salute to the nature

salute to the nature

Thursday, June 19, 2014

Mode to ON

Mode

Tak tahu mode apa nak on sebenarnya. Mode nak puasa, mode nak raya, mode nak travel,... Tapi sebelum semua tu, kena on dulu mode nak studi dan mode untuk final exam. 


Tadi aku katam balik tulisan di blog aku ni di bawah chapter travel n vacation
 http://ceriterajuwita.blogspot.com/search/label/Travel%20n%20Vacation?m=0  
eh menarik juga eh? Hahaha puji diri sendiri. 


Sebenarnya bila baca balik banyak kenangan lama menjelma kembali. Dari mula baca the latest one tu travel ke melbourne, trip ke kundasang, pastu ada short stay kat PD.. Semua tu masa Juwita dah besar sikit ni. Orang kata masa dia dah berakal. Scroll belakang-belakang lagi, ada banyak juga percutian-percutian dalam negara yang aku bingkiskan di blog ni rupanya. Dari juwita kecil berkelek lagi, time dia dengan rambut panjang berkerinting tu kat Langkawi, kat Ipoh, Kuching..hahaha! Then masa dia botak baby lagi masa tu pergi bercuti ke pangkor... Banyak nya kenangan. Tersengih sorang-sorang tengok.


So far, untuk tahun ini tak banyak major trip. Ada percutian yang aku belum rekod rupanya. Tengok api-api kat kampung Kuantan, naik bukit Malawati, lepas tu apa tah lagi. Banyak short trip sebenarnya sampai x daya nak tulis. Banyak stay hotel sana sini. Dalam Melaka aja pun dah berapa hotel kami stay. Rasanya dah kurang kerajinan pula nak buat review pasal hotel macam dulu-dulu.


Juwita pun ada banyak ke sana ke sini dengan uncle, wan, atok dan maksu dia. Most of the time, ibu abah dia ni tak join sebab ada kelas. Best la dia jalan sana sini. Pergi Penang laa, pergi duduk hotel la... 


Aku nak kena tolak tepi dulu cerita jalan-jalan dan travel ni (aku perasan dah lama juga tak cerita topik tu dalam ni) sebab final exam lagi 2 minggu. Ni pun struggle nak stay fokus. Dok plan travel je dalam otak ni. Aduiyai~~ apa pun, nak kena off mode travel dulu 3 minggu lebih untuk consentrate final exam, lepas tu baru on balik mode travel n mode raya. Eh sebenarnya, mode raya x on on pun... Mode puasa dah ada laaa juga. 


Insyaallah dah boleh fokus lebih sikit untuk studi lepas ni sebab almost 80% persiapan untuk travel tu dah settle. Tadi baru settle ETA. Duit pun aku dah convert (sebab takut rate naik punya pasal) tinggal nak dapatkan baju selai dua, muffler... alahai preparation sikit-sikit je lagi dan web check-in bila dah dekat-dekat hari nanti. 


Ok so now, mode study and final exam please!!!!!



Tapi boleh la layan sekejap entry pasal melbourne visit aku last year ni. Saja teaser. Tahun ni nak pergi lagi, tapi aku janji, aku akan review benda lain pulak (tapi mt. Baw Baw tu lokasi wajib) http://ceriterajuwita.blogspot.com/2013/08/melarikan-diri-ke-melbourne.html?m=0

Ok dah cukup. Jangan kacau boleh? Saya nak studi...





Kalau tak paham juga tak tahu laaa -__-"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails