Berfikir sejenak

As i write this, there are 1286 neglected kitties and 1536 homeless doggies advertised in petfinder.my looking for a petlover and loving family to help them.


Orang lain suka buat Rabu Tanpa Kata kan?


Tapi bagi aku, Rabu adalah hari terbaik untuk berfikir dan membuat keputusan. Sebab tu company aku kerja dulu, meeting hari Rabu. Sebab apa? Sebab Isnin masih lemau, Selasa baru nak catch up kaki sendiri... Rabu korang dah ready. Jadi kenapa perlukah Rabu tanpa kata sedangkan Rabu adalah hari paling efektif untuk bekerja?


Habis bab Rabu, mari kita berfikir sejenak...........................


1. Sebelum anda mengambil keputusan untuk MEMELIHARA haiwan peliharaan, fikir dahulu, adakah anda mampu dari segi kewangan, masa, dan komitmen?


2. Sebelum anda mengambil keputusan untuk MEMPUNYAI haiwan kesayangan, fikir dahulu, apakah keperluannya haiwan kesayangan itu? Adakah untuk dipeluk dan dimanja, atau sebagai baka untuk dijual anaknya?


3. Sebelum anda mengambil keputusan untuk MEMBELI haiwan peliharaan, fikir dahulu, dari manakah haiwan itu datang? Siapakah pemilik asal haiwan itu? siapakah ibu dan bapa haiwan itu? wajarkah anda membeli haiwan tanpa mengetahui latar belakang haiwan tersebut? Tahukah anda apa itu FIP, FIV, dan penyakit-penyakit yang merbahaya yang sewaktu dengannya?


4. Sebelum anda mengambil keputusan untuk MEMBIAKKAN kucing anda, fikir dahulu, apakah keperluannya untuk anda membiakkan mereka? Mampukah anda menjaga mereka yang akan berkembang populasi 2 kali ganda? Jika tak mampu, mengapakah anda melakukannya?


5. Sebelum anda mengambil keputusan untuk MENJUAL/ let go kucing anda, fikir dahulu, adakah bakal pemilik baru benar-benar akan menyayangi dan menjaga haiwan itu seperti anda? Adakah wajar untuk anda sekadar melepaskan masalah pada orang lain, manakala anda menarik nafas lega kerana berjaya mengurangkan beban isi rumah?


6. Sebelum anda kata anda adalah PETLOVER, lihat lah dahulu sekeliling anda, pandanglah di luar jendela anda. Berapa banyakkah kucing dan anjing terbiar di kawasan anda. Apakah tanggungjawab dan tindakan anda terhadap itu?


7. Jika anda kata anda petlover, mengapakah anda masih membiakkan kucing anda tanpa kawalan? Jika anda kata anda petlover, mengapakah anda tidak mengambil tindakan mengawal populasi mereka?


8. Jika anda petlover, mengapa tidak anda adopt kucing terbiar yang dibuang manusia jahat di luar sana? di SPCA ada beratus ekor kucing yang sedang menanti belas ikhsan. Di majlis bandaran ada beratus ekor kucing yang menanti masa untuk dimatikan.. Jika anda adalah petlover, mengapakah anda masih membiakkan kucing campuran dan menyokong backyard breeder?



Kadangkala, bila difikirkan perkara ini dadaku terasa sangat senak dan sesak. Sesungguhnya memang amat sukar sekali untuk kita mengubah pandangan dan pemikiran orang lain. Memang aku tak mampu untuk menyedarkan semua orang, tapi aku mampu untuk bertindak sendiri, dan aku berharap satu hari nanti ada insan lain yang akan melihat tindakan aku dan memahami apa yang ingin aku sampaikan, dan kemudian, semoga mereka melakukan yang serupa juga.


"you must be the change you wish to see in the world"-Gandhi




*****lantaran dari wish list aku tahun ini: to give help to a stray cat as much as i can.

*****Aku nak tambah : to give awareness to people towards this matter as much as i could.



Amin.... Ya Allah, please give me strength and please give me calmness. And Allah, tolonglah bukakan hati mereka untuk melihat, hakikat yang sebenarnya.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

masak-masak hari ahad: lasagna & apple caramel tartlet with mascapone cheese

Ketam mengajar anak berjalan