salute to the nature

salute to the nature

Monday, June 18, 2012

Hapuslah air matamu... Aku down dan aku bangkit kembali

Setiap orang mesti ada satu masa dalam hidup di mana dia merasakan sangat-sangat-sangat down dan down dan down. Kadang kala kita rasa seperti dah berusaha yang terbaik, namun tetap tidak mencapai apa yang dikehendaki. Kadang kala kita dah berusaha bersungguh-sungguh mengelak kecelakaan dan penyakit, namun ia tetap datang menduga.

Adakah ini dugaan? atau hukuman? atau hanya salah satu rencah kehidupan? Hidup tak selalunya indah, matahari tak sentiasa bersinar, kadang kala hujan ribut pasti menyapa. Betullah tu, orang kata lepas ribut taufan pasti akan muncul pelangi. Tapi sementara nak habis taufan dan menunggu pelangi muncul tu, silap-silap kita dah lemas dalam tsunami, atau hilang diterbangkan ribut. *sigh*

Dugaan paling berat yang aku tempuhi sepanjang aku dalam arena kucing parsi ni. 1 langkah yang aku rasa kurang bijak dan buat aku menyesal sehingga kini.

Am i not suppose to bring him out that day? Am i doing the wrong thing that day? i just bring him out ONCE. SEKALI SAHAJA sepanjang berapa bulan ini. Dan bukan pergi bersiar-siar ke apa, tapi ke vet. Natijahnya???

Buat pertama kali aku rasa sangat down sepanjang aku memelihara kucing ni. Menangis-nangis memaksa Astro makan ubat. Letih, exhausted, tired, physically and mentally.

ElNino menang dapat nombor 2 masa cat show KKM semalam, kategori housecat longhair Junior. Tapi apa yang aku rasa? nothing. Dapat lah aku senyum sikit. Tapi langsung tak mengubat gundah gulana dalam hati ku ini.

Aku ni, bila orang down aku pandai lah bagi caramah. Bila orang mengadu itu ini (eh, aku rupanya tempat luah perasaan) well, maybe becoz i am a good listener. Bukan masuk bakul angkat sendiri tau, tapi memang aku suka mendengar, daripada memberi nasihat.

Well, most of the time, orang bukan nak dengar nasihat, ceramah, kata bertubi-tubi semua kan... Silap-silap jadi makin sakit hati pulak jiwa yang sedang parah tu sebab kena kondem plak lagi. Orang yang kecewa, down, mengadu tu sebenarnya hanya nak tempat untuk meluahkan aje. Bila dapat luah semua masalah tu, rasa kurang sikit beban kat kepala tu. Nangis lah sepuasnya, lepas tu mesti lega sikit. Baru nampak jalan sikit.

Apa lah salahnya jadi tempat mengadu kan? Orang tu pon tau kita bukan pakar motivasi pon. Dia nak teman ketika down, teman yang boleh mendengar keluhan dan luahan, itu aje.

Aku ni.... memang senang hati nak dengar macam-macam luahan orang. Tapi bila aku yang down, aku tak tahu nak luah kan kat sapa. Sudahnya nangis sorang-sorang je lah atas tikar sejadah. Pastu aku mengadu kat kucing aku...


Oh.. kucing memang sangat pendengar yang setia. Dia akan dengar dan dengar je dengan taat.


Tapi bila kucing aku sakit???? sapa lagi aku nak mengadu?


Nasib baiklah kawan-kawan seperjuangan (chewah, seperjuangan tu) aku sangat baik dan prihatin. Ye lah, orang kata, hanya orang yang dalam kapal yang sama je yang memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal tu. Orang tak pernah naik kapal takkan paham, apatah lagi nak beri nasihat berguna.


Dalam pada aku bersedih gundah gulana, risau ni... aku nampak juga hikmahnya. Rupanya aku dikelilingi oleh orang yang prihatin. Pencinta-pencinta kucing ni semua prihatin. Breeder-breeder parsi ni semua care each other, willing to help and support each other.


Seperti salah seorang breeder kucign parsi ni cakap (rasanya semua breeder pon cakap macam tu),

"breeding pedigree persians memang x selalu manis seperti yg disangka..its not about sugar n honey all the time..its about heartbreak n pain, about sacrifices and medical bills...yg penting buat yg terbaik semampu kita..the rest serah pdNYA.."




Owh... aku akan berusaha dengan penuh daya dan kudrat ku, takkan ku putus asa. Terima kasih kepada semua yang sentiasa berada di belakangku. Sentiasa menghalangku dari jatuh. Sentiasa meminpinku dari tersungkur.


Insyaallah, setiap usaha yang kuat dan berterusan pasti akan ada habuannya kelak. Insyaallah, yang pahit itu akan jadi manis bila tiba masanya nanti.


aminn~~~



get well soon Astro! May you be strong!! mummy love you soo much!!

Friday, June 8, 2012

baby sling

Sebelum aku nak buat entry harini tadi, aku tengok lah statistik nuffnang. Well.. aku suka nuffnang pon sebab dia ada statistik. senang nk tengok berapa orang masuk, ape benda yang diorang carik kat blog aku. So, entah kenapa, ramai pulak yang cari baby sling!


kekeke.. berzaman dah aku tak pakai baby sling dek non oi... anak dah 4 tahun, nak sling ape? Sling kan kucing boleh la.. tapi ade ke orang sling kucing? -__-


Bany sling ni bagi aku (bagi aku lah..) macam satu trend. Kalau kau tengok balik, berzaman dah sejak atok nenek dulu lagi depa dah sling baby guna kain batik lepas. Indon maid pon kalau kejenye jaga anak majikan memang serupa tu lah dia kendong anak majikan tu kehulu kehilir. Gaya tu lah yang ko panggil hulu sangat tu. Apa kelasss kan.. kendong anak...nak classy, mesti pakai stroller 3 tayar! hehehe


Tapi zaman dah berubah. Laa ni orang dok carik balik baby sling ni. Oh.. business man pon apa lagi, terus dapat idea nak buat baby sling color-color menarik, corak-corak menawan... nak tarik minat ibu-ibu muda ni pakai sling ciptaan mereka lah. Padahal bukan ciptaan mereka pon... diorang tiru idea lapok je, adjust tang corak dengan warna, ubah material.. dah jadi. NEW INVENTION! Katenye.......


Bukan nak kata tak bagus. Aku pon dulu pakai baby sling. Memang best. Senang nak bergerak, baby close to us, baby kurang ragam. x banyak benda kena pikir (ye lah, kalau bawak stroller nak kena pikir mana nak letak dalam kereta, kang masuk ada certain kedai dia x bagi bawak masuk stroller, pastu datang pulak mood budak tu xnak duduk diam dalam stroller, sudahnya berdukung jugak kan? stroller buat apa? letak barang-barang shopping -__-)


Baby sling ni memang bagus. Kalau kat ruma, pakai kain batik je buat sling. Lagi terbaek. Best je rasa, rasa secure gile kalau sling pakai kain batik tu. Kat market sekarang ni, banyak brand baby sling. Ada banyak design, banyak pattern, harga pon dari murah-murah sampailah semahal-mahalnya.


Tapi aku rasa, kalau atok nenek dululah yang dok suruh orang sekarang ni pakai baby sling, HAREMMM nak pakai kan? Tapi bila nampak Angelina Jolie pakai, Bratt Pitt pakai, Gwen steffani pakai... Owh... terus nak carik di pasaran!


Kikikiki~~ tak payah la nak cover line... aku dulu pon macam tu. Fefiling nak jadi hot momma, gorgeous mummy, vouge mom lah kan... beriya kau. (tapi jadilah jugak! heh)


Takde salahnya. Benda elok kan... pakai lah. Tapi kalau ibu-ibu yang tak selesa pakai baby sling, lebih prefer pakai stroller, pon xde salah nye. Yang dok kondem-kondem orang pakai stroller tu wat per? Semua benda kat dunia ni, ada pros dan cons. jadi tak perlu gaduh-gaduh key. Pilihan adalah di tangan masing-masing =)




ada beza? xde kan? kekekeke~~~

Wednesday, June 6, 2012

IKLAN "like-like" Tugasan berhabuan untuk anda semua

Sebenarnya, dah lama siap draft pasal Phuket Travel tu. Tapi gambar tak masuk-masuk. Semalam cadangnya nak masukkan gambar lah. Main pilih pilih camtu, amik kau, 63 keping. Upload detengah hari... tapi aku lupa publish masuk. Pastu terclose tab, terus hilang balik gambar tu. Meroyan aku jap. Terus shut down balik rumah. Fedup ai tau~~~ fedup!


Hari ni dah ok, tapi aku malas nak mengadap gambar semalam. Jadi aku nak update benda lite-lite je dulu (walaupon tak ada idea nak update apa)


OK. Ni aku ada kerja untuk korang. Bukan kerja amal tau. Ada habuannya.... hehehhehe. Senang je pon kaedahnya:








LANGKAH 1

Mula-mula aku nak minta pembaca sekalian masuk website ni http://cetakbaju.com/main.html Jika anda suka dengan website ni, atau mana-mana page atau informasi dalam website tu, sila-sila lah tekan butang "like" kat atas tepi kiri laman web tersebut.


LANGKAH 2

Kemudian, korang cuba pulak masuk facebook page ni https://www.facebook.com/CetakbajuMelaka. Haaa apa lagi, tekan lah "like"


LANGKAH 3

Lepas selesai meng-"like-like" ni, korang tulis sesuatu kat facebook page tu. Jangan lah tulis benda merepek... tulis ayat-ayat yang membina ke, ucapan ke, komen-komen relevan terhadap website dan perkhidmatan kami ke... Contohnya, "Thumb ups kepada cetakbaju.com kerana telah maju lagi setapak kehadapan! keep up the good work!" (ini contoh ye.. contoh... bukan masuk bakul sendiri angkat)




LANGKAH 4


Lepas anda komen, pihak cetakbaju.com akan reply komen anda dengan ayat ini, "Terima kasih atas sokongan anda. Anda layak untuk meyertai cabutan bertuah.". Bila anda dapat je reply macam tu, maknanya nama anda telah tersenarai untuk cabutan bertuah ujung bulan nanti.




LANGKAH 5


Tunggu hingga hujung bulan June. Satu cabutan bertuah akan di adakan untuk pelanggan yang menyertai "like-like" ini. 5 nama bertuah akan memenangi saguhati dari cetakbaju.com!!!


Hadiah-hadiah yang menjadi rebutan adalah:

10 keping button badge high quality HD laminated design k-pop exclusive
10 keping button badge high quality HD laminated custom design (design anda sendiri)
15 keping button badge normal quality custom design (design anda sendiri)
Voucher RM50 yang boleh ditebus di cetakbaju.com (untuk tempahan t-shirt minimum 30 helai)
Voucher 50% diskaun ebook cetak t-shirt 5M (harga ebook tersebut adalah RM225)






Macam mana pihak cetakbaju.com akan tahu jika anda betul-betul like website dan page mereka? Senang je, jika anda like, website cetakbaju.com akan terpapar di wall anda. Dan mereka pon akan dapat notification jika ada orang like page mereka!


So, korang tak payah susah-susah nak print screen lah, edit la, buat entry la, tag 10 orang la... tak payah semua tu. Just masuk, "like-like-like" je. Lepas tu komen kat page. Kemudian tunggu. Hujung bulan dapat hadiah! hahahahaha senang gile kan??


Hah. Apa lagi? cepat la buat tugasan ni~~ untung-untung dapat sikit habuan dari cetakbaju.com. hehehe~~





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails