salute to the nature

salute to the nature

Thursday, August 30, 2012

Lari dari rumah

Tiba-tiba terngiang-ngiang lagu "bawa aku pergi" nyanyian Zizan dan Kaka yang dikatakan penuh kontroversi kerana mengajak remaja lari dari rumah pergi ke Selatan Thai naik motor merempit untuk kawin lari.


Tapi aku suka lagu tu. Bukan sebab aku nak kawin lari (aku dah kawin pon daa), bukan juga sebab aku suka nak galakkan remaja lari dari rumah. Eh, dia ada sebut ke dalam lirik tu "jom lah kita lari rumah?" atau "mari kita lari dari rumah kawin di selatan thai secara berjemaah?" Rasanya tak ada. Jadi tak salah jika aku anggap "LARI" dalam lagu ini sebagai "escape".


Lari dari kepala yang berserabut,
lari dari traffik jamm setiap pagi,
lari dari rutin yang sama setiap hari,
lari dari bebanan tanggungjawab,
lari dari beban tugasan dan jawatan
lari dari hutang keliling pinggang,
lari dari kerja-kerja pejabat yang tak pernah selesai,
lari dari manusia yang menjelikkan,
lari dari stereotaip dan label,
lari dari tanggapan dan penilaian masyarakat,
lari dari kehidupan yang sesak, senak, dan sarat,
lari dari kehidupan biasa,
lari dari pemandangan biasa,
lari dari kerja biasa,
lari dari rumah sendiri


Sebab ada ketika kita rasa muak. Dan kita rasa nak lari. Lari jauh-jauh. Tinggalkan semua yang ada dan bawa diri jauh-jauh.


Pada saat jiwa pengembara meronta-ronta, hati bagai memaksa-maksa untuk tinggalkan tanah air tercinta. Satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata tatkala berada di lapangan terbang sambil memegang buku merah. Keterujaan yang didambakan tatkala dada penuh sesak dengan pelbagai masalah dunia.


Tatkala batinku menjerit "aku mahu keluar dari ini semua!!!" lalu mindaku seraya berkata,

"ayuhlah kita lari dari sini. Tinggalkan segalanya. Tinggalkan segala masalah dibelakangmu. Lupakan segalanya yang membeban di pundakmu. Ayuhlah, mulakan hidup baru. Tinggalkan harta dunia, kereta mewah, rumah banglow, motor capuk, sofa empuk, tv flat skrin 42 inci, Astro, HBO, kita tinggalkan semua!  kita guna segala yang ada. Kita hidup cara purba. Kita jelajah dunia, kita tawan setiap pelosok, Ayuhlah kita mengembara!"



Bawa aku pergi
Pacu laju-laju, kita lari dari realiti.











Oh.. apa akan jadi jika aku ikutkan kata minda, hati dan jiwa ku? Siapa akan ambil tahu? Siapa yang peduli?  Apa akan terjadi?




Sebenarnya fenomena lari dari rumah bukan melanda remaja sahaja. Orang dewasa pon boleh kena. hihihi~~


Wednesday, August 29, 2012

Puasa 6. Bila nak mula ni?

Sepatutnya syawal ke 5 lagi dah start puasa 6, tapi mak ajak ke sana sini kenduri lah, melawat orang tu lah orang ini lah. Ok fineeee~~~~ So Isnin haritu baru dapat 1st puasa 6. Pastu semalam terus dah tak puasa. Sebab beraya kat klinik gigi. Cabut sebatang geraham.


Dah la masa bius dah memang sakit. Dekat 10 tempat kena bius. Ingatkan sakit bius je lah.. worth it la nak tahan sikit supaya masa cabut gigi nanti tak sakit kan.. dalam mimpi!!! Sakit gile nak mamp tau tak rasa cabut gigi nih! Aku terkemut-kemut terkedut-kedut menahan atas kerusi tu. Sampai tutup-tutup mata. macam nak beranak pulak rasanya.. ehahaha~~over noks!


