Posts

Showing posts from November, 2012

Jalan yang berliku dan panjang

Dari sehari ke sehari, aku tengok blog aku ni semakin menyimpang dari topik asal. Aku pon sampai lupa dah yang aku ada blog kadang-kadang. Dah tak ada mood nak update blog. Asalnya blog ni tercipta adalah demi memenuhi masa lapang aku keseorangan di rumah. Suri rumah kan, lepas siap kerja-kerja rumah, sambil tengok baby (Juwita) tidur, tulis la blog.


Cerita masa tu pasal Juwita, pasal pengalaman baru sebagai isteri, ibu, suri rumah... kadang-kadang perkara remeh macam keluar soping baju anak pon nak di blog. Ye, memang remeh. Tapi masa tu benda tu macam 'big-deal' jugak la. Event family tahu! harus di blog. Sekarang ni, aku tengok semua benda tak de apa. no big deal. Tak ada topik nak cerita. Bosan. Hidup aku bosan.


Aku sedang melalui satu fasa baru dalam hidup. Kalau dulu aku kurang tidur kerana menjaga anak kecil, sekarang aku kurang tidur kerana membuat assignment. Sejak aku jadi 'student' semula (well, e-pjj pon consider student jugak kan) sejak bulan 9 yang lalu, …