mau potong kaa tak mau potong????

OK. harini cerita pasal memandulkan kucing (spay / neuter).


Rasanya rata-rata dah sedia maklum, terutama yang memang ada memelihara kucing dirumah tahu memandulkan kucing itu hukumnya HARUS.


Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.

After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".



Harus ye, tuan-tuan sekalian. Bukannya haram sampai berdosa kalau dimandulkan. Kang ada pulak yang kata, kesian lah kat kucing tu. Dia pon nak merasa kahwin, nak merasa ada anak. berdosa tau halang nafsu dia.. Well, kalau orang mandulkan kau, mungkin orang tu berdosa. Tapi ini kucing. Kucing tak sama dengan manusia ye, kawan-kawan. Walaupon dia mamalia, tapi otak dan badan dia tak berfungsi seperti kita. Walaupon dia pon ada perasaan dan nafsu, tapi perasaan dan nafsu dia tak sama.


lagipon, tang mana yang dikatakan menganiaya haiwan bila haiwan itu dimandulkan? Apa tujuan kita mandulkan kucing?


1. Menjaga populasi haiwan tersebut dari membiak semakin banyak. Kenapa nak halang dia membiak? kerana jika haiwan itu membiak tanpa kawalan, populasi haiwan tersebut akan meningkat, dan ini sedikit sebanyak memberi impak negatif bukan sahaja pada haiwan-haiwan tersebut, malah pada manusia di sekitar kawasan itu juga.


2. Menjaga keamanan sejagat. Bayangkan kalau kawasan anda banyak kucing dan anjing liar. Macam mana keadaan tengah malam anda? mesti penuh dengan lolongan anjing, tangisan anak kucing yang kesejukan serta deraman kucing jantan yang gersang, bukan? Atau pon jiran anda membela anjing sampai 5 ekor. Anda sanggup nak dengar anjing menyalak tiap hari? Jiran saya, ada bela seekor anjing, itu pon jiran sebelah lagi dah dok membebel kata anaknya tak boleh tidur. Hari-hari mengumpat. Saya hanya mempu tersenyum saje.


3. Pernah kah anda jumpa manusia yang memang saje je kejam nak mandulkan kucing? "waahahahaha!!! aku lah manusia kejam. Aku nak mandulkan semua kucing di dunia. Padan muka kucing2 tu semua, pupuslah kau dari muka bumi!!!!!" Ada? Ada pernah jumpa tak manusia gila macam tu? Saya tak tak pernah jumpa pulak. Jadi tak timbul isu memandulkan haiwan itu adalah tujuan menganiaya haiwan tersebut. Mereka yang mengambil keputusan untuk memandulkan haiwan kesayangan mereka adalah atas sebab mereka ambil berat dan bertanggung jawab pada komuniti serta kebajikan haiwan tersebut. Tak ada sebab lain. (unless, kalau kau mandulkan kucing kau sendiri kat bangsal rumah. Itu barulah dikatakan kejam dan menganiaya haiwan namanya)


Bebalik pada hukum HARUS tadi. Makanya, tidak pula jatuh WAJIB atau SUNAT. Jadi kalau tak mandulkan pon tak dosa apa. Kalau mandulkan pon tak ada pahala. Sebab tu aku no offend pon pada orang yang tak nak mandulkan kucing peliharaan mereka. Sebab bagi aku mereka semua ada hak dan pilihan mereka sendiri, mana yang mereka rasakan terbaik untuk keluarga mereka, terbaik untuk haiwan tersebut dan terbaik untuk masyarakat komuniti mereka. Itu sahaja.


Kita tak ada hak untuk menyuruh atau mewajibkan mana-mana pembela haiwan untuk memandulkan haiwan kesayangan mereka. Kita hanya mampu untuk bagi penerangan agar mereka faham. Keputusan nak zass atau tidak, itu terpulang pada mereka. Kalau mereka sanggup jaga, mampu beri kehidupan yang selesa dan keperluan yang mencukupi pada semua haiwan peliharaaan mereka, biarlah. Tak payah nak emo melenting-lenting sebab orang lain taknak mandulkan kucing mereka. Asalkan mereka bertanggung jawab atas tindakan mereka, itu dah cukup baik.


Again, hukumnya hanya HARUS. Jadi tak payah gaduh sorang dok suruh mandulkan macam lah wajib pulak hukumnya, sorang lagi dok kata kejam-kejam-kejam macam lah haram pulak bunyinya.


Lainlah kalau orang tu taknak mandulkan, lepas tu bila kucingnya beranak, dibuang pula anak kucing itu ke pasar. Itu baru dinamakan kejam dan tidak berhati perut. Orang macam tu patut di tunjal kepala dan di ludah aje.


Atau pon pada situasi lain, manusia ni kerjanya meromenkan kucingnya aje. Sekali beranak sampai 5 ke 6 ekor. Tak sempat putus susu lagi anak kecik tu, dah di suruh meromen lagi supaya preggy. Anak-anak kucing tu semua dijual dengan harga yang mahal. Kononnya pure breed, tapi of course tak ada CFA cert lah kan..dah dia backyard breeder je. Ini memang satu lagi bangsa manusia kejam. Ambil keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan kebajikan haiwan tersebut. Orang begini elok kita pulaukan aje. Selagi ada orang cari kucing dari backyard breeder ni, selagi tu lah mereka ni semua masih berleluasa.


Akhir kata, keputusan terletak di tangan anda. Dan keputusan anda lah yang menentukan cara hidup anda, dosa pahala anda. Jangan pula nanti kau melenting bila orang marah kucing kau kencing merata-rata. Dah kau sendiri yang pilih taknak mandulkan kan....

Comments

nurulbokhari said…
hukum tu leh pakai kat kuda x?
nurulbokhari said…
hukum tu leh pakai atas kuda gak ke?
hida said…
hukum ini untuk semua haiwan peliharaan cik uder, termasuklah lembu kambing, arnab semua. Ayam je aku tak pernah dengar org mandulkan. hahaha

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)