salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, March 19, 2013

Bila suami disisi

Dah berapa minggu, aku check keyword paling popular tetap cerita hantu walaupon sebenarnya aku pernah tulis tentang cerita hantu adalah 2 kali je. Pelik tapi benar. Entry kali ini tetap bukan cerita hantu walaupon aku sedar itulah genre yang masyarakat paling minati (entah mengapa)

Minggu lepas adalah sangat sibuk dan sangat tensi. Tension sangat! Dah beberapa hari aku tidur awal. Pukul 9 malam dah x sedar apa dah. Ada je benda yang menyakitkan hati terjadi. 

Then, hari Ahad haritu, pagi-pagi dengan tak disangka suami kesayangan muncul depan pintu. Surprise le! Wah gembira tak terkata hahaha~

Jadi dipendekkan cerita, hujung minggu ku adalah sangat best walaupon x kemana-mana. Isnin pon suami ada lagi, maka sempatlah pula dia masuk pejabat Melaka tengok kawasan. Satu lagi task selesai, iaitu renew passport. Sempat la jugak Juwita merasa pergi sekolah abah hantar dan balik sekolah abah jemput. Dah lama dia inginkan tu.

Pagi tadi lepas hantar Juwita ke sekolah, suami berangkat pulang ke Klang. Hmm.. Bestnya hidup bila suami sentiasa di sisi kan?

Thursday, March 7, 2013

Pengalamanku membawa anak kecil menunaikan umrah


Ada seorang hamba Allah pernah bertanyakan padaku, x susah ke bawa anak kecil menunaikan umrah? Tak leceh ke? Tak bahaya ke? Allah~~~

Terus terang, masa sebelum kami sekeluarg menunaikan umrah tahun lepas, memang perasaan risau itu ada. Lebih- lebih lagi apabila disogokkan dengan cerita-cerita yang menakutkan. Sampai ada yang suruh beli harness tu ikat anak takut hilang. Aduhai~ ibu mana tak risau, ye tak?

Orang kita, tau lah kalau bercerita jarang yang sedap-sedap. Kalau tak takutkan orang tak sah. Macam pengalaman bersalin, sebenarnya bersalin itu semulajadi, memang lumrah alam wanita akan bersalin. Tak mungkin Allah akan beri kesakitan yang tak tertanggung hambanya jika perkara itu adalah lumrah, betul? Sakit is a state of mind. Ok tu cerita lain. 

Dalam pada aku risau (tapi tak ada lah sampai paranoia atau terikut-ikut sangat dengan cerita ceriti orang) aku berserah seluruhnya pada Allah. Pada aku masa itu, aku dijemput ke bumi haram, aku di panggil ke sana, InsyaAllah Allah akan melindungi kami sekeluarga.

Macam-macam benda orang cerita itu ini, jangan dengar cakap pak arab, jangan percaya cakap pak arab yang jual-jual kat bazaar tu... Masyaallah! Sampai aku ada pernah nampak depan mata kepala

Tuesday, March 5, 2013

Dugaan... excident!!!

Banyak betul dugaan yang menimpa minggu ini. Allah memang nak uji kesabaran dan keimanan aku. Kalau difikirkan semula, dari awal tahun, aku belum pernah diuji dengan masalah (kecuali apabila 3 ekor anak unona mati, aku agak sedih juga dan menangis 2 malam berturut-turut dalam solat). Selain dari itu, aku dilimpahkan rezeki yang tidak pernah putus. Walaupon duit tak banyak, tapi tak pernah pulak tak ada. Anak Unona yang tinggal 2 ekor tu sangat lah cantiknya. Aku sangat bersyukur untuk itu.

Ditambah lagi rezeki, keputusan exam last sem dah keluar, alhamdulillah aku memperolehi Dean List (walaupon cukup makan je dekan tu.. jadila..). Kemudian, suami tercinta berikan hadiah Iphone5 kepada ku sempena.... er.... sempena ape tah.. tanda cinta kot! hihihi~

Pendek kata, apa yang aku doa dan hajatkan sejak tahun lepas termakbul tahun ini. Cuma dalam hati aku sentiasa terdetik, tidak akan ada hari yang sentiasa panas, tidak akan ada hari yang sentiasa hujan. Sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Ya, betul. Sesiapa pon ingin mengelak musibah. Malah doa setiap hari pon diisi dengan memohon agar keluargaku dijauhi dari sebarang musibah dan masalah. Akan tetapi, bila Allah kata jadi, maka jadilah. Bila masalah datang, itu tandanya Allah sayang. Allah nak uji. Allah nak beri kita pengalaman, Allah nak beri kita peluang untuk lebih mengingati-Nya.

Kereta kesayangan ku telah dicium kereta Proton semalam. Kereta Proton tu keluar simpang tak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails