projek hijau : sayuran hidroponik


Set yang baru set-up


Ni projek aku bulan September haritu. Setelah puas google sana sini, akhirnya jumpa juga agen yang masih menjual set hidroponik ni. Aku beli 1 set. Tanaman pertama aku adalah..........SAWI.


Ini adalah hasil yang berjaya. Gambar adalah sebelum ia masuk kuali.


OK. Aku start tanam pada seminggu sebelum raya Aidilfitri. Bulan lepas, merasalah kami anak beranak hasil sayurannya. Sayurnya memanglah segar, sebab baru petik terus masuk kuali. Crunchy pulak tu daun dan batangnya. Sedap lah!


baru letak benih. Banyak tak apa, Lepas tumbuh nanti, kita pilih 2 atau 3 pokok sahaja setiap lubang.


Hasil dari tanaman pertama haritu, aku telah membuat sedikit post-mortem:

1. Tanaman sawi itu tidak sekata tumbesarannya walaupon semua di tanam serentak. Bahagian yang menghadap paling dekat dengan matahari memang elok subur gemuk hijau mekar (bahagian depan sekali). Bahagian belakang sikit tu lambat sikit membesar, sedikit kurus, dan tidak begitu hijau.


2. Disebabkan aku mencuba untuk menjadikan sawi itu organik (tak guna racun perosak) rupanya belalang suka makan sawi! Baru nak naik putik sawi, dah kena geget belalang, sampai berlubang-lubang daun, hilang putik muda. Geram ya amat! Sebagai solusi yang mesra alam, aku pakai daun pokok nyamuk (yang bau busuk halau nyamuk tu), aku ramas-ramas dan taburkan pada pokok sawi tersebut. Seminggu sekali kena buat atau sehingga daun nyamuk tu layu, kena tukar lah kan...


3. Sawi yang pokok besar tu cukup untuk sekali masak. Kalau ikutkan ada 8 lubang, tiap lubang ada 2 pokok sawi, jadi boleh masak 16 kali. TAPI itu semua teori karut! Waahahahaha!

Sepanjang proses, 2 lubang (bersamaan 4 batang pokok) mati tanpa diketahui sebab. Mungkin pertumbuhan akar tidak sempurna, atau mungkin memang tak boleh survive atas faktor "only the tough gets going" jadi tinggal 6 lubang. Dari 6 lubang tu, hanya 3 atau 4 lubang yang pokoknya mekar segar bugar gemuk. Selebihnya kurus, sedikit kekuningan. Pokok gemuk boleh lah 1 pokok sekali masak, yang kurus, 3 pokok untuk sekali masak. Setakat ni, dah pernah masak 4 kali. Masih ada yang belum dipetik kerana pertumbuhannya yang sedikit lambat.




Cuba tengok, ada lubang yang pokoknya mati, dan tumbesaran tidak sekata walaupon disemai serentak. Pokok hadapan dah gemuk, belah belakang kecik lagi. Dah la daunnya berketak-ketak. Tidak lah saya ketahui mengapa jadi berketak daunnya.


4. Air hidroponik perlu ditambah agak kerap (seminggu sekali perlu check), kerana bila sawi dah besar, dia hisap banyak air. Tak pasti pula perlu tambah baja atau tidak. Last time baca, ditulis perlu tambah air sahaja untuk elak baja menjadi terlalu pekat.


5. Aku simpulkan, walaupon hidroponik ni dikatakan 3T (Tanam, Tinggal, dan Tuai) perlu juga tengok-tengokkan. Kot-kot ada belalang, air nak kena check selalu, mana tau dah kurang, dan perlu juga trim sikit-sikit daun tua supaya cantik dan sempurna tumbesarannya. (standardlah mana-mana tanaman pon, hidroponik tidak terkecuali). Cuma tak perlu merumput je.


6. Kesimpulan ke-2, walaupon hidroponik dikatakan mudah kerana boleh ditanam di balkoni rumah, tapi agak kurang mekar jika berbanding jika ditanam di halaman rumah. Tapi dah tentu hidroponik tak boleh ditanam direct di halaman rumah. Sebab? tanaman hidroponik tetap memerlukan cahaya matahari terus. Tengok aje tanaman sawi aku, yang belah tepi tu gemuk segar, belah yang dekat dengan grill rumah tu kurus sebab kurang mendapat cahaya matahari terus. Tapi kalau letak direct bawah cahaya matahari pon tak sesuai, tengah hari nanti layu la pulak pokok tu.

Masa awal penanaman, aku letak semua ke dalam sedikit (memang terlindung dari cahaya matahari terus). Langsung sawi aku semua membengkok keluar, cari cahaya matahari. Sebab tu aku tarik dia keluar sedikit, walaupon risikonya set hidroponik aku akan terkena hujan.

Kalau kena hujan pon tak elok juga. Nanti bercampur pula air dalam set tu dengan air hujan. Tapi nak kena dapat direct sunlight pula. Jadi sebenarnya, paling sesuai hidroponik ni, jika dibuat besar-besaran perlu dibuat nurseri/ rumah hijaunya sendiri. Baru elok cantik semua pokok membesar sekata.


Sawi yang elok membesar.

Sawi-sawi ku, batch pertama, sebelum mula dituai. Dah cantik dah masa ni.


Antara yang terbaik


Next, aku ada benih salad. Tapi aku rasa macam tak praktikal je pulak nak tanam salad. Berapa kerap sangatlah nak makan salad. Jadi aku ingat nak cari benih sawi jepun/ bok choi pulak.


Next juga, aku nak buat spray air bawang putih sebagai pembasmi serangga perosak. Kesian pokok nyamuk suami aku togel dek aku amik daunnya. Ahahaha~~~


Bagi yang saje nak mencuba-cuba hidroponik ni bolehla beli 1 set. Tak mahal mana pon, aku beli haritu 1 set cuma RM45 termasuk 2 jenis benih dan baja yang setelah dibancuh, boleh digunakan untuk 10 kali tanaman. Berbaloi jugak tu.


Cuma, memang susah sikit lah nak jumpa dealer sekarang ni. Biasalah benda ni macam bermusim. Time tengah hangat dulu, masa lepas expo pertanian dan kempen sana sini, hot lah benda ni semua. Masing-masing nak tanam, semua nak jadi dealer. Pastu tengoklah, tak sampai setahun, dah suam-suam kuku. Tahun depannya dah sejuk beku.


Susah juga aku mencari haritu. Jadi bagi yang berniat nak cuba, aku ucapkan goodluck siap-siap =)





~ Hobi aku masa lapang, selain main kucing dan main ipad~~~ huhuhuuu

Comments

mysweeticing said…
may I know where you buy your hidroponik kit?
ummi aiza said…
Salam, blh tak saya tahu kat mana awak beli set hidroponik ni? dah lama cari tapi tak jumpa.

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....