Lord Of Fries, penari erotik jalanan, dan Best Of Both.



Siapa kata hidup ini senang? Nak lahir susah, hidup susah, nak mati pun susah. Tak ada apa yang senang di dunia ini. Nak senang pun kena susah payah dulu baru dapat bersenang lenang. Dah bersenang lenang nanti, bersusah payah pula cari kerja nak buat isi masa lapang. 


Di Melbourne ada banyak street performance. Dari performance yang hebat gile yang layak diberi tepukan dan upah 4 dollar (banyak sangat lah tu bagi aku), kepada performance yang cikai-cikai yang kita sendiri malu nak tengok dan sampai kita terpikir, diorang ni sebenarnya takde bakat langsung, tak malu ke buat benda ni?


Tapi, siapa lah kita nak menilai kan? Seni itu abstrak. Seni itu peribadi. Kita pun tak tahu perjalanan hidup seseorang itu. Lantak la orang nak cakap apa pun. Gerak tarian sumbang pun, tapi penuh feel hapa. Memang tak layak langsung untuk dapat standing ovation, tapi mungkin itu cukup untuk dia menyara hidup hari itu? Entah lah, kita mana tahu hidup dia kan? Lagi baik ada kerja yang beri rezeki dari mengemis tak buat apa tadah tangan aja kan? 


Hidup ini sukar. Tak kiralah di mana kita bertapak, dibumi mana kita berpijak, atau di udara manapun kita bernafas. Hidup ini memang sukar. Dan tak akan semakin senang. 


Nangis? Tak guna. Bukan boleh jadi apa pun. 

So?

Gelak aja lah. 

Kerana dalam gelak itu ada kegilaan. 
Dan dari kegilaan datang idea. 
Dari idea datang strategi. 
Dan dari strategi datang solusi. 


When the going gets tough, only the tough get going. 

So apa kena mengenanya dengan tajuk ni? Mana Lord Of Fries, Penari erotik jalanan, dan Best Of Both? Hahahaha! Baru mukadimah. Hah, ni dia.



Lord of fries. Fries kosong harga 3 dollar aja. Tambah topping (mushroom sauce ka, blackpepper sauce ka, atau cheese topping ka, macam-macam ada) kena tambah 4 dollar. So total sebekas LOF ni 7 dollar macam tu. Makan tanpa rasa bersalah sambil menonton tarian erotik jalanan dari seorang pakcik boroi yang rupa pun tak harap. Sikit pun tak ghairah, geli ada lah. Selera je jugak aku makan. Ahahaha!



Habis makan LOF, makan cikedis pulak. 1 dollar kot kalau x silap. Tak habis lagi tengok tarian erotik. Layankan aja. Suruh budak ni bagi 1 dollar kat uncle tu. Jadilah for the effort. Apalah sangat 1 dollar kalau banding 8 dollar total jajan yang budak ni dah makan, kan?


Berapa lama kitorang kat situ, aku rasa tak sampai 10 dollar kot dia dapat. Sikit je. Orang bagi pun sebab kesian. Tak pun sekadar untuk appreciate for the effort. Performance so so. Menggelikan je lebih. Tak lama lepas tu dia kemas, pindah street lain. Kebetulan pula kitorg jumpa dia semula di street lain. Lagi malang nasib dia kat tempat yang ni. Takde orang bagi coin pun. :( apa boleh buat, life is tough. 



This is my menu on the last night at Melbourne. "Best of both" nama dia. Ada the best ribs and the best steak dalam satu plate. Harga dia 59 dollar. Bila fikir balik, senang-senang je sorang habis 59 dollar untuk sekali dinner. Agak-agak apa uncle penari erotik jalanan makan malam itu ya? 


Tapi, kita fikir lebih-lebih pun tak guna. Buat tak senang hidup aja. My brother senang je kata, "alah, diorang bukan ada famili nak sara. Dapat duit habis beli arak. Life goes on. Esok cari duit lagi. Tu je." 

Hahaha! Betul juga. Kita jangan fikir deep sangat. When you think rainbow, you see rainbow. So, selain "life is tough" kena juga cakap, "life goes on" dan "life is colorful". Baru boleh happy.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Tengok penguin FREE di Melbourne