Posts

Showing posts from August, 2013

Oh mai oh mai Miley Cyrus

Image
Waaaahhhhh blog ni tetiba bertukar menjadi gossip dunia Hollywood. Tapi sebab ia termasuk dalam subjek current issue, kira jadi la yo~~


Sebenarnya sejak 2 hari lepas dalam twitter dan E! news memang hangat je citer pasal Miley Cyrus punya persembahan dan outfit masa VMA haritu. Tapi tak ambil port. Sebabnya... aku tak ada lah minat pon kat Miley. Tapi dalam tak minat tu ikut juga perkembangan dia, sebab my sis minat la jugak. She grows up with Disney zaman Miley hokey. Daripada Miley yg comel lote kiut miut dalam citer hape tah kat Disney channel tu sampai la ke laaa ni almost naked on the stage tu. (thank god my sis tak ada lah transform macam si Miley)


The power of social media... daripada kita tak interested pon nak tau, last-last kita mesti terasa nak tau jugak. Dah tu kalau asik orang up status and tweet about the same thing, gile kau nak berlagak dunno? So, pagi ni aku akhirnya click link yang menuju ke berita tentang pakaian dan persembahan Miley.

Melarikan diri ke Melbourne

Image
Lama sungguh blog ini tidak berupdate. Tidak sempat aku mengucapkan salam Ramadan, tahu-tahu Aidilfitri pon sudah separuh jalan. Alangkah cepatnya masa berlalu.


Sebenarnya kami sekeluarga bercuti ke Melbourne selama 10 hari masa bulan puasa haritu. Sempatlah berjalan-jalan di kota Melbourne siang dan malam, melancong ke Phillip Island melihat pemandangan laut yang indah, bermesra dengan kangaroo dan koala, dan bermalam di Mount Baw Baw sambil menghayati salji dan bermain salji sepuas hati (tak puas juga sebenarnya. Akan ku datang lagi ke gunung ini di musim sejuk akan datang). Selebihnya, kami berulang alik ke Queen Victoria Market bershopping barang dapur dan survenir (lebih kepada barang dapur kerana tak seberapa pon survenir yang aku bawa balik. Lebih tertarik pada kesegaran ikan udang dan hasil laut mereka yang cantik-cantik dan menyelerakan).


Selain dari itu, asalkan ada masa lapang mesti ada sahaja yang mengajak ke sana sini. Paling tidak berulang-ulang ke QV atau Aldi. Lebih ku…