Melbourne highlight: Victoria State Library

Salah satu lagi tempat yang tidak rugi untuk dikunjungi ketika di Melbourne adalah State library atau dengan bahasa melayu nya dah tentu perpustakaan. Tapi bila bunyi perpustakaan tu, nada nya macam boring je ek. Alangkan museum pon tak ramai berminat nak masuk, apatah lagi pulak perpustakaan! Mesti ada pula yang pelik, eh, pergi jalan jauh-jauh kau tengok perpustakaan?


Sebenarnya state library ini sangat menarik! Tak caya pergi tengok!! Kalau cerita semua mesti dah x surprise. Tingkat atas biasanya sentiasa ada exhibition dan permanent gallery. Masa kami di sana tempoh hari pon ada exhibition. Kadang-kadang mereka akan keluarkan koleksi-koleksi lama simpanan mereka untuk ditayangkan pada umum.


Jika anda meminati senibina, rekaan dalam state library ini sudah tentu mencuri pandangan anda. Dome yang sangat mengkagumkan dan dengan rekaan interior kombinasi klasik dan moden, anda pasti terpegun! Ia seperti melihat library lama di filem-filem hollywood.

Di bawah ini saya tayangkan beberapa gambar di dalam library ini beserta koleksi-koleksi yang sedang di paparkan di gallery semasa kami di sana.



One of the first hand written qoran.

Hand written torah

The smallest book

The big book

William Shakespears piece

Andy Warhol piece

Hobbit land maps


(Tak begitu banyak gambar interior library ini saya ambil kerana saya mengambil video ketika itu. Jika kelapangan akan saya upload ke instagram dan tinggalkan link di sini.)


Akhir sekali, jika anda mengunjungi library ini, jangan lupa perhatikan dinding ruangan membaca (reading area) tingkat bawah. Ada perkataan yang ditulis dalam bahasa arab di situ untuk anda hayati  :)


Sehingga ketemu lagi di lain masa~ daaa~~


Comments

Unknown said…
kagumnya library kat sana...cantik dan tersusun jer..

blogwalking...jemput singgah ke blog saya yang tak seberapa ni..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Tengok penguin FREE di Melbourne