salute to the nature

salute to the nature

Wednesday, February 27, 2013

Haiiii lah laptop... mati lah pulak kau laptop....

(Izinkan daku mengambil masa 10 minit untuk menulis seketika di sini.)

Laptop aku ni dah macam mayat hidup aku rasa. Aku rasa macam nak campak je laptop ni ke dalam gaung bukit putus sana. Aku sanggup drive 2 jam setengah ke bukit putus semata nak campak laptop ni ke gaung tu tau tak. Bayangkanlah betapa geram sangat dah tu.

Bayangkan aku guna laptop ni dalam keadaan:

1. Dia akan padam sendiri selang 10 minit. Kalau nasib baik, dia padam setiap 30 minit.

2. Aku takkan dapat select the whole thing yang aku nak, mesti dalam aku tengah tekan left click sambil select semua yg aku nak, kotak select tu akan hilang dan padam sendiri.

3. Bila aku pilih sesuatu arahan, otak laptop ni akan pikir dekat 10 second untuk hadam dan paham instruction tu walaupon button yang aku pilih hanyalah "open file"

4. Serve internet? lagilah berjanggut. Lag lama gila, pastu hang, then diikuti kemuncaknya laptop terus padam, Screen akan gelab 5 saat, kemudian ambil 10 saat untuk get back to the previous page sebelum dia padam, dan 5 saat lagi diperlukan untuk link boleh berfungsi.

5. Tak cukup? nak shut down ambil masa tak kurang 5 minit. Sempat buat kopi pon laptop lom padam lagi. Time tak suruh padam nak sangat padam, time orang suruh padam lampi pulak.

Tuesday, February 12, 2013

Entry kosong


Sebenarnya dah ada banyak entry aku dah buat. tapi semua masuk draft. Tiap kali habis menaip, baca balik, mesti rasa tak nak publish. Rasa tak sesuai nak publish, macam tak kena, tak penting, tak best, tak bagus, tak elok, dan segala yang tak lah.

Akhirnya sekali lagi blog ini tinggal usang tanpa sebarang update.

Buat apa update tapi entry sampah (macam entry ini)

Ada 5 entry dalam draft yang aku tak publish. Sedang berfikir, adakah biarkan ia di dalam draft, atau aku publish, atau aku delete.

Yang pasti, tiada gambar. Confirm bosan dan tak menarik.



Thursday, February 7, 2013

Menukar template adalah seperti membuka helaian baru.

Eh, tiba-tiba aktif menulis blog semula. Sejak aku ubah template blog ni, rasa bersemangat pula nak update setiap hari. Ada beberapa perkara berlaku semasa aku ubah template haritu

1. Blog list aku hilang. Bagusnya, sebab banyak blog list tu aku tak jengok pon. Di kesempatan yang ada ni, aku ambil peluang blog list tu hilang sebagai satu langkah pembersihan. (yela, kalau delete je link yang sebelum ni aku letak, ada pulak yg kecik hati nanti.) Jangan risau, jika sesiapa yang masih menulis blog dan masih follow blog ini, jika nak aku follow blog anda, silalah tinggalkan link ye. 

2. Nuffnang aku hilang. Sebenarnya itu memang dah dijangka. Cuma boleh pula aku terlupa. Dah 4 hari aku check nuffnang (nak tengok jumlah visitor. Itu tujuan sebenar aku subscribe nuffnang ad. hahaha) asik kosong je visitor. Pelik aku.. Rupanya ad tak letak.. alahai.. manalah nak keluar data, kalau ad tu tak letak. Haiii lawak betul.

3. Banyak widget yang aku buang. Menyemak dan dah tak relevan lagi.

4. Banyak blog/website banner yang aku buang. Alasan sama, dah tak relevan. Jadahnya aku nak letak banner "i breastfeed my child" walhal Juwita dah nak masuk 5 tahun dah. Tak pasal mengundang kehairanan pula nanti.

5. Online shopping link pon banyak aku buang. Sebab dah lama sangat tak online shopping. Apa yang tinggal tu je lah yang aku masuk. Tu pon belum tentu beli. Sebenarnya ada beberapa page yang aku suka intai dan beli.. tapi seller tu kat FB. Malas lah nk letak link FB. Tu bukan blogshop tu.. tu FB shop.

6. Sedar tak sedar.. rupanya dah 5 tahun usia blog aku. Hahaha! Kelakar betul. Tak ada perkembangan langsung. Dari dulu sampai sekarang macam tu je la. Visitor dan follower pon gitu-gitu je. Memang aku menulis untuk diri sendiri. (memang tak pernah promot atau tinggalkan jejak di mana-mana blog lain pon. Dulu kala ada la.. tp sekejap je. tak kuasa la)

7. Entry blog aku makin kurang gambar. Ya, aku perasan tu. Tak ada explaination untuk itu.

Helaian baru dalam blog aku = Lembaran baru. 

Ye, aku 29 tahun dah. Tak akan menulis seperti 19 tahun. (tapi aku mula menulis blog dari usia 24)


Wednesday, February 6, 2013

Kehilangan

Sebenarnya aku perhatikan keyword yang paling popular dalam capaian ke blog aku adalah cerita hantu. Apekah? Walhal, aku pernah sekali sahaja menulis tentang cerita hantu. Mungkin satu hari nanti aku akan cuba bercerita tentang kisah hantu lagi. Sebenarnya aku tak banyak pengalaman encounter dengan makhluk halus ni. Jadi nak cerita macam mana, kan?

Hari ini aku terasa sangat letih. Letih fizikal dan mental. Baru sahaja selesai menggali lubang menanam 3 ekor baby kitten. 3 ekor dalam satu pagi. memang sangat memeritkan dan pahit rasanya. Walaupon aku tak pernah makan hempedu, tapi aku rasa pahitnya ini lebih pahit dari hempedu (agaknya bagaimana rasa hempedu ya?)

Anak Unona, 3 ekor tak dapat diselamatkan. Seekor telah kejung bila aku bangun pagi tadi. Seekor lagi sedang nazak dan lemah. badan pon dah mulai sejuk, cuma masih bernafas lemah. Aku peluk dan cuba panaskan badan dia. Dalam genggaman tangan aku sikecil itu mati. Aku menangis semahunya.

Kemudian aku periksa 3 ekor lagi di dalam bakul. Seekor sedang lemah, menunjukkan simptom yang sama. Mulut mulai berair. Nafas seperti sukar. Bernafas melalui mulut. Dalam mulut mulai berair. Aku cuba sedayanya menyedut air itu tapi ia seperti tidak mau habis. Sah, air/lendir itu dari paru-paru. Seperti nasib sikecil tadi, yang ini pon mati di dalam tapak tangan aku. Sekali lagi aku menangis semahunya.

Dalam pada itu aku redha kerana tuhan telah menamatkan penyeksaan terhadap si kecil itu. Aku tahu dia tersiksa. Susah bernafas. Dada penuh lendir.

Namun aku tetap terkilan. Terkilan kerana gagal menyelamatkan mereka. Bisikan syaitan menyeru-nyeru ke dalam kepala bahawa ini semua salah ku. Aku yang salah. Tuhan tidak adil. Mengapa ambil nyawa si kecil ini? mengapa beri dan kemudian ambil semula sesuka hati?

Astaghfirullah!!!!!! Aku beristighfar banyak kali. Aku mengucap banyak kali. Ya Allah!!! Sesungguhnya ini adalah ketentuannya. Pasti ada hikmah dan pengajaran di sebalik apa yang terjadi. Berdosa jika aku menyalahkan hukum dan takdir Allah!!!

Terasa ingin bersolat dan memohon keampunan Allah. Terasa ingin bersujud kepada-Nya dan meluahkan segalanya. Terasa begitu ingin ku menadah tangan kepada-Nya, agar diselamatkan 2 ekor lagi itu. Ya Allah!!!!! dengar lah bisikan hatiku ini... (aku cuti uzur. sedihnyaaa)

Sebenarnya ini bukan kali pertama aku merasai kehilangan. Sebelum ini pon pernah. Sakitnya tetap sama. Walaupon orang kata, kalau dah selalu alami nanti dah biasa, dah lali.... tapi tidak! kehilangan tidak pernah perkara yang lali. Tidak pernah biasa. Kehilangan tetap perit.

