salute to the nature

salute to the nature

Thursday, April 24, 2014

Orang kaya je ke boleh main saham?

Tidak benar sama sekali

Sebenarnya, untuk invest dalam pelaburan saham tidak memerlukan modal yang besar. Maksud aku untuk memulakan langkah itu, bukan untuk pelaburan itu sendiri. Untuk memulakan langkah, apa yang anda perlukan hanyalah IC Malaysia yang sah, bank statement, dan duit kertas RM10. Kalau nak bayar dengan syiling 10 sen sebanyak 100 keping pun boleh. Aku tak larang. Tapi bersedialah untuk direnung manja pegawai bank, ok? Dan yang paling penting, empunya diri perlu hadir di mana-mana investment bank pilihan untuk membuka akaun CDS dan trading akaun. Anda perlukan 2 akaun tersebut sebelum boleh mula membeli dan menjual saham.


CDS, atau dengan perkataan lain Central Depository System, gunanya macam akaun lah. Bila beli saham, saham tu akan masuk dalam CDS akaun anda. Kalau anda jual saham tu, saham tu akan di debitkan dari akaun CDS anda. Trading akaun pula, perlu untuk melakukan transaksi itu. Anda kena ada duit dalam trading akaun untuk beli saham. Nak masukkan duit dalam trading akaun senang je. Mana-mana broker akan berikan nombor akaun untuk anda deposit duit, lepas anda deposit duit, anda notify broker. Selepas broker sahkan transaksi anda, broker akan masukkan amount tu dalam trading akaun anda supaya anda boleh melakukan transaksi jual beli saham. Setakat ini sangat mudah di fahami kan?

Tuesday, April 22, 2014

Pelaburan saham. Adakah untuk orang kaya?

Wowwii lama betul blog ni tak berupdate. Kononnya sibuk, tapi sebenarnya lupa ada blog. Atau kerana terlalu sibuk sampai lupa ada blog. Sebab lain adalah ketiadaan device yang sesuai untuk upload. Iphone kecil sangat nak menaip panjang-panjang, ipad pula jarang ku online. Banyak kerja-kerja sahaja dalam tu. Laptop? Dah selamat aku campak masuk laut kerana lambat nya mengalahkan siput. Tapi aku dah ganti laptop lembab tu dengan laptop lain. Maka semangat untuk update blog kembali. Tambahan pula, semua gambar dalam iphone telah aku pindah ke laptop itu. Semangat!


Aku nak cerita pasal pelaburan saham. Dengar macam serius, dengar macam mainan orang kaya aja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails