salute to the nature

salute to the nature

Wednesday, October 19, 2011

Tensi

Belakangan ini tak banyak event atau benda aku boleh review kan. Hidup aku seperti biasa, seperti kebanyakan orang lain yang berkerjaya, berkeluarga, dan ber-haiwan kesayangan. Hehe~


Oh, 2 minggu rumah aku tak bersapu, tak berkemas (perlu ke aku blog pasal ni? Sebab tak ada event maka aku cerita perihal sapu menyapu). Biasanya aku buat spring cleaning/ house chore ni hari sabtu ahad. 2 hari tu lah aku pulun basuh baju, sidai baju, sapu sampah, vacuum, mop, semua lah! 2 hari yang bagi aku sangat berkualiti.


Tapi hari minggu lepas aku balik kampung. Sudahnya kini rumah aku memang sebiji rupa tongkang pecah. Eh, silap, bukan macam tongkang pecah. Barang-barang tak berterabur bersepah pon, tapi berabuk ya amat!!!! Dengan bulu lulu yang lekat kat kapet pon aku tak sempat lagi nk vacuum!


Aku nasihatkan, kalau korang nak datang rumah aku better inform 3 hari sebelum. So, esoknya aku boleh amik off day untuk membersih rumah. Jadi masa korang datang tu rumah aku dah berkilat tanpa sehelai bulu pon! hahaha~~~


2 hari berturut-turut ni, sampai rumah around 10 - 11 pm. Gila! Nak tengok TV pon dah tak larat, apatah lagi nak menyapu!


Kalau berterusan macam ni, aku rasa aku nak cut off masa kerja aku seberapa segera. Aku nak masuk office 3 hari je seminggu. Tak perlu 6 hari lagi dah. Kucar kacir aku rasa kehidupan aku nih. Semua benda tak balance.


=(

Upset taww makk nokkk~~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails