salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, July 31, 2012

Cerita Hantu di asrama ku

Ada beberapa sebab mengapa tak ada ribut tak ada taufan tiba-tiba aku menulis tentang cerita hantu. Lain benar dari corak menulisan aku yang terdahulu, lebih bersifat peribadi, dan tersendiri (cheh.. perasan ya amat). Hakikatnya adalah:

1. Sebenarnya aku masih tak ada topik nak cerita.

2. Sebenarnya haritu aku dah bagitahu yang aku ada bercuti ke Lost World of Tambun. Malangnya sekeping gambar pon tak ada dalam simpanan aku. Tak best la gebang-gebang tanpa bukti kejadian kan...

3. Sebenarnya aku tak suka blog aku sunyi...

4. Sebenarnya aku masih nak menulis post walaupon tiada modal.


Lantaran itu, tajuk cerita hantu aku hari ini adalah..... cerita hantu di asrama aku dulu. 
Bila? masa aku form 1 sampai form 3 (1997 - 1999).
Kat mana? cukuplah jika aku cakap kat Negeri Sembilan.
Sekolah apa? ehem.. MRSM lower form. MRSM apa tu pandai-pandai la pikir.. masa tu MRSM kat N9 tak banyak mana...MRSM yang ada lower form saje plak tu.. alahai.. boleh google cuba jaya.


Ada beberapa kisah. Semuanya berlaku selepas light off (hantu pon tau nak keluar lepas light off kan). Light off antara pukul 11 ke 11.30 malam


Kisah 1: 
Siapakah yang dia nampak malam itu?

Dah menjadi lumrah budak asrama, lepas light off lah baru nak studi lah, gosok gigi lah, kencing la, makan burger lah... Kawan aku ni, (kita namakan dia S), boleh pulak nak makan burger, tapi dia taknak makan timun dalam burger tu. Jadi, dengan selambanya dia keluar bilik lepas light off untuk membuang timun dalam burger ke tong sampah hujung blok.

Ok je dia buang timun kat tong sampah. Lepas tu nampak plak member sorang lagi tengah buat inspection. member tu Badan Wakil Pelajar (BWP) jadi memang kerja dia lah round-round asrama lepas light off. S pon panggil la member tu (kita manakan dia M)

"wei M! amboi sombong kau ye, menonong je jalan. tau la tengah on duty!!"

M terus je jalan macam tak dengar je S panggil. S panggil lagi....

"M!!! M!!! M!!!"

Setelah 3 kali panggilan tak berjawab barulah S tau nak diam. Tapi dia tengok je M jalan membelakangi dia ke arah blok bertentangan... ape jadah la M ni.. memalam nak buat lawak...

Tapi dengan tak disangka-sangka, M yang dalam keadaaan yang masih berjalan arah bertentangan S itu memalingkan kepalanya 180 darjah ke belakang memandang S lalu tersenyum lebar. Sumpah!! cuak S dan dia terus berlalu masuk ke dalam bilik. Dalam hati dok pikir2 lagi tu, M ke bukan M ke bukan..

Esoknya, sebelum roll call S dah datang jumpa M.

"wei M, malam tadi ko tak nampak aku ke?"

" Nampak kau? kat mana? Bila" tanya M kembali

" Ya Allah, aku panggil kau la malam tadi, lepas light off, aku kat tepi tong sampah.. Ko kat tengah tu, antara blok kita dgn blok sebelah...!" terjah S lagi

"Gile ape. Ko salah orang ni... Sebab malam tadi aku tidur awal. Malam tadi bukan aku yang bertugas la gile" jawab M selamba badak

" Ko jangan main-main.. memang aku nampak kau la.. sbb ko pandang aku masa tu. Ko keluar amik air tak?" S tak puas hati

" Kalau aku amik air, mestila aku ingat. Takkan aku amik air dalam tidur? Memang aku tidur awal, tak caye tanya room mate aku laaa!" M makin membentak. Bosan tol la member tak caye cakap orang ni...

" Adoi.. kau ni biar betul... aku confirm kau sebab kat asrama ni, kau sorang je yang rambut panjang macam tu. Rambut sampai bontot. Orang lain mana der rambut panjang macam tu! Ko sorang je tau tak!!" S dah macam cuak-cuak sambil tingi-tinggikan suara. Takot le tewwww~~ hahaahahaha

" Ko ni.. biar betul...ko pasti ke tu aku? sebab aku memang tak keluar bilik langsung malam tadi....." M pon muka dah macam risau... cuak..

lama S terdiam..... pastu dia jawab perlahan... "...... entahla......bila pikir balik, memang seram la cara kau senyum malam tadi.. dah la pusing kepala pandang aku tapi tak pusing badan......"

M pon muka dah lain macam. S apatah lagi, memang pusat lesi muka dia...

Apa tah agaknye yang S nampak sebenarnya?



Kisah 2: 
Radio bertukar lagu dan puteri-puteri kayangan muncul menari di tengah bilik

Kisah berlaku selepas malam bahasa. Tema persembahan kali itu adalah lagenda. Kelas Kuning membuat perembahan lagenda puteri 7......

Dari awal lagi, ramai yang tak sedap hati bila tahu ada kelas yang akan mempersembahkan lagenda puteri 7. Semua warga MRSM ini sedia tahu keadaan dan situasi asrama puteri yang angker. Namun kelas kuning tetap membuat persembahan puteri 7, dan lebih memeranjatkan lagi, mereka menggunakan tape lagu asli/ asal mantra ulek mayang. Kerja gila!

Tapi alasan budak kelas kuning ada bernasnya.. Buat apa nak takut, takut pada Allah saje la.. lagu pon nak takut ke? Kalau iman kuat, ilmu agama tinggi, rendah diri, mungkin tak gentar. Tapi budak-budak tu semua cukup kah pegangan di dada? atau hanya cakap besar sahaja? baik-baik, orang cakap besar ni memang syaitan suka!

Masa persembahan mereka sedang berlangsung, suasana sangat sunyi. Dengan angin yang sangat dingin menerpa semua yang ada di situ. Tak sempat lagu ulek mayang habis diputarkan, cikgu selaku juri mengarahkan persembahan dicepatkan atau ditamatkan terus sebab masa dah mencukupi. Lagu dan tarian ulek mayang berhenti sebelum sempat habis. Ada lagi 2 rangkap kalau tak silap. Mereka terus ke babak terakhir dalam persembahan mereka.

Persembahan tamat jam 11 malam. Memang lewat sebab kebanyakan kelas membuat persembahan melebihi masa diperuntukan. Jadi, sampai asrama memang dah light off. Tapi dah kata baru balik dari show, excited tadi tak hilang lagi, manalah ada budak form 2 yang tidur masa tu. Semua nak pakat sambung cerita kat dalam bilik. Paling-paling dengar walkman dulu sampai mengantuk.

Dalam satu bilik yang di huni 4 pelajar kelas kuning, mereka sedang bergelak ketawa bercerita tentang persembahan tadi. Sambil itu, radio dibuka agak kuat. Seorang pelajar sedang mendengar walkman. Malas nak campur gosip 3 budak lain tu.

Dalam tengah rancak mereka bergelak ketawa, tiba-tiba.....


bersambung.......


(hahaha best tak bersambung? macam ruangan cerpen kat surat khabar kan? bersambung esok deh... letih la menaip)

2 comments:

Owly said...

Kelas Kuning dekat Klawang? Hmm =='
Btw, tak pernah la pulok dengar cite
macam tuhh tapi pernah terjadi la,
dekat Aspuri blok baru, tengah syok
- syok berlatih tarian Melayu kann
dekat Blok D, tetibe Mp3 tukar lagu
Cindai. Haa memang lari semua orang.

Firefox firdaus said...

seramnya. takut nak pergi bilik air dah.. huhu

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails