salute to the nature

salute to the nature

Wednesday, February 27, 2013

Haiiii lah laptop... mati lah pulak kau laptop....

(Izinkan daku mengambil masa 10 minit untuk menulis seketika di sini.)

Laptop aku ni dah macam mayat hidup aku rasa. Aku rasa macam nak campak je laptop ni ke dalam gaung bukit putus sana. Aku sanggup drive 2 jam setengah ke bukit putus semata nak campak laptop ni ke gaung tu tau tak. Bayangkanlah betapa geram sangat dah tu.

Bayangkan aku guna laptop ni dalam keadaan:

1. Dia akan padam sendiri selang 10 minit. Kalau nasib baik, dia padam setiap 30 minit.

2. Aku takkan dapat select the whole thing yang aku nak, mesti dalam aku tengah tekan left click sambil select semua yg aku nak, kotak select tu akan hilang dan padam sendiri.

3. Bila aku pilih sesuatu arahan, otak laptop ni akan pikir dekat 10 second untuk hadam dan paham instruction tu walaupon button yang aku pilih hanyalah "open file"

4. Serve internet? lagilah berjanggut. Lag lama gila, pastu hang, then diikuti kemuncaknya laptop terus padam, Screen akan gelab 5 saat, kemudian ambil 10 saat untuk get back to the previous page sebelum dia padam, dan 5 saat lagi diperlukan untuk link boleh berfungsi.

5. Tak cukup? nak shut down ambil masa tak kurang 5 minit. Sempat buat kopi pon laptop lom padam lagi. Time tak suruh padam nak sangat padam, time orang suruh padam lampi pulak.



Sebab tu, aku memang akan buka laptop kalau perlu je. kalau setakat nak serve internet memang tak la nak guna laptop. Melainkan ada kerja yang terpaksa guna laptop baru buka laptop. (ni aku buat entry ni lantaran dah buka laptop le ni).

Setiap kali buka laptop darah aku memang mendidih. Sampai ke petang la kang emo ni. Sapa tak sakit hati kena handle laptop yang dalam keadaan macam tu?

oh.. maybe nak kena format. Tapi sebelum format tu banyak kerjanya tu! file dalam ni semua nak kena transfer. CD installer semua nak kena ready. Format tu saje dah ambil masa setengah hari.

Boleh sakit jiwa!


Tolong lah laptop... jangan buat hal sangat boleh tak. Kang belum sempat kau aku format, kau dah aku campak ke luar tingkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails