salute to the nature

salute to the nature

Thursday, March 7, 2013

Pengalamanku membawa anak kecil menunaikan umrah


Ada seorang hamba Allah pernah bertanyakan padaku, x susah ke bawa anak kecil menunaikan umrah? Tak leceh ke? Tak bahaya ke? Allah~~~

Terus terang, masa sebelum kami sekeluarg menunaikan umrah tahun lepas, memang perasaan risau itu ada. Lebih- lebih lagi apabila disogokkan dengan cerita-cerita yang menakutkan. Sampai ada yang suruh beli harness tu ikat anak takut hilang. Aduhai~ ibu mana tak risau, ye tak?

Orang kita, tau lah kalau bercerita jarang yang sedap-sedap. Kalau tak takutkan orang tak sah. Macam pengalaman bersalin, sebenarnya bersalin itu semulajadi, memang lumrah alam wanita akan bersalin. Tak mungkin Allah akan beri kesakitan yang tak tertanggung hambanya jika perkara itu adalah lumrah, betul? Sakit is a state of mind. Ok tu cerita lain. 

Dalam pada aku risau (tapi tak ada lah sampai paranoia atau terikut-ikut sangat dengan cerita ceriti orang) aku berserah seluruhnya pada Allah. Pada aku masa itu, aku dijemput ke bumi haram, aku di panggil ke sana, InsyaAllah Allah akan melindungi kami sekeluarga.

Macam-macam benda orang cerita itu ini, jangan dengar cakap pak arab, jangan percaya cakap pak arab yang jual-jual kat bazaar tu... Masyaallah! Sampai aku ada pernah nampak depan mata kepala
aku sendiri, makcik itu berlaku kasar pada penjual berbangsa arab itu. Depan-depan pak arab tu dia dengan lantang dan kasar berkata, "ah diorg semua ni jangan percaya! Menipu je! Jangan dengar cakap diorang!" mengucap aku kat situ. Malu. Sebagai saudara se-islam, sebangsa dan senegara, aku malu dengan makcik tu. Saya paham lah.. Orang utara memang cakap kasaq, tapi ni melampau nooo! Adap mana makcik? Kalau tak nak beli, boleh kot keluar dari kedai dengan sopan... :(


Berbalik pada isu asal, membawa anak kecil menunaikan umrah. Ya, ada sikit je lecehnya. Sebab budak-budak kan cepat penat, sekejap dia dah boring, lapa la, ngantok la... Jadi cabaran untuk kami ni. Aku dan suami bergilir-gilir menunaikan solat di masjid. Jadi ada masa aku ke masjid, suami menemani anak di hotel (jika dia enggan atau terlalu letih). Tak boleh dipaksa sangat, tak pasal drama pulak kat masjid nanti kan. 


Lagipon, ada waktunya, aku teringin juga solat hampir dengan kaabah. Kawasan bawah dekat dengan kaabah tu tau-taulah.. Orangnya ramai, bersesak-sesak, berhimpit-himpit. Dan kanak-kanak juga tak digalakkan berada disitu. Jika aku bawa Juwita, elok solat di ruang atas masjid sahaja, lebih luas dan selesa. Jadi, bila aku teringin nak solat dekat dengan kaabah, aku akan pergi sendiri, tak bawa Juwita. Juwita akan tinggal dengan abahnya di hotel.


Ada orang kata, kat sana semua sibuk nak beribadat sampai tak pandang orang keliling. Kalau tawaf tu main langgar je, tak peduli orang. Salah sama sekali. Bagi aku, semua ni bergantung pada pemikiran sendiri.


Kalau anda sendiri fikir macam tu, macam tu lah anda akan dapat. Kalau anda berfikiran positif, positif lah yang anda dapat. What u give you get back. Direct Allah bagi bahagian kau kat sana. 


Alhamdulillah, tak ada kejadian tolak menolak atau langgar melanggar yang serius berlaku. Kalau makcik kerala ke, makcik turki ke yang terlanggar, cepat je mereka mintak maaf. Siap cium peluk kita, bagi jajan, dan direct doakan anak kita, pegang ubun-ubun anak kita. Bahagia sangat. Aku rasa aku dan Juwita dikasihi dan dilindungi sepanjang di sana. 


Mana-mana pergi pon, bila jumpa makcik-makcik pakcik-pakcik tak kisah lah bangsa apa pon, mesti akan usap ubun-ubun Juwita, cium pipi Juwita, doakan Juwita. Orang-orang muda suka panggil Juwita "Little Hajjah". Masya allah! Memang kami diberkati *nangis*


Seronok sebenarnya bawa anak kecil menunaikan umrah. Kepada yang akan menunaikan umrah dan masih berkira-kira nak bawa anak ke tak... Bawa lah. Tak ada yang susahnya. Insyaallah anda anak beranak akan dilindungi Allah. Nasihat saya, berhati-hati itu perlu, tapi jangan lah sampai syak wasangka dan hilang percaya sesama manusia. Lebih-lebih lagi di sana, di tanah haram. Jika murni hati anda, murni lah yang anda terima, wangi hati anda, wangi lah yang anda terima. Jika anda buruk sangka, maka buruk lah yang anda terima. 


Wallahualam.


7 comments:

Shida said...

Assalamualaikum Puan..
Seronok dengar cerita puan..berapa umur Juwita ms puan bawak menunaikan umrah ye?saya pon berkira2 utk menunaikan umrah utk pertama kalinye..anak saya baru berumur 2 setengah tahun..mmg seperti yg puan katakan..byk benda yg saya risaukan utk bawak anak kecil ni...mintak pendapat dan pandangan puan..

Siti Nur Ain Hassan said...

Assalamualaikum..
anak puan ketika tu berapa tahun ye? anak saya berumur 11bln. minta pandangan puan?apa persediaan puan..bayi dibawah 2thn tidak sesuai ambil suntikan utk kesana kan?mohon pandangan dan pencerahan..

hida said...

11 bulan masih bayi kan. Sy x pasti dengan rules dan regulation negara ini dan arab saudi berkenaan bayi yang mengikut ibu mengerjakan umrah. Masa saya pergi dahulu anak saya berumur 3 tahun lebih. Sy ingat lagi dia dah boleh bercakap dan becok sangat mulutnya masa tawaf. Masa saie sampai nangis2 sebab letih dan akhirnya kami dukung aje dia sbb dia da tertidur. Mmg seronok bawa anak kecil mengerjakan umrah, tapi kena paham kerana langkah kita akan terbatas untuk mengerjakan umrah. Area2 hadapan yang dekat dengan kaabah tu x dibenarkan membawa anak kecil. Kalau waktu prime time, ibu2 ni terpaksala solat kat bawah (level bawah sekali kawasan saie) atau tingkat atas masjid. Ada waktu sy teringin nk solat dekat dgn kaabah, sy minta husband jaga anak kat bilik hotel. Kena gilir2 lah.

Yang pasti, anak saya ingat yg best2 je.. Ingat dia pergi berjalan je. Tgk unta la, makan ice cream lah, seronok kalau kita tanya dia balik apa yg dia ingat. Hehe.

Utk bayi, sebaiknya puan tanya pendapat agen tentang regulation dan syarat2.

Mama aisyah said...

Salam puan..saya dan suami pun ada perancangan nak mengerjakan umrah tahun ini dan bawa sekali anak perempuan kami yang berusia 1 tahun 2 bulan....belum boleh cakap tapi baru dapat kaki..suka la jalan tak hengat dunia..hikhik..semoga dipermudahkan segalanya. Cam nak tinggal anak kat mak ayah tak best plak..huhu....

Gamis Alya said...

Terimakasih sharing pengalamannya. sangat bermanfaat bagi kita yang akan bawa anak kecil pergi umrah.

Gamis Alya said...

Terimakasih sharing pengalamannya. sangat bermanfaat bagi kita yang akan bawa anak kecil pergi umrah.

Mummy Dina said...

Alhamdulillah tq coz share info ni..saya pun agak risau bila MIL tak bagi bawak anak coz nanti susah nak beribadah..yp bila baca info lega sikit..Insyaa Allah segalanya akan dipermudahkan Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails