Menukar template adalah seperti membuka helaian baru.

Eh, tiba-tiba aktif menulis blog semula. Sejak aku ubah template blog ni, rasa bersemangat pula nak update setiap hari. Ada beberapa perkara berlaku semasa aku ubah template haritu

1. Blog list aku hilang. Bagusnya, sebab banyak blog list tu aku tak jengok pon. Di kesempatan yang ada ni, aku ambil peluang blog list tu hilang sebagai satu langkah pembersihan. (yela, kalau delete je link yang sebelum ni aku letak, ada pulak yg kecik hati nanti.) Jangan risau, jika sesiapa yang masih menulis blog dan masih follow blog ini, jika nak aku follow blog anda, silalah tinggalkan link ye. 

2. Nuffnang aku hilang. Sebenarnya itu memang dah dijangka. Cuma boleh pula aku terlupa. Dah 4 hari aku check nuffnang (nak tengok jumlah visitor. Itu tujuan sebenar aku subscribe nuffnang ad. hahaha) asik kosong je visitor. Pelik aku.. Rupanya ad tak letak.. alahai.. manalah nak keluar data, kalau ad tu tak letak. Haiii lawak betul.

3. Banyak widget yang aku buang. Menyemak dan dah tak relevan lagi.

4. Banyak blog/website banner yang aku buang. Alasan sama, dah tak relevan. Jadahnya aku nak letak banner "i breastfeed my child" walhal Juwita dah nak masuk 5 tahun dah. Tak pasal mengundang kehairanan pula nanti.

5. Online shopping link pon banyak aku buang. Sebab dah lama sangat tak online shopping. Apa yang tinggal tu je lah yang aku masuk. Tu pon belum tentu beli. Sebenarnya ada beberapa page yang aku suka intai dan beli.. tapi seller tu kat FB. Malas lah nk letak link FB. Tu bukan blogshop tu.. tu FB shop.

6. Sedar tak sedar.. rupanya dah 5 tahun usia blog aku. Hahaha! Kelakar betul. Tak ada perkembangan langsung. Dari dulu sampai sekarang macam tu je la. Visitor dan follower pon gitu-gitu je. Memang aku menulis untuk diri sendiri. (memang tak pernah promot atau tinggalkan jejak di mana-mana blog lain pon. Dulu kala ada la.. tp sekejap je. tak kuasa la)

7. Entry blog aku makin kurang gambar. Ya, aku perasan tu. Tak ada explaination untuk itu.

Helaian baru dalam blog aku = Lembaran baru. 

Ye, aku 29 tahun dah. Tak akan menulis seperti 19 tahun. (tapi aku mula menulis blog dari usia 24)


Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?