Seri pacific Hotel, dan tips untuk memilih hotel yang baik serta value for money


Aku tengah rajin (atau tak ada kerja?) jadi aku update blog setiap hari.


Check-in Isnin, check-out selasa. Kerlass kau jahh! A day off at Seri Pacific Hotel, at Putra WTC, KL. Pon jadi!!


Dari pelan asal nak ke pahang, x jadi, riki Cameron Highland lah, Bukit Tinggi lah, Janda Baik lah... last-last KL je pon yang menjadik nya. Cukup lah tu, nak puaskan hati tuan puteri lindungan bulan tu... dah janji kan dengan dia, nak cuti ke hotel. Kiranya bayar janji lah ni.


Berikut adalah review yang dapat aku beri kepada hotel ini:


1. Sangat puas hati dengan breakfast spread. Juwita puas hati, kami semua puas hati. Breakfast dia best. Banyak variety. Dari local, ada chinese (dim sum, congee, wonton, pau & bun), malay (nasi lemak, dan beberapa yang lain. Aku x check section nih), indian (roti canai, tosai dan beberapa authentik indian cousine), ada continental, ada japanese, ada pilihan timur tengah, ada american b'fast, ada english b'fast. Puas hati lah! Rasanya kalau stay sini 4 ke 5 hari baru habis rasa semua. Ahahaha~~


2. Bilik pon best. Aircond dia centralize tapi kita boleh adjust. Sedang elok je suhunya, tak terlalu sejuk. Nyaman. View pon lawa, nampak KL tower. TV plasma dengan siaran Vision 4 dan Astro terpilih.


3. Coffee & tea set ada, iron & ironing board ada, hair dryer pon ada. Toiletries semua lengkap. So, semua ok kat situ. No complain.


4. Bilik air best! sebab dia pisahkan bathtub dengan shower, dan terasing dengan sink dan powder area. Shower dia syok woo, macam shower tune hotel tu.... full blast dari atas, air kuat.


5. Swimming pool...... ok-ok je. Ada bagus ada tak. Kecik je actually swimming pool dia nih, tapi tak ramai orang. Tu yang bestnya tuh, sebab tak ramai dan pool dia dalam! pool dia odd sikit. Yang adult tu start 1.3m, sampai paling dalam 1.9m. Sampai-sampai memang orang nampak tanda 1.9m tu... uiii~~ kecut perut sat! hahaha! So, yang syoknya, xde budak-budak main air. Of coz la kan, parent tak bagi terjun punya... 1.9m tuh!!!! So, aku dapat swim dengan agak tenang la jugak, walaupon kecik je. 5 kuak dah sampai hujung. hehehe~ Tapi en. hubby tak puas hati. Katanya kecik sangat, x puas disitu.


6. Pool children, ada tangga and sampai had paling dalam adalah 1m. ok lah... Juwita pon ok je. So, no complain. Again, sebab tak ramai orang, so selesa nak mandi. Tapi air tak crystal clear lah! agak kabur pandangan.. hihihi~ kepuh le...


7. satu je tak puas hati. Aku tak dapat newspaper pagi tu. Ntahla.. dia tak letak ke, or orang lalu lalang curik ke, atau aku kena request kat counter masa check in haritu ke.... yg pastinya, aku tengok bilik orang lain ada newspaper kat pintu, tapi bilik aku takdak. So tak puas hati sket kat situ.


8. Rate harga? kami booking melalui Agoda, harga 1 malam untuk bilik superior w breakfast adalah RM250++ (USD79). kalau tengok kat website Seri Pacific lain lagi harganya...


9. My verdict? RECOMMENDED! Kalau korang nak saje-saje bercuti di KL, atau atas urusan kerja ke, boleh consider Seri Pacific. Selain tu, boleh jugak consider Hotel Putra, sebelah tu aje. Hotel putra ni dulu adalah The legend. Pon good review gak tu.


10. Untuk info yang lebih lanjut boleh masuk ke website Seri Pacific Hotel http://www.seripacifichotel.com/ sendiri. Dari pandangan aku, gambar dalam website dia ni boleh di guna pakai. Kiranya samalah gambar tu dengan realiti kat situ. X de beza apa. Lagipon hotel ni bawah management baru, so, memang interior dan kemudahan kat hotel tu dah dibaik pulih. Kita masuk pon nampak macam hotel ni hotel baru... kecuali beberapa area macam swimming pool, aku rasa perlu di baik pulih juga tu.


OK. Habis review pasal Seri Pacific Hotel http://www.seripacifichotel.com/.




Apa kriteria yang perlu ada pada sesebuah hotel yang membuatkan anda akan memilih untuk bermalam di situ? Adakah harganya kah? atau servicenya kah? atau package promosi nya kah? ataupon main hentam keromo aje asal dapat bermalam?


OK. Bila aku cari hotel, 1st things first, aku akan pastikan hotel itu ada beberapa perkara di bawah:


1. swimming pool

(gambar ni sumber website seri pacific. aku lupa amik gambar)


2. a good breakfast spread

(gambar ni sumber dari website seri pacific)


(ni semua gambar aku)


3. a nice good looking room

(semua gambar aku)


4. Bath tub and nice toilet & shower

(pon gambar aku)


5. Value for money. (of coz la kan...)


Facilities dan accommodation di atas hanya pada preferance aku sahaja. Mungkin bagi orang lain, tak kisah jika tak ada swimming pool. Tapi bagi aku ia adalah WAJIB! Sebab bagi aku apalah gunanya duduk hotel kalau x ada swimming pool dan tak dapat berenang beberapa laps.


Breakfast spread pon sangat aku titik beratkan, kerana bila aku duduk di hotel, expectation aku pada makanan adalah tinggi. Begitu juga perlunya ada bathtub di dalam bilik kerana bagi aku adalah satu kemestian untuk berendam sampai kembang di dalam air panas jika bermalam di hotel.


Ada orang lain akan consider beberapa perkara lain lagi seperti perlunya ada gymnasium, atau spa. Tapi aku tidak pernah lagi menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, jadi tidak menjadi hal bagi aku.


Dan dalam pada itu, harga yang berpatutan juga termasuk dalam faktor pemilihan sesebuah hotel. Berpatutan di sini bermaksud sepadan lah harganya dengan perkhidmatan, service, facilities dan accommodation yang ditawarkan oleh hotel tersebut. Kat sini kena fikir waras sikit. Hotel ada swimming pool saiz olimpik, dengan gymnasium dan tennis court, takkan lah harga biliknya RM100 semalam... betul tak? Clear di situ?




Jadi, bagaimana nak mencari hotel yang bagus dengan kriteria-kriteria yang kita mahu seperti di atas?

Soalan yang baik... takkan kita nak kena call setiap hotel di kawasan sekitar hanya untuk bertanyakan ada swimming pool atau tidak, bukan? Di sinilah internet sangat-sangat-sangat-sangat membantu!


Sebelum anda booking hotel, website yang wajib anda masuki dahulu adalah ============================> tripadvisorhttp://www.tripadvisor.com/


Kat situ, anda boleh cari hotel yang berada berhampiran dengan kawasan yang anda nak lawati. Kemudian anda boleh tengok ranking hotel-hotel tersebut. Ranking ini adalah berdasarkan review pelawat-pelawat yang pernah bermalam di situ. Anda boleh tengok good review, bad review serta real picture yang di provide oleh pelawat. Bukankah itu lebih menyakinkan daripada melihat gambar di website hotel tersebut yang memang confirm cantik?!


Mungkin gambar di website tu gambar hotel tu 10 tahun dulu, masa baru siap... cuba tengok gambar terkini yang diambil oleh pelawat... sama ke tak? dari situ anda boleh judge hotel tersebut... dan kemudian boleh tanya diri sendiri, berselera ke tak nak bermalam di situ?


Dan lagi bagus, review ni kita boleh filter. Jadi kalau kita nak tau review pasal swimming pool hotel tersebut, kita filter je, keluarlah semua review pasal swimming pool. Boleh la baca, tetamu kata apa, bersih ke kotor ke besar ke kecik ke... Begitu juga kalau nak tahu pasal breakfast spread/ buffet dia... apa yang tetamu komen? x banyak variety? x sedap? service lembab? buffet international? makanan semua sedap? Semua ada dikomen oleh tetamu tanpa was was di sini. Terpulang andalah untuk menilainya semula.


OK, dah puas baca review hotel, dan anda pon dah berkenan dengan beberapa hotel yang mendapat review yang agak baik.


Jadi, bagaimana nak dapatkan "great deal" atau harga yang paling berpatutan untuk hotel tersebut?


Jawapannya adalah =========================>Agodahttp://www.agoda.com/


Aku suka Agoda sebab bagi aku Agoda provide harga yang paling murah dan competitive berbanding yang lain. Selain Agoda, anda juga boleh pilih website online hotel booking yang lain seperti booking.com, hotels.com, expedia, dan beberapa yang lain. Yang aku senaraikan tu antara yang famous dan biasanya harga yang mereka tawarkan memang menarik!


Jadi, anda search hotel yang anda minat kat Agoda, tengok berapa harga yang mereka tawarkan. Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh compare harga itu dengan website online booking yang lain dahulu. Jangan lupa compare sekali harga normal price pada official website hotel tersebut! Kadang kala, hotel itu sendiri ada buat room promotion dengan harga yang lebih murah di website mereka sendiri! Jadi tak salah untuk buat extra effort pon kan? =)


Selain itu, anda juga boleh compare harga hotel-hotel sekeliling yang berdekatan. Jika anda ada budget tertentu, sangat bijak kiranya anda compare harga beberapa hotel di kawasan tersebut dahulu sebelum booking. Hanya taip lokasi yang anda ingin pergi, akan tersenarailah hotel-hotel yang terdapat di situ.


Bagaimana, mudah bukan? Anda tak perlu lagi untuk call semua hotel-hotel itu hanya untuk tanya harga dan facilities yang ada. Semuanya ada di hujung jari, malah nak booking pon hanya di hujung jari! Pada hari yang sepatutnya anda check-in, hanya bawa salinan booking anda, dan tunjukkan pada counter pendaftaran. Settle!


Bagi yang merancang untuk menghabiskan cuti sekolah tahun ini dengan membawa keluarga bercuti, nasihat aku, bookinglah hotel terlebih dahulu. Ini kerana, kebiasaannya hotel yang di booking awal (online booking) adalah jauh lebih murah berbanding harga yang ditawarkan jika anda walk-in ke hotel itu terus pada hari tersebut.


Bookinglah, walaupon hanya 3 hari sebelum. It really make a different, you know!

Comments

Sharinginfoz said…
Thanks 4 review, plan nak berbuffet dinner, tgh cari nak terjah hotel mana

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Tengok penguin FREE di Melbourne