Ladies, How to travel light?

Ladies, how to travel light?


Status kita sebagai WANITA dan MUSLIM adakalanya menyekat keinginan kita untuk mengembara, apatah lagi untuk ber-backpacking. Nak travel light? Rasanya kebanyakan wanita akan surrender dan berkata, TAK MUNGKIN! Tidak susah untuk travel light sebenarnya. Tidak bermakna bila travel light bermakna kita mengorbankan rupa paras dan penampilan. Akan tetapi kata-kata saya itu tidak pula bermakna kau boleh buat runway show sambil buat lambaian ratu ye. Kalau nak tukar heel setiap hari, siap nak matching handbag dengan kasut, aku mintak maaf awal-awal. Baik kau stop baca post ni, google artikel lain yang mungkin bertajuk, "bagaimana nak travel dengan membawa satu almari". Pendek kata, kalau kau tetap nk bawak kasut 5 pasang, hendbag 3 butir, tudung 10 helai, aku cadangkan kau tak payah la baca post ni. Baik baca quran.


Bagaimana untuk travel light?

Kunci utamanya adalah keperluan, bukan kehendak. 

Apa maksud kehendak? Kehendak untuk bergaya. Bukan maksud aku tak boleh bergaya. Eh, pergi negara orang yop, mesti la nak bergaya kan (bergantung pada tempat), tapi keperluan perlu letak nombor satu dulu sebelum kehendak untuk bergaya. Contoh? Ok, kononnya kau nak pergi pulau Borakay. Setelah kau kaji, tempat tu ada pantai cantik, laut cantik, benda utama orang buat kat situ adalah snorkeling. Kau akan spend banyak masa atas bot, tepi pantai, mandi laut. So keperluan utama nya? Selipar pantai, wet suit, pario mungkin (multipurpose), dan waterproof bag. Jadi, tak perlu kot kau bawak extra kasut atau heel, tak perlu kau bawa handbag, tak perlu kau bawa seluar jeans. 


Kedua, berpakaian mengikut tempat.

Bukan lah maksud aku kalau orang sana pakai bikini kau pun kena pakai bikini. Bukan! Maksud aku adalah, jangan overdressed dan jangan pula underdressed. Kalau kau pergi Spain, kau memang tak boleh underdressed, especially kalau kau nak dinner kat luar, waima di tepi jalan sekalipun, kau kena dress up. Bukan susah nak dress up. Sapa kata kau kena bawa satu almari. Bawa pakaian yang boleh bagi kau nmpak dress up in instant. Contohnya, leather jacket, leather pant, light material dress underneath, dan sebab kita muslim dan bertudung, pakai shawl yang nmpak mewah sikit, dah on the go. 

Berbeza kalau kau pergi philippine atau myanmar misalnya. Kalau kau overdressed serta merta kau nampak macam pelancong. Senang laaa kau kena pow kat pengusaha pelancongan. Dia tengok kau macam mewah je kan. Kau kena paham, negara tu macam mana, taraf hidup rakyatnya macam mana. Jangan nampak macam ratu sangat kat negara dunia ketiga boleh? Seboleh-bolehnya, berpakaianlah mengikut level penduduk tempatan. Terutama sekali kalau kau pergi negara-negara south east asia ni. Muka kita lebih kurang je. Senang sangat nak blend in. Ha, salah satu ciri backpackers adalah kami blend in with locals. 

Jadi, antara cara untuk travel light adalah, kaji dahulu sosio ekonomi dan gaya pemakaian orang tempatan, packing lah pakaian berpandu pada itu. Jangan overdressed di tempat tidak sepatutnya, jangan pula underdressed di tempat yang kena dress up! Oleh itu, lupakanlah kot nak bawa LV handbag dan louboutin heel kalau kau pergi melawat Hanoi. Tak payah nak bawa 3 pasang kasut kalau kau pergi Cebu melainkan kau nak pakai buang je kasut tu. Kau tak perlu kardigan atau jacket kalau pergi negara panas terik. Pilih untuk pakai baju lengan panjang je terus, kan senang. 


Ketiga, pack material pakaian mengikut cuaca.

Kalau pergi kawasan khatulistiwa, bawa lah cotton nipis lengan panjang. Tak perlu nk bawa baju sleeveless lepas tu gegeh nak kena pakai cardigan pulak. Tak perlu. Kata nak travel light. 2 helai dengan 1 helai mana satu lagi sikit? Simple math je ni. 

Kalau pergi kawasan sejuk dan kebetulan musim dingin, pack lah apa yang berpatutan sahaja. Tak perlu bawa outer layer sampai 4 helai dan tak perlu bawa inner layer sampai 5 pasang. Mungkin di entry yang lain aku boleh share tips bagaimana nak packing pakaian ke tempat musim winter dan spring. Jadi key word kat sini, pack mengikut musim dan cuaca. Kau tak perlu bawa jacket dan cardigan tebal jika ke tempat panas terik, dan kau tak perlu bawa baju cotton short sleeve jika kau ke negara yang sedang mengalami musim sejuk. 

Untuk pilihan tudung, kalau ke negara panas, bawa je tudung material cotton nipis yang boleh di rolled atau tie kecil. Kalau ke negara musim sejuk, bawa tudung cotton yang tebal sikit, macam pashmina. 


Keempat, pilih material mudah packing

Maksudnya disini, kalau pilihan tudung, pilih untuk bawa tudung yang tak perlu iron, material mudah di urus dan tak perlu jagaan rapi. Tak payah laa nak bawak tudung ber-awning yang kena susun elok2 dalam bag siap kena ada kotak dia sendiri nak bagi elak awning tu terlipat bagai. Membazir space. Material cotton senang di urus. Crumpled material lagi bagus, tak payah risau komot ke apa sebab memang material dia berkeronyok. Senang je gulung ketat-ketat tudung tu, ikat dengan getah. Kecik je space dia ambil. 


Kelima, cara melipat.

Teknik terbaik untuk pack yang jimat space adalah dengan menggulung. Gulung pakaian seketat yang mungkin dan susun rapat rapat dalam bag. Jika pack baju winter yang jenis gebu gebu tu, gulung ketat-ketat, ikat dengan getah dan masukkan dalam ziplock plastic bag. Buang seberapa banyak angin yang boleh dalam plastik dan secure zip nya. Korang akan perasan baju tu akan ambil much less space dalam bag kalau compare dengan just lipat n letak dalam beg. Terus penuh bag kalau buat macam tu. 

Kalau kau jenis pakai skirt labuh, pilih skirt yang jenis tie dyed tu. Gulung ketat-ketat, sumbat dalam bag. Tudung pun sama. Pilih jenis crumpled atau tied dye. Senang nk gulung kecil-kecil dan sumbat padat-padat. 


Dan akhir sekali, mana yang boleh bawa dengan tangan, tak payah masuk bag. Contohnya, macam winter coat atau outer jacket, atau cardigan. Tak payah masuk beg laaa... Pegang je bawak masuk flight. Kang dalam flight boleh buat cover kalau sejuk. Jimat space dalam bag.


N. Hida
Malaysia








~Don't let your luggage define your travels, each life unravels differently. 
-Shane Koyczan




Comments

Maz said…
Tips you sangat berguna. Sebab kadang i ni over packed barang dan baju juga. Tambah pulak dah ada baby macam-macam i nak usung. Balik kampungg je penuh satu kete.
Jom ikuti blog saya juga:
healthyglowing13.blogspot.com
Memang masalah makmak sgt kalau nk travel rasa nak angkutt je almari skali. Haha. Taktawlaa camana xbwk kang takut xckup baju hehe ��

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....