salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, May 8, 2012

kembali menulis

Punyalah lama x update blog, tau-tau nak update harini dah berwajah lain. Haish.. terkapai-kapai aku kelemasan.


Anyway, patutnya aku blog pasal phuket. Tapi sampai ke sudah x mula pon. Lepas tu, banyak benda terjadi dalam bulan 3, 4, 5 ni... ada lah sikit masuk cat show la, macam-macam. Sudahnya terlupa nak berblogging.


Sekarang ni aku sibuk sangat dengan bisness keluarga dan kucing-kucing aku. Kucing ni bukan macam bela ayam tau. Ayam tak pe lagi. Boleh tabur je makanan pastu tinggal. Jaga jangan kena makan musang je. Kucing ni, nak kena belai lah, sikat bulu lah, mandikan lah, bersihkan lah, suap makan lah...pendek kata macam jaga anak sendiri lah jugak. Jadi kalau campur anak dara Juwita aku tu, pastu 2 kucing himmies, kucing-kucing domestik lagi... ada 8 orang anak aku kat rumah tu. Haa.. banyak tak banyak?? Tu pasal lah letih je manjang... tak de masa je jawapannya. hihihi~~


Oh ya. Bisnes keluarga. Setelah 6 tahun guna layout website yang sama, akhirnya cetakbaju.com melangkah setapak lagi. Website pon dah kebaboom!! hahaha!! Rancangannya, bulan 6 ni bukak cawangan baru kat Melaka. Hish.. takut tu memang lah ada... risau pon ada... macam-macam perasaan boleh ada. Dah la kena tinggal berjauhan dengan suami terchenta dalam 3 ke 4 bulan awal nanti. Suami jaga Shah Alam, aku kena jaga Melaka.. Adoi.... Juwita belah 2. hihihi~~


So sekarang ni borak kosong je lah. Tak tau nak blog apa. Phuket dah xde mood. Basi. Pasal cat show? Ada ke orang nak baca atau berminat dengan cat show ni? ke nak blog pasal renang? aku pon dah lama x masuk dalam air klorin tu. Last time ada discover scuba pon aku tak attend T__T... serius aku mati kutu. Banyak benda berlaku tapi tak tahu apa nak dicerita.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails