Hantu yang suka tanya "Dah makan?"





Aku bekerja sambilan di sebuah kedai kek di Melaka (poyo je lebih, kedai mak aku je pon). Staff memang silih berganti, tapi ada seorang yang aku paling ingat. Walaupun aku tak ingat nama budak tu, tapi aku ingat dia sebab setiap kali dia nampak muka aku, dia akan tanya soalan yang sama, "akakkk~~~ dah makannnn~~?????" Pertama kali aku ditanya, aku senyum dan menjawab mesra, "dah". Tapi peliknya, tak sampai 30 minit kemudian, dia ternampak aku lagi, di tempat yang sama, dan dia bertanya lagi, "akak dah makan?" Dengan sedikit kehairanan tapi masih mesra, aku menjawab, "dah" dan masih tersenyum. Ok. Aku sambung kerja, budak tu sambung kerja. 


Baru aku nak selak suratkhabar sejam kemudian, budak tu muncul lagi depan aku dan cuba berbual, "akak, akak buat apa tu? akak dah makan?" Eh gila ke apa budak ni? Kau dah tanya aku soalan ni 2 kali la wei!! Tu pon sejam yang lalu. Kau nak aku jawab apa sebenarnya? Aku makan kau karang!! Tapi muka aku masih ada senyum derr. Jawapan aku tetap sama, "dah". Wayang lebih.


Budak tu kembali bertugas di dapur. Aku sambung baca The Edge dengan harapan budak tu kena gentel roti beratus-ratus sampai tak sempat nak datang depan untuk tanya aku dah makan ke belum. Namun harapan aku hampa sebab tak lama kemudian dia muncul sambil bawa roti yang panas-panas baru keluar oven. Dia susun roti dalam tray dan letak di kaunter. Aku dah berdebar-debar. Berpeluh weii!!! Saspen aku memikirkan, adakah dia akan tanya aku lagi sekali dah makan ke belum atau tidak. Aku kira, dengan 3 kali jawapan dingin aku dia akan insaf dan sedar dengan ke-awkward-tan soalan dia yang aneh bagaikan dejavu tu. 


Suasana hening seketika. Makin awkward aku rasa. Ya lah, dalam ruang yang sama, 2 insan, tapi buntu bicara. Cheewah macam A Samad Said aku! 


"Akak, nak roti? Akak dah makan??" Tuuuu diaaaaa!!!! Soalan yang memecah kesunyian. Walaupun aku dah agak soalan tu akan keluar, aku tak prepare untuk jawab. Gagap aku 5 saat sebelum akhirnya aku jawab jawapan standard, "dah" 

Dalam otak aku ni, terpikir, budak ni betul ke tidak? Ke aku yang jawab tak betul? Adakah aku perlu menjawab dengan lebih panjang lebar? Adakah format jawapan aku tak memuaskan hati dia sampai aku kena repeat jawab jawab dan jawab soalan yang sama berulang kali? 


Eh pening mak tau!!! 


Pulang dari kerja aku cerita pada adik aku kisah pelik tapi benar ini. Esoknya aku tak kerja, adik aku yang kerja. Dan dan dan.... Tahu tak? Adik aku mengiakan cerita aku. Dia pon experience benda yang sama. Budak tu memang suka tanya dah makan ke belum. 


Mungkin ia merupakan cara dia untuk beramas mesra. Tapi bagi aku ia sangat lah pelik! 


Pelik tapi benar. 


Dan sebenarnya ini bukanlah cerita hantu. Hahahahahaha~!

Terima lah.... Kek dan roti goreng dari kedai kek mak aku sebagai token kerana anda berjaya membaca sehingga habis. Kalau nak yang real, boleh datang melaka. Errrr.... Korang dah makan? =P



Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Tengok penguin FREE di Melbourne