Mereka semua adalah seperti anak-anak ku. Maka... bermakna.... Selama ini.. telah 6 anakku kembali kepadanya...

dan tidak pernah kehilangan itu sesuatu yang biasa dan lali.

Sentiasa pahit dan perit.

Sentiasa terguris di hati, terkesan di jiwa.



Tuesday, February 5, 2013

Randomness

Kali ni betul-betul random.


1. TURBAN

Walaupon iman aku sendiri tidak sesempurna mana, tapi aku nak cadangkan agar diharamkan TURBAN. boleh tak? Sejak bila TURBAN di klasifikasi sebagai alat menutup aurah? Dan sejak bila TURBAN di kategorikan sebagai pakaian MUSLIMAH? Kalau yang cover their neck tu at least aku boleh terima lagi (walaupon still look horrible), ini betul2 mcm towel balut atas kepala lepas syampu rambut tu. Lehar pulak, dengan berlapis-lapisnya lemak... terdedah je. Kalau mereka tak pikir tentang aurat pon (ye lah, aku pon aurat x sempurna juga), dari segi gaya pon memang dah out. Buruk sangat rupanya lemak berlapis tu.


2. TAKSUB

Antara punca manusia menjadi sesat adalah kerana taksub. Tak payah lah cerita pasal sembah berhala, membela hantu raya, atau mengikut ajaran ayah pin. Itu memang lah confirm sesat. Dah namanya ikut syaitan,  mestilah sesat. Orang kata, Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi. Kesimpulannya, pilihlah GURU yang betul, walaupon niat asal anda suci iaitu untuk mendalami agama. Ketaksuban itu membawa kepada kesesatan.


3. DOA

Ramai orang (mungkin semua) berdoa meminta. Minta dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, cepat kahwin, cepat dapat anak, cepat kaya, anugerah dekan (eh?) dan macam-macam lagi lah. Berapa ramai pula yang berdoa menyatakan rasa syukur dan terima kasihnya pada ALLAH atas segala nikmat yang telah diberi pada diri dan keluarganya selama ini? (kesedaran sendiri sejak akhir akhir ini). Sesungguhnya, doa memanjatkan kesyukuran dan rasa terima kasih adalah lebih syahdu dari doa memanjatkan hajat dan meminta. Percayalah!


4. FACEBOOK

Dalam facebook macam-macam ada. Cukup random cukup meyeluruh. Nak status keagamaan, ada. Status jiwang, ada. Status kebudak-budakan, amik. Dan topikya juga menyeluruh. politik ade, hobi ade, fotografi, fashion, makeup, kerjaya, motivasi, provokasi, dan macam-macam lagilah. Yang pasti, POLITIK is NO-NO in my wall. PROVOKASI lagilah, terus block. Yang lain-lain mak ok jahhh~~~


5. BOTTLE FED

Menyusukan baby. Tu lah kerja yours truly 7 hari ni. Jangan terkejut, bila masa makk pregnant? bila pulak beranak? hahaha! Sebenarnya, yang beranak kucing makk, Unona. 5 ekor. Sekor yang last tu alahai kecik je banding dengan abang kakaknya. Selalu kalah bergusti rebut nenen. Akhirnya, yours truly ni lah yg jadi surrogate mother. Tolong lebih kurang je bila dapat chan sumbatkan botol susu kat mulut baby kenit tu. Bukan full time bottle fed pon. Mak dia ada lagi, dan sebenarnya mak dia tunggu jugak kenit tu dapat nenen. Even marah kita kacau anak dia. Cuma kita nak make sure kenit tu dapat cukup susu lah kan... Biasalah, anak last memang kecik. The weakest. Tapi makk yakin dia akan menyinar nanti. Macam Diamond! (eh? sedap jugak nama tu!)

Monday, February 4, 2013

POS MALAYSIA SUCK! CUAI CUAI CUAI!!!!

Ini bukan kali pertama aku mengalami masalah dengan Pos Malaysia. Dulu, aku pernah menjadi pelanggan setia Pos Malaysia sehingga peristiwa barangan dari luar negara aku sangkut di kastam dan aku melantik Pos Malaysia sebagai agen declaration. Nak dijadikan cerita, barang aku tu pecah. Aku hubungi pegawai atasan yang bertanggung jawab dan mereka mengaku sebiji daripada barang itu pecah ketika mereka membuka parcel (bukannya pecah dari mula sampai). READ CAREFULLY: pegawai (wanita) itu dengan selamba mengaku sebiji daripadanya pecah ketika mereka membuka dan periksa barang. pegawai wanita itu berkata, barang ini berinsuran, jadi siapa yang nak claim? Jadi saya jawab, SAYA lah nak claim, dah itu barang saya. OK. settle.

Aku ingat settle. Tapi bulan lepas (setelah beberapa bulan kejadian itu berlaku) aku menerima surat dari pos malaysia mengatakan bahawa aku tidak boleh menerima claim insuran itu kerana barang itu selah sedia sampai dalam keadaan telah pecah, dan pos malaysia tidak akan bertanggung jawab kerana barang tersebut di bungkus dalam keadaan yang kurang sempurna dan kurang selamat untuk perjalanan. Siap letak petikan akta untuk menyokong tindakan mereka itu (READ: untuk melepaskan diri mereka itu)

I was like... WHAT????? SERIOUSLY???

Memang aku hangin satu badan, tapi aku malas nak panjang kan cerita. lagipon aku dah dapat refund dari seller. jadi aku tak ada lah jadah sangat nak hadap duit pos malaysia tu. Tapi bagi aku, mereka tetap tidak bertanggung jawab dan kredibiliti mereka sangat-sangat tercalar dengan peristiwa itu. Aku tak pernah reveal selama ni sebab bagi chan, tapi nampaknya, sikap "negligent" mereka ini semakin menjadi-jadi, maka aku perlu juga reveal.


OK, tu kes 1. Kes kedua pula berlaku baru-baru ini. (sebenarnya kes-kes kecil banyak juga berlaku, tapi aku ceritakan kes yang agak besar sahaja lah)

Sekali lagi aku menerima barang dari luar negara. Aku check kat online tracking, barang aku telah berada di Sepang untuk pemeriksaan kastam. 2 hari aku tengok status barang aku masih di pusat kastam namun tiada surat kuasa dari Pos Malaysia yang aku terima (Pos Malaysia akan mengirim surat untuk bertanyakan samada mahu melantik mereka sebagai agen atau tidak) Jadi aku menghubungi pos malaysia sepang untuk kepastian dan aku juga bercadang untuk melantik Pos Malaysia sekali lagi sebagai agen declaration (bodohnya aku! dah terkena pon tak serik). Staff yang menjawab panggilan memberi tahu bahawa barang aku di tahan kastam. Dia bertanya sama ada aku menerima surat tawaran pelantikan dari pos Malaysia atau tidak.

Sudah tentu lah tidak! jadi staff itu suruh aku datang sendiri ke Sepang untuk membuat declaration. Dalam hati aku macam.... "laaaaaa..... macam tu pulak. Kalau aku boleh buat sendiri, dah lama aku buat kak oiii!"

Jadi aku mengambil langkah alternatif iaitu melantik agen luar. Nasib baik lah aku kenal beberapa agen declaration. Aku menghubungi agen keesokan harinya. Lepas berurusan dengan agen, tak sampai sehari, settle. Barang aku dah ada di tangan agen. Aku pon abaikan Pos Malaysia dan tak ingat langsung pasal hal ini lagi.

Sehinggalah 3 hari selepas itu, posmen datang ke rumah aku memberi surat pos laju dari Pos Malaysia Sepang. Ya, itu adalah surat pengesahan surat kuasa yang sepatutnya aku terima 4 hari lalu. Kenapa tak sampai? Sebab....

ALAMAT AKU SALAH.

J7946 mereka tulis J796. Aku periksa parcel aku semula.... alamat yang di tulis sender betul. J7946. Jadi mana mereka dapat alamat J796 tu? Nampak sangat kan salah siapa? CUAI!!!

