salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, December 11, 2012

Dilema wanita

Hatiku bagai diulit-ulit perasaan yang sukar digambarkan apabila belakangan ini dihujani masalah keluarga rakan-rakan. Aduh.. Terasa seperti masalah sendiri pula. Namun aku suka mengambil langkah tengah dengan no komen, atau paling tidak, aku melontarkan nasihat yang berbaur kata-kata semangat tanpa menyebelahi mana-mana pihak.


Curang.


Menaipnya pon aku sudah tidak sedap hati. Nauzubillah minta dijauhkan dari hati-hati kecil keluargaku. Namun terpaksa ku akur bahawa nak tak nak ia kerap berlaku di sekeliling kita.


Kadang-kadang aku hairan, betap mudahnya hati berubah. Betapa mudahnya kesetiaan dicalar. Betap mudahnya memungkari janji. Mengapa begitu mudah?


Aku juga hairan, bagaimana seorang boleh menyayangi ramai wanita. Cukuplah isteri berkongsi kasih dengan ibu kandung suami, dan perlu pula berkongsi kasih dengan wanita lain? Mudahnya kan...


Tapi aku juga sedar, suami itu bukan milik mutlak isteri. Jika takdirnya ditetapkan si isteri perlu berkongsi kasih, apalah yang mampu dilakukan selain dari redha? Kerana itu bahagian dunia yang telah ditetapkan oleh-Nya.


Orang kata, soal hati tak boleh di paksa. Kalau dah datang sayang, nak buat macam mana kan? Tapi berbalik pada persoalan awal nanti, mudahnya beralih hati? Bila berlaku kecurangan suami, isteri selalu dinasihat untuk muhasabah diri. Adakah suami curang kerana isteri tidak sempurna? Adakah suami tidak boleh bertoleransi dengan kekurangan isteri sehingga perlu mencari kesempurnaan pada wanita lain diluar? Hmmm.....


Aku sangat kasihan pada rakan-rakanku yang sedang dalam dilema dan sedang menempuh dugaan yang berat ini. Sambil aku berdoa akan kebaikan rakanku, sambil tu aku berdoa agar di pelihara hati2 ahli keluargaku. Semoga dijauhkan lah.


Tidak ada keluarga yang sempurna dalam dunia ini. Tapi keluarga yang bahagia adalah keluarga yang sentiasa menerima keadanya dan memberi secukupnya. Kesempurnaan itu hanya milik Allah. Redha lah dengan apa yang ada untuk kita dan sentiasalah berterima kasih. Namun jika usaha kita tidak berjaya, redhalah dengan apa jua ketentuan-Nya. Mungkin satu pintu telah tertutup, namun pintu lain masih terbuka.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails