Anak-anak Lulu Lola, aku dah jadi nenek.


perasan tak baby bump dia? hehehe~ tak perasan... sebab bulu dia cover!


Sebenarnya, kawan-kawan kat FB semua dah tau yang Lulu dah pon beranak. Dah almost a month dah pon umur anak-anaknya tu. Seingat aku, aku pernah bagitau yang Lulu mating masa raya aidilfitri lepas, dan aku ada cerita jugak yang kami pergi check doktor untuk mengesahkan Lulu preggy ke tak... memang lah preggy, doktor estemet anaknya samada 2 or 3 ekor.


Lulu letih bawak badan boyot... ahaha


Jadinya, bulan lepas confirm lah sudah... memang 3 ekor pon anaknya. Lahir pada 8/11/2011. Masa tu jam pukul 8.30 malam, kami baru je pulang dari kerja. Sampai depan pintu gate, adik ipar aku call cakap Lulu dah bersalin. Wahh!!!! berlarian aku masuk kau!!!


Tengok-tengok, elok je dia bersalin dalam carrier dia. Actually 2 hari sebelum tu aku dah sediakan few option lah untuk Lulu. Carrier tu aku bukak pintu, alas surat khabar. Kotak pon aku sediakan dua tiga, siap alas surat khabar gak. Ada jugak aku sediakan corner yang aku letak kain-kain lama. So, aku cakap kat Lulu, pilihla mana yang berkenan, tapi kena beranak dalam bilik Lulu tau.. jangan beranak kat dapur or dalam bilik ibu.... "ngiauuu~~~~" Lulu balas. Alhamdulillah~~ baik Lulu ni, paham agaknya apa aku cakap. betul dia beranak dalam bilik dia. Dia pilih carrier tu.


3 bundle of joy!


Lepas dia beranak, aku alihkan baby dia masuk kotak yang besar, sebab carrier tu kecik kan, aku takut dia tertindih anak dia. Lulu nak masuk pon macam susah je aku nengok.


Dalam pada memindah tu la aku tengok beleh anak dia... owh... sekor bi-color, hitam putih. Lagi 2 ekor tu tabby. Tabby apa tak pasti lagi, sebab masih terlalu kecil. Masa tu nampak yang bi-color tu kecil je berbanding yang lain. Tali pusat pon panjang lagi, badan pon basah lagi. So aku assume dia lah yang bongsu, sebab yang 2 lagi tu dah bersih dah...


baby lulu berumur 1 hari, belum buka mata, belum buka telinga. Macam tikus je lagi...


Cukup seminggu Lulu menyusu anak, dia dah mula tak senang duduk. Mengagau nak pindah anak. Nak tau dia nak pindah mana? Dalam bilik kitorang. Kalau nak tau, sampai sekarang dalam bilik kitorang je la tempat anaknya. Takde pulak dia meroyan lagi nak pindah tempat lain... Pernah juga cubaan aku memindahkan anaknya ke bilik Lulu semula kat bawah... siang tu ok je.. tiba malam, mula dah operasi Lulu pindah balik anak nya ke bilik atas.


Aku rasalah, sebab Lulu ni dari kecik tido dengan kitorang, so, bila dia terpaksa tido bawah, dia pon rasa tak best. Dia nak dekat dengan kitorang, so, jalan mudah, dia bawak anak-anaknya semua sekali tido dengan kitorang. alaaaahaiii~~~ Nasib baiklah Lulu ni pandai jaga diri. Walau dah beranak tetap bersih. Lagipon aku mandikan dia lepas 3 minggu dalam pantang. So xde hal nak tido sekali... Tapi 3 minggu Lulu dalam pantang tu memang bau musang la jugak... sebab doktor tak bagi mandi sejak dia sarat haritu, so aku harapkan spray dry syampoo je masa tu. Boleh la... tp bulu ada kasar sikit. Now dah wangi dan lembut semula!!


masa ni baby Lulu dah crawling~ tapi mata lom bukak...


Aku kagum dengan Lulu, dia memang ibu yang baik. Dia ni ibu muda. Belum 12 bulan pon umur dia. Kalau ikutkan masih makan kibble kitten! Risau jugak masa dia preggy tu, kot-kot dia tak tau beranak, tak tau jaga anak, tak nak menyusu anak.... tapi sangkaan aku salah sama sekali!!! Lulu lah ibu kucing yang paling baik yang aku pernah jumpa! Masa baby dia kecik tu (belum buka mata dan telinga) dia selalu dengan baby dia je. Even time makan pon, sambil-sambil tu dia lari tengok baby dia dalam kotak. Macam tak tenang je dia makan, dok risau anak dia... T__T wuwuuu~~ terharu sangat tengok keibuan Lulu. Manusia yang buang anak patut malu dengan kucing ni tau!


Lulu sayang~~~


Kronologi seterusnya:

~~genab 10 hari, 2 dari 3 ekor dah buka mata, on 14th semua dah bukak mata.

~~lepas 2 minggu lebih, semua dah boleh crawling dan merayap-rayap merata bilik. Jalan pon dah boleh, tapi lebih nampak macam tengah shuffling jerk! hahahaha!

~~Lepas 3 minggu semua dah jalan, tapi mengengkang lagi.

~~Now dah laju lah juga jalannya, tak shuffling lagi, dan dah pandai main-main sesama mereka! maknya pon dah bawak anaknya bermain.. walaupon kadang tu nampak ganas je Lulu main.. -__- kita lak risau tengok... @__@




Ok, Off pasal Lulu. Now aku nak introduce anak-anak Lulu pada korang semua.



Nama: Tiger Lily.
Jantina: Jantan
coat: Short hair
Criteria: huge body frame. unique marking

Tiger lily ni satu-satunya yang short hair, dan ada marking yang unik pada badan. Bulu dia kaler coklat (chocolate carrier). Dia mempunyai susuk tubuh yang besar (huge frame) dan panjang. Antara adik-beradik dia yang paling besar dan berat.

Watak: Tiger ni suka main dengan kita, tapi dia tak suka sangat di dukung. Dia suka explore dan lincah. Susah nak ambil gambar dia, tak pernah berjaya! Lasak sangat!! Dia paling vocal sekali. Asyik dengar dia je menjerit



Nama: Nina Star
Jantina: Betina
coat: Long hair
Criteria: Bi-color, black and white,

Nina Star ni satu-satunya adik betina. Dia paling bongsu sekali. Rupa sebijik Lulu

Watak: Manja dan suka bermain dengan kita. Suka explore. gentle dan humble. Best main dengan dia nih!



Nama: El Nino
Jantina: Jantan
coat: Long hair
Criteria: Tabby mackerel

Watak: Sangat manja dan suka di dukung! El Nino ni paling lembut sekali... walhal dia jantan. Suka main dengan kita, attention seeker, dan kuat tido. Asyik tido je kerja dia... El Nino ni suka kamera, jadi memang banyaklah gambar dia dalam kamera. Senang amik gambar dia ni, sebab dia x lincah melompat-lompat... dia pandang je kamera dengan mata bulat dia tu... eiii comelll!



Makin lama, makin sayang kami pada 3 anak Lulu ni... Tapi masa Lulu preggy dulu, dah ada yang bertanyakan anaknya ni.. nak booking katanya. Malah dah ada pun yang bertanya-tanyakan anak Lulu ini sejak dari mula lagi. Kalau ikutkan, aku masih mempertimbangkan segala perkara. Kalau lah ada yang berminat dengan anak Lulu ni, boleh la email pada saya. Silalah eksplain serba sedikit pasal diri anda... mana tau saya boleh pertimbangkan?


Terus terang, bukan wang ringgit yang saya nak dari kitten ni semua, tapi tempat yang lebih baik untuk mereka adalah priority-nya. Walau bagaimanapon, adoption fee mestilah ada sebagai jaminan yang anda serius nak jaga kucing tu! jangan lah nak mintak free pulak. Lagipon, kitten ni nanti akan di dewormed, vaccine, dan jika difikirkan perlu, akan di desexed dahulu. Dan saya bukan main nak jual sahaja, saya nak cari penjaga baru yang kalau boleh, lebih baik dari saya! yang boleh memberi kehidupan bahagia pada kucing-kucing ini~


sob sob~~~ saya taip ni pon dah mula sedih. Terus terang, kami semua dah sayang dengan anak Lulu ni. Sebelum tido kami main dulu dengan mereka, bangun tido kami main dengan mereka, sebelum ke office pon kami main dulu dengan mereka....mereka semua sangat adorable dan telah mencuri hati kami.


Andainya aku jumpa orang yang berpotensi, baru aku akan consider untuk let go kitten ini~~~ Jadi, jika anda berminat, pastikan anda betul-betul serius, dan sememangnya mampu memberikan kasih sayang pada mereka (lebih daripada yang aku mampu).... er... ada ker????


hehehe~ cubalah kalau ada bran!!

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?