salute to the nature

salute to the nature

Wednesday, September 18, 2013

Melbourne highlight: Victoria State Library

Salah satu lagi tempat yang tidak rugi untuk dikunjungi ketika di Melbourne adalah State library atau dengan bahasa melayu nya dah tentu perpustakaan. Tapi bila bunyi perpustakaan tu, nada nya macam boring je ek. Alangkan museum pon tak ramai berminat nak masuk, apatah lagi pulak perpustakaan! Mesti ada pula yang pelik, eh, pergi jalan jauh-jauh kau tengok perpustakaan?


Sebenarnya state library ini sangat menarik! Tak caya pergi tengok!! Kalau cerita semua mesti dah x surprise. Tingkat atas biasanya sentiasa ada exhibition dan permanent gallery. Masa kami di sana tempoh hari pon ada exhibition. Kadang-kadang mereka akan keluarkan koleksi-koleksi lama simpanan mereka untuk ditayangkan pada umum.


Jika anda meminati senibina, rekaan dalam state library ini sudah tentu mencuri pandangan anda. Dome yang sangat mengkagumkan dan dengan rekaan interior kombinasi klasik dan moden, anda pasti terpegun! Ia seperti melihat library lama di filem-filem hollywood.

Di bawah ini saya tayangkan beberapa gambar di dalam library ini beserta koleksi-koleksi yang sedang di paparkan di gallery semasa kami di sana.

Friday, September 13, 2013

Melbourne Highlight: Queen Victoria Market

Antara tarikan di kota Melbourne adalah Queen Victoria Market. Ia merupakan antara landmark utama kota Melbourne. Kalau ke sana, tak sah kalau tak singgah di QVM ( Queen Victoria Market) ini untuk window shopping, membeli survenir dan keperluan harian. Untuk pengetahuan semua, QVM ini sangat lah besar dengan beberapa bahagian dan segment. Ada ruangan indoor dan outdoor.


Thursday, September 12, 2013

Apps "blog" di iphone

Sebenarnya ni cubaan ke-2 menulis blog menggunakan apps ini dan cubaan menaik muat gambar. 


1st trial td gagal. Penat mengarang,  taip, masuk gambar segala...tiba masa nak publish dia crash lalu hilang lah entry tersebut lenyap bagaikan tiada apa yang berlaku. Rugi masaku 15 minit. Cheh!!


Harap2 kali ni berjaya. ( sebelum apa-apa baik aku copy paste dulu apa yg aku dah taip ni supaya x perlu taip kali ketiga- manalah tahu kan~~)


Ok, cubaan memuat naik gambar pula...

Tuesday, September 10, 2013

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Ini merupakan kali ke-3 blog ini menyiarkan cerita hantu. Bukan kerana minat, tapi kerana permintaan. Tak tahu kenapa orang suka menakutkan diri sendiri membaca dan mendengar cerita hantu. Lepas tu takut nak tido sorang-sorang, takut nak gi toilet. kan kan kan?


Untuk membaca 2 entry kisah hantu yang lain, boleh menuju ke link di bawah:

cerita hantu pertama

sambungan: kisah hantu kedua


Dan... kisah hantu kali ini adalah....

Mimpi Berdarah

Ada satu ketika, warga asrama perempuan berada dalam keadaan yang tegang dan sentiasa berjaga-jaga. Waktu siang kami sangat menjaga perbuatan dan perkataan, waktu malam pula tiada lagi gelak tawa dan gurauan. Hampir setiap malam ada bacaan yasin. Wahh, kalau difikirkan, bagus juga keadaan macam tu. Budak nakal pon jadi alim. Solat kat surau tak miss, semua on time. Semua cakap sopan santun, x de lagi gelak-gelak terbelahak dan bahasa-bahasa kesat. Kalah sekolah agama islam nokk~

Tuesday, September 3, 2013

Bersosial tanpa keluar rumah

TWITTER

Tidak ada cerita hari ini, cuma ingin memberi tahu bagi yang tidak menyedari bahawa aku telah meletakkan widget twitter di side bar kanan blog ini. Kalau nak follow, silakan lah.. Tak ada isu penting pon, hanya bebelan dari seorang wanita yang kadang kala gila seorang diri. Benda kecil-kecil kadang kala sangat tak sesuai nak di blog kan. Nak up status di facebook pon lagilah janggal sekali. Twitter ni macam medium untuk mengomel seorang diri.


INSTAGRAM

Untuk yang ada akaun instagram, boleh follow instagram aku jugak. Ada juga link di sidebar kanan. Gambar dan video yang di upload lebih kepada kucing-kucingku, dan Juwita. Kadang kala ada gambar makanan. Macam merepek je nak promote, tapi nak jugak aku promote hahaha~ Kalau tak jumpa link kat sebelah tu, carik je la "n_hida_halim" kat instagram.


KEEK

Aku ada keek jugak. Aku buat akaun keek sebelum instagram ada video yang boleh upload dari album. Kalau anda inginkan panduan penjagaan kucing dan sukakan travel, boleh la follow keek aku. Nama keek aku "anggunje_hida"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails