Tudung dan salam


Semasa aku bercuti di phuket, aku ada mengambil pakage snorkeling dan kayaking di pulau Phi Phi dan James Bond Island. Ia merupakan 2 pakage berbeza yang di lakukan pada 2 hari berlainan, tapi aku tak ingat yang mana satu kejadian ini berlaku, jadi anggaplah mana-mana pun. 


Di dalam kapal, kami di beri instruction dan penerangan tentang trip hari itu, apa yang kami boleh expect akan dapat serta do's and don't sepanjang trip. Di hujung penerangan, instructor sentuh tentang makanan, di mana mereka kata semua boleh makan apa yang tersedia di dalam kapal, serta apa yang tersedia di pulau semasa berhenti nanti. 


Jujurnya aku tak risau tentang makanan. Bukan lah kerana aku tak kisah kalau makanan tu tak halal, atau kerana aku susah nak was was, atau sebab aku anggap situasi itu darurat, tapi sebab aku dah buat research sebelum pergi. Hasil kajian aku mendapati makanan sepanjang trip adalah halal dan ia disahkan oleh  peserta muslim sebelum ini serta agensi pelancongan phuket. Sebab itu aku tak risau tentang makanan langsung. Kalau lah mereka tak serve makanan halal sekalipun, takkan lah buah pisang, nanas, dan tembikai pon tak halal? Betul tak? Air mineral kan halal. Roti pun halal. 


Sebaik sahaja instructor habis beri penerangan, dia bermesra-mesra dengan peserta di atas kapal. Sampai di tempat aku dan suami, dengan tak di sangka, instructor tu beri salam!

"Assalamualaikum!"

"Waalaikum salam" 

Tak sempat kami tanya, dia dah sambung berbual. "Dari malaysia atau indonesia? Saya muslim juga. Nama muslim saya Rashid." Ooooo ternganga aku dengar. Kalau lalu lalat mesti dia masuk lalu sesat. Baru aku teringat masa di hadapan tadi dia perkenalkan diri dia Ran Chen. Rupanya Rashid. Kemudian Rashid berkata, " you dont have to worry. We serve halal food"


Mula-mula aku macam nak tanya macam mana dia tau kami ni muslim dan dengan selambanya beri salam. Tapi aku tampar diri aku sendiri atas keduguan aku. Dah tentu lah aku pakai tudung sebelum naik kapal tadi. Baju swimming aku pun long sleeve and seluar renang pon panjang. Dan aku juga pakai swimming cap tak buka-buka. Aku pandang keliling, semua putih-putih, terjojol-jojol buah-buahan semuanya bersama peha-peha gebu. Ok.... Aku sahaja yang tak terdedah. 


Makanya makin yakin lah aku dengan makanan on board dan di pulau nanti kerana telah disah kan depan mata oleh staff mereka sendiri. 


Dari Phuket yang terik dan hangat aku mahu membawa korang merasai pengalaman dingin sejuk di Melbourne. Melbourne ni macam melting pot. Korang boleh jumpa pelbagai bangsa dan agama di sana. Kalau musim sejuk sebenarnya susah nak beza orang muslim atau kristian atau lain-lain sebab hampir semuanya memakai pakaian yang meliputi 90% badan. Lagipun tak la pulak aku ada masa nak telek sorang-sorang tu agama apa. 


Di pendekkan cerita, pada suatu hari sedang kami dalam perjalanan menuju ke Victoria Market, kami di tegur oleh seorang lelaki. Tegurannya ringkas, tapi menggambarkan banyak perkara.

"Assalamualaikum. Dari Malaysia?"

Ok~~~~~ bermakna? 

Dia juga muslim (sebab dia beri salam) 
Dia malaysian (sebab gaya percakapannya)
Dia tahu kami muslim (mungkin dari pemakaian; aku, dan adikku pakai tudung) 
Dia tahu kami Malaysian (er.... Ok ni aku kurang pasti bagaimana) 

"Macam mana tahu?" 

"Agak aja dari Malaysia. Kalau muslim mungkin dari turki atau Malaysia. Ini mesti Malaysia." 

Obviously lah muka aku tak macam awek turki. Nasib baik dia tak ingat aku minah indon. Oh ya, sebenarnya di Melbourne, korang akan nampak banyak asian face. Siap ada China Street ok! Just around the corner from our apartment. Kalau nak cari good asian dishes and groceries, senang bangat! (Eh, terkeluar baka indon aku) Jadi maksudnya, muka kami ni agak rare lah. Kalau muka chinese, mungkin tak boleh agak mereka local people ataupun tourist. 


Malangnya kami sedang bergegas jadi tak ada masa berbual panjang. Waktu siang sangat singkat di Melbourne dan kami perlu segera ke market membeli barang keperluan dan pulang untuk masak hidangan berbuka puasa. Jadi perbualan itu hanya tamat setakat itu sahaja. 


Di hari terakhir kami di sana, kami perlu mendapatkan teksi untuk ke Tullamarine airport. Dalam keadaan malam yang tersangatlah dingin, kami perlu segera mendapatkan teksi. Maka segera lah kami menuju ke teksi yang sedang parking di tepi jalan. 


Tengok-tengok driver tu muka arab daa. Apa lagi, "assalamualaikum!" dan... Tak habis di situ, panjang kami berbual sampai ke airport. Driver itu merupakan permanent resident, berasal dari Turki, beragama Islam. Macam-macam kami bual, dari tentang minyak sampailah ke Mustapa Kamal Altartuk. Sangat menarik sekali berbualan kami tapi akan aku ceritakan di lain kali. Kami berpisah dengan salam sebaik sahaja tiba di airport. 


Penerbangan yang mengambil masa 7 jam membuatkan aku terfikir, apakah yang menghalang bangsaku mengembara? Adakah pakaian? Adakah makanan? Atau adakah bahasa? Atau agama? 


Bukankah dalam al-quran juga menyuruh umat islam mengembara? 


Cuma satu pesanku, amalkan lah ajaran agama sebaiknya, dalam masa yang sama, hormati dan akur lah dengan undang-undang negara luar. Agamaku sangat indah, tidak layak di gelar menyokong keganasan rumah tangga. Janganlah kita dipandang sebagai ganas, tidak mengikut peraturan dan menyusahkan di perantauan. Agama tidak hanya datang dengan amalan, tapi juga akhlak, ilmu dan kebijaksanaan. 




Pandangan di waktu maghrib dari atas kapal terbang. 



Comments

so inspiring. hopefully boleh join apa yang puan rasa. so eager to travel tapi entahlah. ada certain thing yang basically membantutkan niat utk travel. hahaha. seriously interesting. thanks puan !
assalam.

so inspiring. loved it so much. i wish i could be like you soon. rasa nak travel tu tak pernah luput. cuma maybe a certain certain kondisi yang membantutkan saya nak g travel ni. Moga Allah permudahkan.

looking foward to see more !

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?