salute to the nature

salute to the nature

Monday, November 21, 2011

Tak tercapai akalku

Aku tak pasti samada yang zaman dah berubah atau mungkin strategi pemasaran zaman kini dah advance sampaikan orang percaya habis-habisan kat satu produk walaupon tak le sehebat mana pon sebenarnya produk tu (promosi je hebat, dengan harga yang membunuh tahap dewa dan di sogokkan dengan added value untuk kesihatan la, sambil beramal la, sambil tu boleh jadi kaya la, bla bla bla) pon orang beli tanpa ragu-ragu. (yang boleh jadi kaya tu lah aku rasa penarik utamanya. Sape taknak kaya dek non oiii)



Contoh pertama:

Orang tu promote produk kecantikan. Untuk kurus, selim dan cantik tubuh badan TANPA perlu bersenam dan berdiet! Wah! Just guna je benda tu, anda akan mendapat susuk tubuh yang anda idamkan. Lagi best, dia ada added value, untuk kesihatan wanita. Tapi yang tak boleh blah tu, spoke person aka yang mempromote barangan tu tak kurus mana pong!!! Macam cempedak pakai baju je aku nengok (sorry to say lah). Tapi yok yok oo lah kata dia dah pakai lama.. dah 2 tahun pakai.. memang nampak kesan... vla vla vla...

Katanya lagi, dia kalau x pakai, memang dah gemuk habis dah ni. Ni sebab pakai lah, terkawal dan menten lagi badannya. Dan katanya lagi dia tak pernah sekat makan, x diet. Kalau dia diet, memang confirm slim!

Soalnya di sini, sejak kau pakai benda alah tu, kau pernah slim ke tak? huh? huh? Tak kan?Alasan x selim sebab dia x pernah jaga makan, x diet.... So, apa guna benda alah tu kat sini? kalau nak lose weight, dengan kawal makan, confirm lah boleh lose weight punya. Tak perlu pakai benda tu pon boleh jadi. Tak caye? Tanya aku. Aku lose weight tanpa menggunakan apa-apa produk kurus atau join mana-mana slimming centre. Menjadi je.


Tapi yang pelik, ramai je yang beli produk ni! Ha, macam mana tu? produk ni memang bagus ke atau marketing mereka tersangatlah power sehingga menutup bukti ketidak-berkesanan produk itu walhal besar lagi jelas ada depan mata!



Contoh kedua:

Sales person tu jual pakage/ program skin care dari well known brand. Katanya lepas sesi pertama lagi dah nampak kesan. Sesi ketiga dah nampak perubahan wajah. Sebaiknya puan ambil 12 sesi, confirm cantik meletops de vass! Kita bagi diskaun 50% kalau ambil 12 sesi. (lepas diskaun 50%, harga masih lagi membunuh. Dia claim itu harga promosi kaedahnya)

Ayat sedap, promo menarik gila. Tapi kalau kau tengok muka promoter tu, sumpah kau x selera. Nak aje aku tanya kat dia, "kalau kau rasa pakage ni bagus sangatlah kan, kenapa kau sendiri tak ambil pakage ni? Aku rasa kau lebih layak kot untuk pakai pakage ni berbanding aku. (bukan nak riak, tapi dari pandangan kasar pon dah tau, muka aku lagi flawless dari muka promoter tu. Tak payah pakai alat scanner kulit tu pon)

Sebab aku tak sampai hati nak tanya, aku tanya soalan lain. "awak tak try ke pakage ni?" Nak tau dia jawab apa?

"eh, pakai kak! pusat ni bagi saya trial session 1 kali haritu. Memang best kak, treatment dia. Tu yang muka saya macam ni tu. Ini adalah tindak balas kulit saya terhadap treatment yang dia buat tu. Kiranya macam healing process lah... benda-benda kotor dalam kulit tu nak keluar. habis healing process ni baik lah muka saya"

oooooo...... takpe lah. Takut nau aku nengok muka kau ni. (aku tak cakap la... di dalam hati je). Kisahnya dapat trial session je... dah dia sendiri pon tak mampu nak ambil pakage ni, nak suruh orang lain ambil. Dah la tu, lepas trial session tu muka jadi macam tu? Oh my..... tak beraninya aku!

Soalnya, betul ke tu healing process? entah-entah side effect, kesan chemical react pada kulit muka. eeewwwwww~~ tak berani makk nokk~~!!


Tapi dalam aku tak berani, ramai sebenarnya yang berani nak cuba pada kulit mereka tau! Aku tak tahu apa yang orang lain fikirkan bila mereka ambil sesi ni. Adakah mereka terpengaruh dengan diskaun 50% tersebut? Entah la...






Eh, aku ingat nak buat lagi 2 contoh situasi, tapi aku malas dah nak menaip. Ala-ala monday blues pulak aku.


Apapon, bagi aku sendiri, aku jarang nak percaya cakap promoter aka sales person ni. Ayat diorang memang power, wa cakap lu. Tapi dalam 100 ayat, 50% adalah ayat bunga-bungaan dan puji-pujian, 40% adalah ayat kasi cucuk dan push suruh beli, dan 10% aje adalah ayat yang explain tentang produk tersebut.


macam mana lah aku nak percaya?


Tak tercapai dek akal ku la...

Sunday, November 20, 2011

Haram

Haram?

Pegang anjing itu haram? Adoi.. mazhab mana kau belajar ni Sam Dol? Ke masa kelas agama dulu kau tido semedang?


................................







1. Kalau tak pasti hukum hakam, tak payah memandai key, buat kau nampak bodoh aje.

2. Lain kali kalau tak pasti sangat pon, buat lah research dulu. Barulah nampak bijaksana sikit.

3. Beremosi dan mengikut perasaan adalah sangat tidak sesuai ketika berforum key... kan dah terkeluar hukum merapik. Kalau kau tak suka anjing, tak de sape pon nak paksa kau suka. Tapi kena ingat, tak ramai yang benci anjing macam kau... sampai sukati nak kata pegang anjing tu haram. Kan dah kena gelak... padan muka! hahahaha

4. Akhir sekali, ingat ni: pegang tangan aweks kau yang bukan mahram tu baru haram key... pegang anjing tak haram, najis berat je. Boleh di samak/ sertu dengan air tanah. (makan daging anjing baru lah haram...)



Anjing itu sendiri tidak haram. Dia cuma najis berat. Allah tak suruh pon umat islam membenci sesama makhluk (bukan sesama manusia sahaja). Setiap kejadian-Nya harus dihormati dan diberi hak untuk hidup di dunia ini. Dan sesungguhnya setiap kejadian Allah itu ada hikmah dan faedahnya di dunia ini. Apalah hak kita untuk membenci makhluk ciptaan-Nya yang lain? Mulia sangat kah kita? wallahualam~~~


Sekian.

Thursday, November 17, 2011

BIG Bad Wolf Sale


Benda ni dah lama berlalu, tapi aku baru ada mood nak buat entry.


Aku tau pasal Big Bad Wolf ni dari member aku Noural Huda. Satu malam yang hening, dia sms aku cakap, "nak gi big bad wolf x? kat MAEP. Ai bawak my cousin and cikgu sekolah ai sekali. Kalau jadi esok pukul 9.30 gerak"


Aku dalam tengah takde kerja, semestinyalah jawapan aku adalah "yes! macam menarik je tu. Tapi tengok lah esok, sempat ke tak nak catch up pukul 9.30"


ye, ye... aku bukan Morning Person. Pukul 9.30 tu adalah awal bagi aku hokey~


Dipendekkan cerita, aku sempat jugak ikut Noural ke MAEP, sebabnya dari 9.30, delay sampai 10.30. Ahahaha~ kalau 10.30 memang boleh sasangat lah aku mem-follow! Dalam keta, aku dah cakap kat Noural, aku tak bajet la nak memborong ke apa, aku bawak duit pun berapa posen je ni. Kononnya saje nak follow to kill the time je la kan...


Sampai sana, parking kereta, naik tram ke dewan atas bukit.


naik tram sampai ke dewan...


Sampai dalam dewan, aku dah tak tau nak buat apa dah. Tercengang aku kat situ macam rusa masuk kampung. Dengan mana nak tengok, mana nak jalan, mana nak proses maklumat tu semua... sudahnya memang tercengang lah kejap kat pintu masuk. Series aku ternganga.



pakai kotak ye kalau tak bawak luggage. Kat sini memang trend nya main capai apa dapat, masuk luggage/kotak


Tapi tak lama, lepas aku katup balik mulut, aku terus berlagak pro, terus capai kotak yang disediakan kat tepi dan memulakan book hunting. Sekali lagi aku ternganga, "OOOOO mak gad..... 8 hengget??!!!!!" camtu lah terpacul nya ayat kat mulut aku bila nampak novel2 Sophie Kinsella semua berharga RM8. Aku sambar sebuah buku bawah ni.



Pastu aku jalan lagi. Sekali lagi aku melatah, "My goodness!!!! Jamie Oliver hard cover ni RM25?!!!!! how can that be possible???!!!!" Pon aku sambar sebuah.


Makin lama, makin hanyut aku dalam lautan buku. Terus aku lupa mana Noural pergi, lupa terus yang dalam poket aku cuma ada beberapa kupang je. Sedar tak sedar, penuh kotak yang aku bawak tu. Beratnya bukan main lagi. Tu tak masuk bahagian buku kanak-kanak lagi tuh.


Sampai kat bahagian buku kanak-kanak, sekali lagi aku jadi gila. Rasa macam nak kaut je semua masuk guni. Nasib baik aku teringat daratan. Berjayalah aku mengaut dalam 10 buat buku je.


Masa nak bayar, aku dah suspen. Adakah aku perlu letak balik separuh dari buku yang aku telah pilih?


Ngeh ngeh ngeh..... Jawapannya tidak!!!. Nasib baik ada kaunter kad kredit. Aku pon apa lagi, bayar la pakai kad maybank. Fuhh~~ nasib baik. Kalau tak mesti aku meroyan tak dapat beli.




Akhirnya, ini lah hasil tangkapan aku hari itu. Tak muat-muat kotak....




25 buah buku pada hari pertama


Tapi tak lawan la dengan orang lain punya hasil.....nengok ni....




Sampai opis, dengan eksaited nya lah aku tunjuk kat hubby. Terus dia teruja! Esoknya, hubby ajak pergi lagi sekali. Wallah~!!! itu sudah cukup bagus! Sebab memang banyak lagi buku yang aku nak sangat rembat kat situ. Especially buku-buku national geographic yang hok hard cover full color tu semua. RM25 je weih!!!!!!




Jadi ini lah hasil di hari ke-2, aku dan hubby pulak pergi. Kali ni memang main tangkap je mana yg berkenan.


hari ke-2 dah tau. So bawak siap-siap luggage dari rumah. Susun baekk punya dalam tu, kasi muat. perghh!! berat gile lah. (tu pon tak muat -__-)


31 buah buku pada hari ke-2


Memang puas hati. Ikut cakap Noural, cukup stock untuk setahun. Setahun tak payah masuk MPH dah. Hohohohoho~~~~~~


Kesemua buku yang di grab 2 hari tersebut....

boleh buat gunung... lagi tinggi dari juwita (yang tak seberapa tinggi itew) kikiki~~


antara koleksi yang menarik dan berbaloi-baloi...
(nampak tak buku "why we want you to be rich, donald trump" atas tu.... RM8 ke RM12 je regenye nokk. Buku Jamie Oliver yang tepi sekali tu, RM25 je. Buku national geographic, reader digest tu pon semua RM25 je sebuah)





~Nota kaki: Big Bad Wolf ni jual buku bahasa inggeris sahaja.

~Buku disney pon murah sesangat! memang berbaloi sangat kalau beli.

~ tahun depan wajib pergi lagi!!!! Setahun sekali cukup la kan...

Thursday, November 10, 2011

Splurge OR Investment

Berapa banyak yang anda sanggup berhabis untuk barang kesayangan dan hobi anda? beratus ratus ringgit? apa? ribuan? berapa... 10 ribu? 20 ribu? 50 ribu?


Kegemaran: pasukan bola sepak eropah.

Ada yang gila kan pasukan bola eropah kesayangan mereka, sampai sanggup beli jersey original yang beratus ringgit, beli tiket perlawanan beratus ringgit, tu tak kira merchandise yang harga beratus-ratus ringgit. Collectible item lah katakan. Kalau orang kata membazir, sure peminat ni akan cakap, "dah suka, nak buat macam mana?" " benda ni collctible item, ada value. Ini semua boleh dikira investment nih!"


Kegemaran: kumpulan K-pop.

Punyalah gila K-pop sampaikan asal ada je orang jual merchandise K-Pop kat FB tu mesti dia lah orang pertama yang order. Harga tolak tepi. Tiap bulan duit poket memang habis kat barangan K-Pop je lah. Tak kira apa, original dari korea ke, re-print (untuk baju biasanya) ke, atau Fan made punya ke... semua dia bantai sapu! Kalau orang membebel kat dia? Biasalah, jawapan standard, "dah aku minat. Lagipon benda ni investment. Boleh jual balik woo! mahal ni! ni barang rare! Limited edition!!"


Kegemaran: Miniature & model aksi

Ini tak payah cakap. Memang orang gini sanggup berhabis beribu ringgit untuk mendapatkan model aksi kegemaran mereka! Orang yang hardcore macam ni, jangan cakap ape kat diorang, memang tak di layannya korang pon! Kata mereka, " Lebih baik aku layan model aksi daripada layan korang. Model ni kalau aku jual kat Ebay, beribu tau! aku bukan membazir, semua ni investment"


Kegemaran: beg tangan berjenama

Geng beg tangan ni memang aku takut nak join. Bukan apa, takut tersangkut! Gila betul diorang ni, beli bag pre-order dari Eropah. Harga semua tak agak-agak, semua cecah ribu-ribu K!! Kalau takat lima nam ribu sebuah tu pejam mata je diorang beli. Beli LV, Anya, Hermes macam beli ikan kat pasar! Pilih mana berkenan je! Minah gila beg berjenama ni kau jangan tanya lah kan, dah sah-sah diorang akan kata, " branded handbag is an investment!" terus skipping London jahh~~


Kegemaran: kucing pedigree

heh. heh. heh.... ada bran nak tanya aku? aku pon dah siap-siap jawapan standard jahh oii~~

" Pedigree cat is an investment! tak caye? cuba baca buku panduan membeli kucing. Dia tulis kat situ, buying a pedigree cat is an investment, adopting a house cat (from fosterer/ animal welfare) is a commitment. Dia tak stated otherwise :-P."





Kalau nak jadi investment, semua benda boleh naik taraf daripada splurge kepada investment. Beli mekap pon boleh jadi investment. Sebab apa? Sebab dia mekap untuk nampak cantik dan konfiden ketika ke temuduga. Kesannya peluang untuk dia dapat kerja lebih cerah!


Orang beli kereta mewah pon boleh dianggap investment rather than splurge. Ye lah kan.. kisahnya dia self employ, nak cari job sana-sini, kena la pakai kereta mewah supaya nampak ada kredibiliti. Pergi sana sini orang tengok kereta, orang assume bisness kau stabil, tak sapa tau kau duduk kat rumah sekangkang kera! Sapa nak check kan?


Orang yang sememangnya suka splurge on branded things pon boleh je dia cakap tu semua investment. Supaya nampak presentable, lebih ber-kredibiliti, supaya nampak mewah... so orang percaya apa yang dia nak promote, and lastly, kononnya barang branded tu jika dijual semula harga masih tinggi, atau dengan kata lain, wanted la... susut nilai dia sangat kecil (expecially branded handbags).


Eh, jangan lupa.... untuk pemain bola sepak, kasut bola yang bagus pon boleh di anggap investment. Lagi bagus kasut bola tu, lagi lah mahal harganya dan semestinya datang dari jenama yang gah. Kat situ, dah terang-terang lah kasut bola tu memang adalah investment, bukannya splurge.


Tapi kalau adik kau nak kasut bola paling mahal yang ada kat OU, walhal dia cuma main bola kat PS2 je, tak pernah turun padang pon main bola........ dan kau belikan .....................................................itu confirm splurge!

Tuesday, November 8, 2011

projek hijau : sayuran hidroponik


Set yang baru set-up


Ni projek aku bulan September haritu. Setelah puas google sana sini, akhirnya jumpa juga agen yang masih menjual set hidroponik ni. Aku beli 1 set. Tanaman pertama aku adalah..........SAWI.


Ini adalah hasil yang berjaya. Gambar adalah sebelum ia masuk kuali.


OK. Aku start tanam pada seminggu sebelum raya Aidilfitri. Bulan lepas, merasalah kami anak beranak hasil sayurannya. Sayurnya memanglah segar, sebab baru petik terus masuk kuali. Crunchy pulak tu daun dan batangnya. Sedap lah!


baru letak benih. Banyak tak apa, Lepas tumbuh nanti, kita pilih 2 atau 3 pokok sahaja setiap lubang.


Hasil dari tanaman pertama haritu, aku telah membuat sedikit post-mortem:

1. Tanaman sawi itu tidak sekata tumbesarannya walaupon semua di tanam serentak. Bahagian yang menghadap paling dekat dengan matahari memang elok subur gemuk hijau mekar (bahagian depan sekali). Bahagian belakang sikit tu lambat sikit membesar, sedikit kurus, dan tidak begitu hijau.


2. Disebabkan aku mencuba untuk menjadikan sawi itu organik (tak guna racun perosak) rupanya belalang suka makan sawi! Baru nak naik putik sawi, dah kena geget belalang, sampai berlubang-lubang daun, hilang putik muda. Geram ya amat! Sebagai solusi yang mesra alam, aku pakai daun pokok nyamuk (yang bau busuk halau nyamuk tu), aku ramas-ramas dan taburkan pada pokok sawi tersebut. Seminggu sekali kena buat atau sehingga daun nyamuk tu layu, kena tukar lah kan...


3. Sawi yang pokok besar tu cukup untuk sekali masak. Kalau ikutkan ada 8 lubang, tiap lubang ada 2 pokok sawi, jadi boleh masak 16 kali. TAPI itu semua teori karut! Waahahahaha!

Sepanjang proses, 2 lubang (bersamaan 4 batang pokok) mati tanpa diketahui sebab. Mungkin pertumbuhan akar tidak sempurna, atau mungkin memang tak boleh survive atas faktor "only the tough gets going" jadi tinggal 6 lubang. Dari 6 lubang tu, hanya 3 atau 4 lubang yang pokoknya mekar segar bugar gemuk. Selebihnya kurus, sedikit kekuningan. Pokok gemuk boleh lah 1 pokok sekali masak, yang kurus, 3 pokok untuk sekali masak. Setakat ni, dah pernah masak 4 kali. Masih ada yang belum dipetik kerana pertumbuhannya yang sedikit lambat.




Cuba tengok, ada lubang yang pokoknya mati, dan tumbesaran tidak sekata walaupon disemai serentak. Pokok hadapan dah gemuk, belah belakang kecik lagi. Dah la daunnya berketak-ketak. Tidak lah saya ketahui mengapa jadi berketak daunnya.


4. Air hidroponik perlu ditambah agak kerap (seminggu sekali perlu check), kerana bila sawi dah besar, dia hisap banyak air. Tak pasti pula perlu tambah baja atau tidak. Last time baca, ditulis perlu tambah air sahaja untuk elak baja menjadi terlalu pekat.


5. Aku simpulkan, walaupon hidroponik ni dikatakan 3T (Tanam, Tinggal, dan Tuai) perlu juga tengok-tengokkan. Kot-kot ada belalang, air nak kena check selalu, mana tau dah kurang, dan perlu juga trim sikit-sikit daun tua supaya cantik dan sempurna tumbesarannya. (standardlah mana-mana tanaman pon, hidroponik tidak terkecuali). Cuma tak perlu merumput je.


6. Kesimpulan ke-2, walaupon hidroponik dikatakan mudah kerana boleh ditanam di balkoni rumah, tapi agak kurang mekar jika berbanding jika ditanam di halaman rumah. Tapi dah tentu hidroponik tak boleh ditanam direct di halaman rumah. Sebab? tanaman hidroponik tetap memerlukan cahaya matahari terus. Tengok aje tanaman sawi aku, yang belah tepi tu gemuk segar, belah yang dekat dengan grill rumah tu kurus sebab kurang mendapat cahaya matahari terus. Tapi kalau letak direct bawah cahaya matahari pon tak sesuai, tengah hari nanti layu la pulak pokok tu.

Masa awal penanaman, aku letak semua ke dalam sedikit (memang terlindung dari cahaya matahari terus). Langsung sawi aku semua membengkok keluar, cari cahaya matahari. Sebab tu aku tarik dia keluar sedikit, walaupon risikonya set hidroponik aku akan terkena hujan.

Kalau kena hujan pon tak elok juga. Nanti bercampur pula air dalam set tu dengan air hujan. Tapi nak kena dapat direct sunlight pula. Jadi sebenarnya, paling sesuai hidroponik ni, jika dibuat besar-besaran perlu dibuat nurseri/ rumah hijaunya sendiri. Baru elok cantik semua pokok membesar sekata.


Sawi yang elok membesar.

Sawi-sawi ku, batch pertama, sebelum mula dituai. Dah cantik dah masa ni.


Antara yang terbaik


Next, aku ada benih salad. Tapi aku rasa macam tak praktikal je pulak nak tanam salad. Berapa kerap sangatlah nak makan salad. Jadi aku ingat nak cari benih sawi jepun/ bok choi pulak.


Next juga, aku nak buat spray air bawang putih sebagai pembasmi serangga perosak. Kesian pokok nyamuk suami aku togel dek aku amik daunnya. Ahahaha~~~


Bagi yang saje nak mencuba-cuba hidroponik ni bolehla beli 1 set. Tak mahal mana pon, aku beli haritu 1 set cuma RM45 termasuk 2 jenis benih dan baja yang setelah dibancuh, boleh digunakan untuk 10 kali tanaman. Berbaloi jugak tu.


Cuma, memang susah sikit lah nak jumpa dealer sekarang ni. Biasalah benda ni macam bermusim. Time tengah hangat dulu, masa lepas expo pertanian dan kempen sana sini, hot lah benda ni semua. Masing-masing nak tanam, semua nak jadi dealer. Pastu tengoklah, tak sampai setahun, dah suam-suam kuku. Tahun depannya dah sejuk beku.


Susah juga aku mencari haritu. Jadi bagi yang berniat nak cuba, aku ucapkan goodluck siap-siap =)





~ Hobi aku masa lapang, selain main kucing dan main ipad~~~ huhuhuuu

Friday, November 4, 2011

Bibir merah bak delima merekah.




Ni ha delima. Cantik kan? merah bersinar-sinar!






Juicy gila pulak tu..banyak sangat jusnya. Manisss lagi.





~ dah lama tak ada entry bergambar. Macam suram je blog.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails