Posts

Showing posts from December, 2012

Dilema wanita

Hatiku bagai diulit-ulit perasaan yang sukar digambarkan apabila belakangan ini dihujani masalah keluarga rakan-rakan. Aduh.. Terasa seperti masalah sendiri pula. Namun aku suka mengambil langkah tengah dengan no komen, atau paling tidak, aku melontarkan nasihat yang berbaur kata-kata semangat tanpa menyebelahi mana-mana pihak.


Curang.


Menaipnya pon aku sudah tidak sedap hati. Nauzubillah minta dijauhkan dari hati-hati kecil keluargaku. Namun terpaksa ku akur bahawa nak tak nak ia kerap berlaku di sekeliling kita.


Kadang-kadang aku hairan, betap mudahnya hati berubah. Betapa mudahnya kesetiaan dicalar. Betap mudahnya memungkari janji. Mengapa begitu mudah?


Aku juga hairan, bagaimana seorang boleh menyayangi ramai wanita. Cukuplah isteri berkongsi kasih dengan ibu kandung suami, dan perlu pula berkongsi kasih dengan wanita lain? Mudahnya kan...


Tapi aku juga sedar, suami itu bukan milik mutlak isteri. Jika takdirnya ditetapkan si isteri perlu berkongsi kasih, apalah yang mampu dilakuka…