Tapi serius sakit. Misi kat sebelah dok suruh lembut lembut lembut.. ntah apa yang dia suruh lembut gak nye tah.. Setelah beberapa kali cubaan mengumpil gigi aku akhirnya berjaya. Pergh!!! gile!!! Darah banyak gile, dia tak bagi komor. Terus sumbat kain kapas. Dengan lidah, bibir, pipi gusi semua kebas.. meleleh-leleh darah tak dapat dikawal. Huduh nau muka aku pagi tu. (Beg pon dah kena darah sob sob~~)


Balik rumah dah rasa sakit. Duduk sakit, baring sakit.. muka kebas separuh, sampai nak cakap pon susak, tapi sakit gak tang tu. Telan 2 biji painkiller misi bagi tadi, terus tido sampai tengah hari. Off day aku satu hari. MC ye boss~~~


Petang dah start denyut-denyut balik. Malam tu tidur awal. Pagi ni terlajak tidur. Masuk opis. Tapi mulut masih sakit. Merata-rata dalam mulut sakitnya. Rasanya area yang kena cucuk bius tu yang sakit. Langit-langit, lidah, gusi atas bawah, dalam pipi.. uiii merata lah pendek kata!


Jadi harini pon aku tak puasa lagi. Hmmm... bila boleh mula balik tah. harapnye esok aku boleh puasa. Kononnya haritu nak puasa straight senin sampai sabtu, ahad dah raye. Kih kih kih! Gelakkan diri sendiri.


Monday, August 27, 2012

Sakit gigi

Dah lama aku menderita dengan sakit gigi. Ada orang gelakkan aku sakit gigi. Sakit gigi pon nak mengadu ke? Lain lah patah kaki ke kan...Eh, jangan kata sakit gigi ni perkara enteng. Aku menderita sampai demam, sakit kepala, sakit telinga, sakit-sakit badan. Tak caye? Try la sakit gigi geraham, cer tengok apa perasaannya. Tak produktif wa cakap luu ooo!


Sebenarnya start sakit gigi sejak bulan puasa haritu. Tapi bulan puasa kan, makan tak banyak mana (tak puasa pon makan tak banyak), pastu dok amik pain killer je. kejap hilang lah sakit tu, bila datang makan pain killer lagi (makan malam ye, bulan pose). Pastu tiba nak dekat hari raya... amik, air semua manis-manis belaka, tart pon manis (mana ada tart masin), kek lapis, kek buah, dan segala tok nenek kueh yang tak ada yang rasa selain dari manis. Maka naik syeikh lah sakit gigi ku ini...




Malam 1 syawal, aku kat rumah mertua, tak tido semalaman. Berdenyut-denyut-denyut rasanya. Nak nangis pon ada, tapi tahannnnnn je... Sakit woooo~~~ pain killer tak bawak. Esoknye rasa sebelah pipi macam bengkak, kebas semacam je. Ye lah, sepanjang malam dok tekan kat situ.


Sakit gigi ni, macam aku cakap, bawak ke kepala, telinga, tengkuk semua. Serious tak tahan. Kali ni dah tak makan saman dah, amik pain killer pon lambat nau efek nye. Dah berdenyut-denyut sepanjang malam baru nk kurang sikit. Dah tangkap kepala, punyalah sakit sebelah kepala. Rasa mencucuk-cucuk. Tengkuk keras je, telinga pon perit. 3 malam sakit, dapat lah semalam elok. Kang nanti dia ulang la balik, sakit balik 3 malam, elok semalaman.. adoiyai!


Ni patutnya, dah habis puasa, dah raya, nak pergi beraya kat Doktor Anthony la pulak nih. Nak bagi duit raya dengan gigi kat doktor tu pulak. Nasib le.. time dah sakit sangat ni, memang tak ingat apa, nak settle cepat je. Cabut, habis cerita. Kalau doktor kata simen pon aku taknak simen. Dulu dah simen, still sakit gak. Cabut je biar takde terus. Confirm tak sakit lagi.


adusss... cepatlah berakhir penderitaan ku ini....




Anak-anak, jaga gigi baik-baik ye.. aku selalu pesan kat anak aku gosok gigi sebelum tido, tapi aku sendiri sebelum tido minum kopi. Jangan amalkan. Minum kopi boleh, tapi kena gosok gigi gak lepas tu. Kalau tak, gini lah natijahnya. Padan muka aku. Wuuuuuu~~~

Friday, August 17, 2012

Hidangan wajib 1 syawal

Disebabkan dikala aku menaip entry ini hari raya dijangka bakal tiba lagi dua hari, jadi aku dah membayangkan hidangan 1 syawal. Apa hidangan 1 syawal anda?


Hidangan wajib 1 syawal sebenarnya dipengaruhi oleh negeri tanah air anda. Kalau orang Negri Sembilan, hidangan wajib dah tentulah lemang dan rendang. Selain itu, dodol dan wajik itu harusss sebagai pelengkap.

Bagi orang melaka, dodol memang sinonim. Dulu aku pernah terima ole-ole dari sahabat dari terengganu selepas kembali cuti hari raya sebekas dodol comel-comel dalam anyaman daun. Kecil dan sedap. Sekali ngap je.

Kalau famili aku, hidangan wajib adalah ketupat (ori okeh! anyam sendiri. Apa barang rebus ketupat instant~~), masalode, rendang dan ayam merah. Jika diambil kira asal usul mak aku, dia orang Negeri Sembilan. Logiknya hidangan adalah lemang dan rendang kan.. tapi abah aku orang Batu Pahat. Well, that's explain everything =) Kami banyak ikut menu ke johor.

Kalau pulang ke Batu Pahat setiap tahun pon sangat la klasik johorean nyaaa la hidangan. I loike~! Dengan sambal goreng (orang johor tahu lah apa itu sambal goreng), masalode, serunding kelapa, ayam merah.. perghh... meleleh!!! yang best lagi tu, kadang-kadang siap ada nasi briyani! yummm~!!

Hmmm tapi tahun ni tak merasa lah semua tu... sebab tahun ni beraya di rumah mertua, di Palong, Negri Sembilan. Jadi... lupakan nasi briyani, Masalode, ketupat, ayam merah, sambal goreng, serunding dan lain-lain, dan silalah bukakan selera untuk lemang dan rendang. Rendang aku ok je. Tapi lemang la, aku kurengg sikit. Kalau makan pon x boleh banyak. Tapi no hal laaa.. bukan sampai tak boleh masuk langsung, cuma bukan favourite food saje.


Yang penting, walau apa pon yang anda makan sepanjang musim raya ini, berpada-pada la ye.. jangan ada yang turung 3kg masa ramadhan, masuk syawal terus naik 5kg! Tak pon terus ke hospital atas sebab-sebab kesihatan. Darah tinggi lah, gout la, jantung la, semput la.. haaa. terasa le tewww!! Makan agak-agak ye.

Ingat, punca asal penyakit semua dari perut. Eh, jangan salahkan perut, tapi salahkan pemilik perut tu yang tak jaga pemakanan dan tak berfikir mentekedarah. hahaha~~~


daa~~~




~ selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin~



Saturday, August 11, 2012

Raya?

Raya? apa makna raya? Apa yang nk dirayakan? Bagaimana nak merayakannya?

Sapa yang mulakan kalau nak raya je kena beli baju baru, beg baru, kasut baru, segala tok nenek baru?

Sapa pulak yang ajar kalau nak raya kena bakar mercun?

Sapa yang kenakan syarat raya tu kena bagi duit raya?

Persediaan raya? Apa persediaan raya? Persediaan nak ramadhan aku tahu le.. tapi nak menyambut raya ni... ntah la. Ada orang tu preparation untuk raya start dari awal tahun lagi. AWAL TAHUN lagi nokkk~~ dah siap-siap bajet raya. Adoi....


.....................





mood raya aku tak mari... acaner?



p/s- boleh tak jangan ajar anak datang rumah orang mintak duit raya? Kecik-kecik dah mata duitan. Tak sempat keluar pagar sampul duit raya dah disiatnye. Buang kat halaman kita plak tu. Dari ikhlas nak bagi jadi tercarut plak kat anak orang. Chait!




Tuesday, August 7, 2012

Cerita hantu di asramaku (episod 2)



Sambungan dari cerita hantu haritu....



Radio bertukar lagu dan puteri-puteri kayangan muncul menari di tengah bilik



Baca part 1 di sini (http://ceriterajuwita.blogspot.com/2012/07/cerita-hantu-di-asrama-ku.html)




.................




Dalam satu bilik yang di huni 4 pelajar kelas kuning, mereka sedang bergelak ketawa bercerita tentang persembahan tadi. Sambil itu, radio dibuka agak kuat. Seorang pelajar sedang mendengar walkman. Malas nak campur gosip 3 budak lain tu.



Dalam tengah rancak mereka bergelak ketawa, tiba-tiba.....



radio yang mereka mainkan terpadam. Serentak dengan itu pelajar yang mendengar walkman tiba-tiba menjerit ketakutan seraya mencampak walkmannya ke lantai. Rakan-rakan yang lain terperanjat.


" kau dah kenapa Wani?"


"Aku dengar lagu ulek mayang doh... aku dengar backstreet boy neh!!"


" kau biar benar?????"



Belum sempat Wani menjawab, radio yang terpadam tiba-tiba itu berbunyi kembali. Lagu Ulek Mayang... Masing-masing berpandangan sesama mereka.. Seram sejuk dibuatnya. Bunyi lagu ulek mayang semakin kuat, Wani mencuba untuk off radio tapi gagal. Wayar radio disentap kuat dari plug. Lagu tetap bergumandang. Sorang pon tak berkata-kata.



Dalam kesamaran lampu koridor luar, sedikit demi sedikit pandangan mereka tertumpu di tengah bilik. Kelihatan wanita berpakaian kostum tarian sedang menarik asyik. seorang demi seorang muncul dan menari serentak. Pelajar berempat itu terkesima. Pucat betul muka masing-masing. Nak bergerak pon dah tak mampu.



Wani, dengan sedikit kekuatan yang ada, menggenggam kuat radio di tangannya, dan dengan sepenuh tenaga mencampak radio itu ke tengah bilik. Pangggggggg!!!!!!!!!



Berderai radio. Serentak dengan itu, lagu ulek mayang terhenti dan puteri-puteri yang menari hilang dari pandangan. Dalam masa yang sama juga, seorang pelajar mula menangis dan meracau-racau ketakutan. Kekalutan itu didengari oleh bilik-bilik bersebelahan. Habis satu blok warga asrama panik dibuatnya. Pintu bilik mereka diketuk kuat dari luar

"Wani.. wani!!! Echa!! Jinaa!!! awatnyee???"



Wani buka pintu dengan panik. Nampak sahaja muka akak BWP yang ketuk pintu, terus diluah segala-galanya.


"hantu kak... hantu!!!! radio bunyik sendiri, saya dah cabut wayar pon dia bunyi. Pastu ada orang menari tengah bilik kak..!!"


BWP itu sedikit kaget. " eh betul ke apa yang kami nampak ni? jangan mimpi tak?"


"tak kak.. sumpah!!! kami berempat semua nampak!!"
jawab kawan Wani pula.



Nasib baik lah akak BWP itu agak berpengalaman dengan kes-kes begini, jadi terus diajukan masalah kepada warden yang juga merupakan ustazah di sekolah ini. Ustazah bergegas tiba di bilik kejadian dan terus menenangkan mereka semua.



Empat pelajar tadi diminta tidur di bilik warden, manakala yang lain diminta untuk mengambil air sembahyang, solat sunat, dan membaca pendinding. Malam itu tak siapa dapat tidur lena dengan mengabaikan kisah yang baru berlaku itu. Malah selepas seminggu, kejadian itu masih menjadi buah mulut warga MRSMXX... sehinggalah kejadian yang lebih besar berlaku selepas itu.



Begitulah kisahnya. Aku masih ingat peristiwa ini sehingga kini.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails