Dugaan... excident!!!

Banyak betul dugaan yang menimpa minggu ini. Allah memang nak uji kesabaran dan keimanan aku. Kalau difikirkan semula, dari awal tahun, aku belum pernah diuji dengan masalah (kecuali apabila 3 ekor anak unona mati, aku agak sedih juga dan menangis 2 malam berturut-turut dalam solat). Selain dari itu, aku dilimpahkan rezeki yang tidak pernah putus. Walaupon duit tak banyak, tapi tak pernah pulak tak ada. Anak Unona yang tinggal 2 ekor tu sangat lah cantiknya. Aku sangat bersyukur untuk itu.

Ditambah lagi rezeki, keputusan exam last sem dah keluar, alhamdulillah aku memperolehi Dean List (walaupon cukup makan je dekan tu.. jadila..). Kemudian, suami tercinta berikan hadiah Iphone5 kepada ku sempena.... er.... sempena ape tah.. tanda cinta kot! hihihi~

Pendek kata, apa yang aku doa dan hajatkan sejak tahun lepas termakbul tahun ini. Cuma dalam hati aku sentiasa terdetik, tidak akan ada hari yang sentiasa panas, tidak akan ada hari yang sentiasa hujan. Sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Ya, betul. Sesiapa pon ingin mengelak musibah. Malah doa setiap hari pon diisi dengan memohon agar keluargaku dijauhi dari sebarang musibah dan masalah. Akan tetapi, bila Allah kata jadi, maka jadilah. Bila masalah datang, itu tandanya Allah sayang. Allah nak uji. Allah nak beri kita pengalaman, Allah nak beri kita peluang untuk lebih mengingati-Nya.

Kereta kesayangan ku telah dicium kereta Proton semalam. Kereta Proton tu keluar simpang tak
break tak menoleh, berdentummm kena sisi kanan kereta ku. Aduhai.... waktu kejadian tu, memang marah tak terkata aku. Marah yang teramat-amat sangat! Tapi aku kawal lagi emosi mengingatkan yang aku ini orang islam. Uncle tu dah tua. Kurang ajar nya nak marah orang tua kan... jadi aku sabar.. tapi muka aku memang tak boleh selindung. Memang ketara aku sedang tahan marah dan sangat geram.


Looking at the good side, non of us (kami dan famili uncle tu) yang tercedera. Semua selamat. Cuma Juwita ada sikit benjol di dahi sebab dia terpelanting dalam kereta (perlanggaran tu berlaku di sebelah yang dia duduk). Another good side jugak, uncle tu ada unsurans, dan kami telah pon membuat laporan polis, dan selepas ini langkah susulan mereport pada insurans dan membuat claim. Mungkin minggu hadapan baru nak hantar kereta ku itu ke honda service centre sebab minggu ni tersangat lah buzy nya.


Hikmahnya... banyak yang aku belajar. Kalau tak jadi macam ni tak pandai pulak nak handle situasi macam ni kan.. ada lah pengalaman hihi~ 


Ye la, 12 jam pertama memang sangat stress, marah, geram, sedih, tak percaya pon ada. Tapi bila dah tenang, kita redha. Apa yang terjadi telah pon terjadi. Sekarang ni pikir untuk selesaikan secara baik. 


Hikmah lagi satu, ia mengajar aku untuk lebih bersabar dan matang dalam menangani situasi yang getir. Mula-mula memang susah nak kawal emosi. Dengan marah, geram, sedih semua.. tahan nangis sampai petang tu.. mama balik dari keja baru nangis kat mama. Lepas tu ok dah. Baru waras sikit nak pikir.


Apa pon, kita sebagai manusia memang tak dapat lari dari dugaan. Dugaan memang ujian hidup. Dugaan boleh datang dalam bentuk yang enak atau bentuk yang kurang enak. Tujuannya adalah satu, untuk menguji manusia, adakah kita kembali kepadanya, atau kita semakin jauh kepadanya. 


Dugaan oh dugaan.....





Comments

Kakcik Seroja said…
Apa2 musibah yang terjadi, memang akan membuatkan kita hilang pedoman seketika. Tapi kemudiannya, kita akan tersedar bahawa ianya ada pengajaran juga...
hida said…
betul tu kakcik.. dari semalam sampai pagi ni saya cuma nampak yang buruk saja. pagi ni baru nampak hikmah dan pengajaran yang terselindung.
hida said…
tapi tiap kali tertengok remuk di badan kereta itu, rasanya tetap meresap ke hati. aduhhh sakitnyaaa

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....