Ber-snorkeling di Pulau Sapi

Ber-snokeling di pulau Sapi. 




Tidak susah untuk ke pulau Sapi. Pulau Sapi terletak di dalam gugusan Tunku Abdul Rahman Park (TARP). Ada beberapa pulau dalam TARP. Antaranya pulau Manukan, Sapi, dan beberapa lagi pulau (aku lupa hahaha)


Kami pilih pulau Sapi. Cadangan awalnya nak ambil package 2 pulau, tapi disebabkan kami mula agak lewat, jadi kami putuskan untuk ambil satu pulau sahaja iaitu Sapi. Kami pilih Sapi sebab mengikut kata orang tu, kalau nak snorkelling sahaja, elok sapi. Kawasan untuk berenang-renang tepi pantai dia kurang. Kalau nak buat banyak aktiviti pantai baik ambil Manukan. Ok lah, kami pilih Sapi sebab memang nak snorkelling je.


Pemandangan di Marina Harbour Pier


Perjalanan dari Marina Harbour Pier ke Pulau Sapi menggunakan speedboat mengambil masa 15 minit. Sampai sana, disambut oleh wakil dari Sea Quest (lupa nak cakap, kami ambil package dari Sea Quest. Kaunter mereka ada di Marina Harbour Pier tu. Boleh walk in ambil package terus di situ). Lepas wakil Sea Quest bagi sikit taklimat, kami bebas buat apa sahaja di pulau itu. 


Di jeti pulau sapi. 


Of course lah, start dengan snorkelling. Sebenarnya ada juga kawasan untuk swimming di pulau Sapi ni, tapi tak besar. Nak review pun tak dan sebab kami tak cuba pun berenang kat kawasan tu. Kami snorkelling je dari mula tiba sampai petang. Tengah hari rehat jap, lapo. Ada satu gerai makanan di pulau sapi (waktu kami datang hanya satu sahaja yang di buka). Punyalah banyak menu, aku dan Juwita pilih maggi sup dengan telur je. Hahaha.. Rauf pilih kuey tiau ke mee goreng tah aku tak ingat.


Lepas makan, rehat jap, sambung snorkelling balik. Masa baru sampai tu, juwita takut-takut lagi. Taknak dia ikut pergi ke tengah. Kempunan lah ibu dia nak tengok ikan dan terumbu karang lawa-lawa kat tengah sana. Dok kena jaga dia kat tepi je. Ada la juga ikan dan terumbu, tapi tak banyak. Geram je. Tapi lepas lunch, Juwita dok perati orang pergi snorkelling kat tengah agaknya, dia pun ajak pergi tengah. 


Berehat sambil melihat pemandangan indah... Ops!


Pakaikan dia lifejacket tu, pastu tarik dia pergi tempat dalam. Sebabkan dia ni suka tarik orang, jadi aku bawak life jacket aku buat pelampung. Suruh dia tarik jacket tu je, so dia tak tarik aku. Kalau tak dia dok tarik kita je, tak pasal kita plak lemas nanti. Mungkin lain kali kena bawa kicking board tu untuk dia berpaut.


Wahh puas hati!!! Ikan banyak, terumbu pun banyak! Memang cantik. Juwita menjerit-jerit excited dalam air bila nampak ikan banyak celah-celah terumbu. Pandai dah dia guna snorkelling gear tu. Selesa je dia bernafas. Senang lah nak jaga dia. Tarik je kemana kita nak. 


Pendek kata, snorkelling di Pulau Sapi adalah sesuai untuk semua golongan. Kalau bawa anak-anak, atau baru nak berkenalan dengan snorkelling, boleh la bawa ke Pulau Sapi. Airnya tidak lah dalam. Dalam 5 kaki lebih la di kawasan yang di kepung tu. Kalau keluar dari kawasan kepungan tu dalam lah kot. Perlukan guide berpengalaman untuk ke sana. 


Juwita budak kenit pun boleh snorkeling. Sekarang dah gian snorkeling, sibuk nak pergi snorkelling lagi. Jadi, korang yang belum pernah snorkeling tu apa lagi? Cuba lah sekarang!! 


Speedboat membawa kami pulang jam 5 petang. 


Ya, last boat untuk pulang ke Kota Kinabalu adalah pada jam 5 petang. Jadi jangan terlepas boat terakhir jika anda tak plan nak bermalam di pulau, ok? Boat ke pulau-pulau ada setiap 1 jam kalau tak silap. Jadi tak perlu risau jika terlambat tiba di jeti pagi itu. Setiap jam ada trip. :) 


Selamat bersnokeling! 

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

masak-masak hari ahad: lasagna & apple caramel tartlet with mascapone cheese

Ketam mengajar anak berjalan