Bukit raja, Batu pahat, JB, Singapore, Kemensah (apo nih?)

hola~!

Begitu lamanya tak update, minggu ni wajib update barang sekali sebab lepas ni nak outstation lagi. Ahad ni aku ada makeup job kat Batu Pahat, aunty aku kawen. Ikut plan, lepas tu kami semua ke JB. Yeah... cuti tahunan keluarga En Halim dan Puan Maznah. Dan yeah.... JB sekali lagi menjadi pilihan...Yeah~~!! dan yang bestnya, kali ni kami nak masuk Singapore. Ooo yeah.... apa yg best sangat dengan Singapore tu eh? Entahla... nanti aku dah sampai baru aku boleh review.


Singapore, walaupon sempadan dengan negara kita je, tak pernah masuk dalam list "negara yang ingin sangat ku lawati" Kalau ada pon, rank jatuh bawah-bawah sket la... Tapi tak bermakna aku tak berminat nak melawat Singapore. Mungkin kerana khabar-khabar angin yang mengatakan bercuti di sana sangat lah MAHAL maka aku semacam tak berminat. Apapon, tunggu dan lihat je la... apa yang menanti kami di Singapura.


Seminggu lebih jugak lah aku tak update kan... sebab apa? Sebab aku tak masuk opis pon! Aku jadi surirumah sepenuh masa, jadi baby sitter jaga 2 anak sedara, 2 adik, 1 anak, 1 anak bulu, dan 3 cucu bulus. banyak kan? Dalam banyak-banyak tu, paling susah nak jaga adalah 2 anak sedara tu. hehehe~~ memang jadi incredible hulk aku kat rumah. Serius!!


Baru hilang lelah berjimba dengan kekanak, dah nak pi bercuti pulak. Tapi takpe, kali ni semua all grown ups punya geng, jadi x letih sangat. Paling-paling habis letih pon, kat si diva Pwincess Juwita tu je la... Hope kali ni dapat buat benda orang dewasa buat pulak. Xmo dah main dengan kekanak lagi! Cukup!


Apapon, haritu kami memang seronok habis lah kat Kemensah. Nak di blogkan, tapi gambar tak cukup lagi. Tunggu nanti-nanti lah baru aku blog pasal Kemensah. Tapi memang SERONOK!!!! BBQ BEST GILE!!!!!


Ok. Walaupon entry ni macam melepaskan batuk di tangga, boleh la tu eh... buat bekal 4 ke 5 hari aku takde nanti...


Daaaaa~~~~~

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?