hati bukan ikut-ikutan. Hati apa? Bukan hati cintan cintun ye. Ini kita cerita tentang passion dan passionate. 
Kegemaran dan hobi. 
Kecintaan dan keterujaan. 
Keminatan (ada ke perkataan ni?) dan kesukaan. 
Pada apa? Pada apa sahaja.

Saturday, January 24, 2015

Pengembaraan dan penjelajahan itu satu pelajaran

Pengembaraan dan penjelajahan itu satu pelajaran 


Semalam juwita ceritakan pelajaran dia untuk subjek IPC. Untuk term ini tema pelajaran nya adalah transport and travel. Jadi semua matapelajaran akan berkisar tentang transport and travel (point A to point B). Juwita pun kongsilah ilmu baru yang dia baru tahu. 

Katanya, setiap negara ada unique transport, macam di Thailand ada motorbike taxi, di Thailand juga ada Tuk Tuk. Teacher tunjuk dalam slide. Aku kongsi pula apa yang aku tahu dari pengalaman aku mengembara. I'd seen it all, with my own eyes. I'd seen tuk tuk and motorbike taxi. I'd tried habal habal and tricycle in Philippines, and many more. 

Ia membuatkan aku terfikir, lain kali jika aku mengembara, akan ku bawa Juwita. Kerana jiwanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails