Posts

Showing posts from October, 2012

virtual shop atau physical shop

Image
Sejak dah ada meja studi yang proper dalam bilik aku yang memang sedia ada katil yg empuk, serta 24 jam air-cond... liat betul aku nak gerak masuk office. Bagi aku, di mana ada internet access, ada meja, ada beg kerja, itu aku dah kira pejabat, Aku dah boleh buat kerja bila ada benda-benda tu, tak kiralah di rumah, ataupon di pejabat. Akan tetapi membuka office, bererti membuka juga ruang pameran merupakan sesuatu yang perlu. Sebab nak atau tak nak, aku terpaksa menerima hakikat bahawa masyarakat sekitar aku di sini, lebih menjurus ke arah offline retailing.


Kalau ikutkan mode kerja aku yang tak tentu ni, aku prefer lagi e-tailing. e-business, e-commerce, segala tok nenek "e" tu lah. Sedangkan hubungan aku serta cawangan pejabat aku dengan HQ pon berkonsepkan telecommuting (aku hanya bertembung mata dengan boss 2 minggu sekali). Urusan semua dibuat melalui dalam talian. Boleh dikatakan Technodesign ini merupakan satu contoh syarikat muda yang menjalankan e-business. Muda tak…

Takut kerana tidak tahu. Takut kerana tidak faham bahasa. Atau skeptikal?

Semalam saya dan adik pergi ke pasaraya Jusco Ayer Keroh untuk membeli sedikit barang dapur. Berikut adalah barang-barang yang saya beli:

~daging lembu tempatan kiub
~siput balitong (mahal nak mampos)
~Kimchi
~instant Ramen
~misai sotong goreng tepung (tak ingat apa nama jepang nye tah).


Oleh kerana kuantiti barang tidak sampai 8 item, kami menuju ke kaunter express. Kaunter express sememangnya lengang (kerana kebanyakan orang mesti beli lebih 8 item, dan kaunter ini tak handle banyak barang, jadi pekerja kaunter agak santai) maka kakak pekerja kaunter ekpress mula meramah mesra (atau mungkin soal selidik)


kakak kaunter:ape benda ni? ni barang awak ke? (sambil tunjuk pakaging ramen)

Adik: haah, betul barang tu

kakak kaunter:makan ke benda ni? (sambil tu scan kimchi saya pula dan seraya berkata) ni pon? ape benda ni? 

saya pandang adik, adik pandang saya.

kakak kaunter tak puas hati, dia tanya lagi,

kakak kaunter : tengok barang-barang tulisan cina, tengok muka melayu. ni ape benda? Awak m…