Nasib baik aku dah ambil langkah pantas melantik agen sendiri. Kalau tak.... tak pasal kena bayar lagi pada kastam kerana lambat buat declaration. Kat sini, aku berterima kasih pada Pejabat pos Jasin sebab mereka gigih mencari alamat aku walaupon alamat salah dan nombor telefon pon tidak tertulis (WTF??!) Tercatit pada surat aku itu perkataan"cuba lagi". Mungkin pegawai pos jasin menyuruh posmen mencuba cari alamat itu sehingga berjaya. Tahniah dan terima kasih.

Tapi Pos Malaysia Sepang??? Minta maaf, anda sangat cuai dan sangat tidak bertanggung jawab.

Ok, sebut pasal alamat salah, ini kejadian paling terkini yang berlaku. Minggu lepas, aku pos 5 parcel. 4 daripadanya sampai dengan selamat (terima kasih). Malangnya satu daripada parcel kena return. Kerana hairan, aku check pada tracking online, tertulis alamat salah.

Aku refer balik alamat pada salinan kertas pos laju aku dan bandingkan dengan alamat yang penerima berikan. Betul, tiada salah. Malah aku confirm semula dengan penerima, alamat yang dia berikan. Pon tiada salah. Itulah alamatnya. Ada beberapa perkara yang membelenggu otak fikiranku ini...

1. Benarkah alamat itu salah? Jika salah di mana salahnya?
2. Jika alamat itu betul tidak tepat, mengapa tidak double confirm dan hubungi penerima tentang perkara itu?
3. Nombor telefon penerima ada diberi (dan tepat), mengapa tak hubungi penerima?
4. Mengapa terus return parcel tanpa menghubungi penerima atau sender?
5. Paling utama sekali, MENGAPA TAK HUBUNGI PENERIMA??????

Saya rasa, JIKA BETUL ALAMAT ITU ADA KURANG TEPAT, tidak ada salahnya posmen menghubungi penerima terlebih dahulu. Atau paling tidak, check alamat itu di database. Ingat peristiwa surat saya tak sampai kerana Pos Malaysia Sepang salah letak alamat? surat itu tetap sampai pada saya walaupon lewat, tidak pula return. Mengapa kali ini return pula?

Sudahlah begitu, saya kemudian cuba menghubungi pos malaysia melalui talian malangnya semua nombor telefon mereka tak boleh pakai! Semuanya tidak dapat di hubungi, sila cuba sebentar lagi. Apekah???!!!! Ape pos malaysia dah miskin sangat tak mampu hired tukang angkat telefon dah???

Oleh kerana nombor telefon tidak dapat dihubungi, saya menulis email laporan kepada HQ Pos Malaysia. Sehingga hari ini, tidak ada satu reply pon yang saya terima selain dari auto reply yang mengatakan "terima kasih kerana menulis kapada kami". Ingat dengan reply dari robot tu saya puas hati ke????

(Sedang aku menulis ni, barulah aku terima email balas dari pos malaysia. Masih panas-panas lagi saya terima tu. Saya harap mereka dapat handle masalah ini dengan baik, jangan sampai keluar entry lagi satu pasal hal ini pula)

Saya rasa, Pos Malaysia tidak mempunyai SOP yang seragam di seluruh cawangan. Dan saya juga merasakan tidak semua cawangan pos malaysia mengutamakan pelanggan.

Please lah ye Pos Malaysia. jangan sampai orang maki hamun anda baru nak buat kerja elok sikit.


regards;

pelangganmu yang keciwa






Saturday, February 2, 2013

Menjahit?

Aku cadang nak tambah lagi satu skill aku tahun ni. Aku nak belajar menjahit. Ok, jangan gelak. Menjahit aku tu bukan bermaksud baju raya tahun ini adalah hasil tangan sendiri. No-no-no~! Sebenarnya... nak belajar menjahit craft. 


Alaaa barang-barang craft... macam bantal... (hahahaaha! ok, boleh gelak. Jahit bantal pon nak belajar kan?) buat soft toy... buat tote bag...buat purse.... buat bib... buat baju kucing.. hahaha...! 


Sikit masa lagi aku boleh bukak butik ni dek non oiii~~!!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails