salute to the nature

salute to the nature

Monday, February 13, 2012

Insomnia or nocturnal?

Ok, another sleepless night. Bila tak boleh tidur apa aku buat?


1. Mandi
2. Cuci muka
3. Pakai toner, moisturizer, serum
4. Sapu losyen kat badan
5. Adjust aircond
6. Online


I think i have insomnia. Or maybe i becoming nocturnal? Oh tidak.... Terlalu lama layankan kucing sampaikan aku sedikit demi sedikit mengadaptasi kehidupan mereka.


Di kesempatan ini, aku isi masa dengan meluahkan apa yang terbuku di minda. Maaf jika tiada gambar kerana aku masih x tau macam mana nak masukkan gambar ke blog jika menulis blog melalui ipad.


SATU
Aku masih marah pada kuarantin station. Sampai sekarang, tiap kali aku treat unona, aku pasti kesal dengan mereka. Tapi pada masa yang sama aku sentiasa kesal dengan diri sendiri kerana tidak menyedari perkara ini dari awal.


DUA
Aku tersangatlah sibuk dengan perihal anak bulusku dan hal pejabat belakangan ini sampaikan tiada masa nak blogkan apa-apa. Agak kesal di situ kerana banyak juga perkara menarik berlaku belakangan ini.


TIGA
Bagi yang masih belum tahu, aku ada sepasang anak bulus baru yang datang dari jauh... Latvia. Tau Latvia kat mana? Dekat dengan Rusia sana... Jauh kan? Ye, memang jauh. Tapi x ada masa lagi nak cerita pasal hal ini. Mungkin aku x akan cerita kot, melainkan jika ada yang bertanya kemudian (kalau lah ada.... Aku x rasa ada yg interested pon nk tau)


EMPAT
Secara rasminya, nama cattery aku sudahpon berdaftar dibawah CFA dan TICA dengan nama LAZZULIBLEU. Oh ya, 2 anak bulus rusia ku itu tak lama lagi akan ber-surfix-kan nama cattery aku lah. Yes! Ini adalah sangat big deal bagi aku. Now, aku tengah belajar cara-cara grooming kucing untuk ke show. Next target, nak masuk cat show untuk pedigree cat. Wow.... Menaipnya pon aku dah rasa gerun. Kerana tak cukup ilmu lagi, memang rasa sangat takut dengan misi sendiri.


LIMA
Sedar tak sedar, dah 5 point aku berkisar tentang anak bulus semata.....


ENAM
23 hb ni aku nak menunaikan umrah. Wow.... Berdebar juga ni. Bersediakah aku dari segi amalan dan ilmu? Ilmu tu insyaallah teorinya memang boleh dapat A lah jika masuk exam. Tapi amalan amalinya tuuuuuu..... Masyaallah, itu lah yang banyak kelemahannya tu. Jujur, aku takut nak mengadap ilahi dengan dosa2 yang penuh dimukaku ini.... Semoga dengan umrahku ini, menjadikanku insan yang lebih baik dan berguna


TUJUH
Sudah lama tak berenang. Last time aku berenang, aku hampir lemas. Lepas tu aku demam, batuk-batuk, selesema, sampai hilang suara. Terus berehat berenang sampailah ke hari ini. Orang lain lemas sebab tak tau berenang. Aku tau berenang pon lemas. Apadaa...


LAPAN
Ini sangat penting. I think i gain 3kg! Woah!!! Very very very big deal huh! Serius x tipu. I am not gonna lie, my fav levi's jean straight cut saiz 24 dah x boleh masuk. Sangkut tang peha. Bukan takat xleh zip tau! Sampai peha pon x leh muat dah ni! Lagi, my P&co jean pon sama. Sendat bukan main lagi. Walhal sebelum ni jeans tu loose gile lah. Paling menyayat hati, jeans yang aku x pernah pakai sebelum ni sebab terlalu longgar, aku pakai dengan muatnya sekarang! Nak salahkan sapa, aku yang makan, aku yang x senaman, aku yang x swim, aku jugak yang tak workout langsung. Dah kembang macam ni baru panik. Oh... Baru ingat. Baju kebaya nyonya raya 2 tahun lepas pon aku dah x boleh butang. Sangat menyedihkan lagi sadis.


SEMBILAN
Ini resolusi baru. Nak get back my previous shape in 2 month. If i can do it before, sure i can do it again now!


SEPULUH
Aku bercadang nak release semua kucing mix dan non-pedigree aku kat rumah ni (kecuali Lulu). Lepas ni nak consentrate pada pedigree cat sahaja. Lulu pon, walaupon aku takkan release dia, aku akan retired kan dia dari kerja mem-breeding ni. Dia akan di spay. I did not support unresponsible breeding program. I will never breed a 'mix-breed' cat. Not anymore.

Jadi sesiapa yang bercadang nak bela kucing campuran/mix, boleh la riki-riki aku berkenaan harga dan detail kitten tu semua ya. Actually tinggal 2 ekor je lagi yang tinggal. Siapa cepat dia dapat.



Dah habis 10 point aku. Masih x datang ngantuknya ni.... Korang mesti ngantok baca 10 point aku ni kan? Ahahahaha.....





Nasib baik permohonan aku amik off day esok diluluskan bos.

2 comments:

PenaTintaPemikir said...

salam..
hai kak,.. sy dah bace banyak entry akak ni..
mule2 masuk sbb cari himalayan then jmpe blog akak..
ade jual himalayan kitten tak or boleh booking tak? sy teringin nak memiliki himalayan pulak after i alread have persian and siames.. :)

hida said...

salam, buat masa ni belum ada yg available lagi. kalau ada sy akan publish di fb. boleh tgk kat fb saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails